• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Penaja

Ini cara lebih tepat dan cepat untuk mencatat nota di telefon pintar

  • OLEH Penaja
  • 6:28 pm
  • 26/02/2024
  • Komen
Ini cara lebih tepat dan cepat untuk mencatat nota di telefon pintar
Share on FacebookShare on Twitter

[Artikel ini dibawakan oleh Samsung]

Walaupun di zaman serba digital, mencatat nota merupakan perkara asas yang perlu ada pada semua orang. Tidak kiralah bekerja, belajar mahupun sekadar meluahkan apa yang tersirat di minda. Jika tidak dicatat, manusia sering lupa.

Disebabkan itu Samsung memperkenal fungsi Notes Assist, salah satu ciri terhebat Galaxy AI di dalam telefon pintar Galaxy S24. Jangan terkejut bila anda gunakan Note Assist ini, kerana ia boleh memberi sudut pandangan berbeza walaupun anda sendiri yang mencatat nota tersebut.

Notes Assist terdapat di dalam aplikasi Samsung Notes. Anda boleh mencatat apa sahaja nota di dalam Samsung Notes, tidak kiralah menaip dengan papan kekunci ataupun menggunakan S Pen yang terbina di dalam Galaxy S24 Ultra. Terdapat 4 perkara yang boleh dibuat oleh Notes Assist dengan kuasa AI.

1. Auto Format

Catatan bersepah-sepah? Usah risau kerana Notes Assist boleh membantu anda menyusun semula semua nota yang anda catat, taip atau tulis tadi. Dengan kuasa AI, Notes Assist boleh mengesan semua perkataan di catatan anda, dan menyusunnya sebagai tajuk, senarai atau nombor secara pintar.

Contohnya anda mencatat senarai barangan yang dipesan isteri untuk dibeli sejurus pulang kerja. Anda menggunakan S Pen dan menulisnya semasa ia disebut oleh isteri. Sudah pasti tulisan anda kurang terurus seperti hidup anda.

Catatan tangan ke teks dengan format disusun automatik

Dengan Notes Assist, anda hanya pilih Auto Format dan ia akan menjadikan tulisan anda tadi kepada senarai yang mudah dibaca dan dirujuk. Siap dengan tajuk lagi. Hebat kan?

2. Summarise

Ini fungsi yang pastinya sangat disukai ramai pekerja dan pelajar. Kuasa AI pada Notes Assist boleh memberi rumusan atau ringkasan terhadap nota yang panjang, menggunakan ciri Summarise.

Katakan anda ke masjid untuk Solat Jumaat, sekarang ini mudah untuk mendapatkan teks khutbah PDF sebelum solat. Untuk memastikan anda boleh menghayati khutbah dengan lebih mendalam, anda boleh dapatkan ringkasan khutbah tersebut dengan menyalinnya ke dalam Samsung Notes, kemudian pilih Summarise. Anda akan mendapat ringkasan khutbah sebelum khatib membaca khutbah.

3. Correct Spelling

Fungsi ini mungkin kelihatan sangat biasa, tetapi jangan memandang rendah kepadanya. Selain menyemak kesalahan ejaan, kuasa Galaxy AI pada Notes Assist juga boleh menyemak kesalahan tatabahasa.

Anda boleh gunakan fungsi Correct Spelling untuk menyemak satu ayat, ataupun seluruh nota. Ia akan menandakan sebarang kesalahan yang ditemui dan memberi anda peluang untuk membaikinya.

4. Translate

Satu lagi fungsi hebat Notes Assist yang akan membantu meluaskan hubungan diri kita sebagai manusia adalah Translate. Dengan hanya satu sentuhan, sekelip mata ia boleh mengubah seluruh nota dari satu bahasa, ke bahasa yang lain dengan tatabahasa yang tepat. Bukan lagi sekadar ‘Google Translate’.

Menterjemah bahasa Inggeris ke China, China ke Korea, Korea ke Perancis, semuanya boleh dilakukan dengan mudah menggunakan Notes Assist. Pilih ayat yang mahu diterjemah, tekan pada Translate dan pilih bahasa. Ia akan dilakukan sepantas kilat oleh Notes Assist.

Miliki Galaxy AI dengan siri Galaxy S24

Canggih betul kuasa Galaxy AI dalam telefon pintar Samsung Galaxy S24 kan. Anda juga boleh menjadikanya alat bantuan kerja atau apa saja tugasan seharian, menggunakan fungsi seperti Notes Assist.

Dapatkan sebuah telefon siri Samsung Galaxy S24 sekarang untuk menjadikan AI sebahagian dari gaya hidup anda. Layari laman web Samsung Galaxy S24 untuk maklumat lanjut.

Beli Siri Samsung Galaxy S24 sekarang dan nikmati promosi yang hebat

  • E-Baucar bernilai RM500.
  • Rebat tukar-beli mencapai RM1,150.
  • PWP, jimat sehingga RM100 untuk produk Samsung Galaxy Buds tertentu
  • Jimat sehingga RM800 dengan PWP membeli tablet Samsung Galaxy, jam Galaxy Watch atau barangan audio Galaxy Buds tertentu.
  • Potongan harga sehingga 45% untuk Samsung Care+ dan aksesori.
Tags: Galaxy AIGalaxy S24Galaxy S24 UltrapenajasamsungSamsung Galaxy S24
Penaja

Penaja

POPULAR

Ini cara lebih tepat dan cepat untuk mencatat nota di telefon pintar

Ini cara lebih tepat dan cepat untuk mencatat nota di telefon pintar

26 February 2024
Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

25 February 2025
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

19 February 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

6 April 2023

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER