• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

[MWC 2024] Xiaomi Watch 2: Jam tangan dengan Wear OS dan hayat bateri lebih 2 hari

  • OLEH Hanif Azrai
  • 5:18 pm
  • 26/02/2024
  • Komen
[MWC 2024] Xiaomi Smart Band 8 Pro akhirnya ada ciri GPS
Share on FacebookShare on Twitter

Disamping Xiaomi 14 Ultra, pengeluar telefon daripada China itu turut mengumumkan 3 peranti boleh pakai iaitu:

  • Xiaomi Smart Band 8 Pro
  • Xiaomi Watch S3
  • Xiaomi Watch 2

Smart Band 8 Pro adalah gelang penjejak kecergasan dalam siri paling mampu milik Xiaomi. Watch S3 adalah jam tangan gaya kasual yang turut dilengkapi ciri penjejak aktiviti. Watch 2 pula adalah flagship dalam kalangan yang dilancarkan kerana ditunjangi Google Wear OS.



[MWC 2024] Xiaomi Smart Band 8 Pro akhirnya ada ciri GPS

[MWC 2024] Xiaomi Watch S3: Gaya dan praktikaliti dalam satu pakej



Spesifikasi Xiaomi Watch 2

Xiaomi Watch 2 adalah jam tangan berspesifikasi paling tinggi dalam kalangan Watch S3 dan Smart Band 8 Pro. Ia dikuasakan sistem operasi Google Wear OS dan bertunjangkan cip pemproses Qualcomm Snapdragon W5+ Gen 1.

Jadi anda boleh jangkakan pelbagai ciri pintar boleh anda temukan padanya berbanding dua saudara itu kerana ia ada Google Play Store untuk tempatkan lebih 200 aplikasi pihak ketiga pelbagai guna.

Bermula di bahagian muka jam, Xiaomi Watch 2 ada panel AMOLED berukuran 1.43” berkecerahan puncak sehingga 600 nits. Selain peka sentuhan, terdapat dua butang fizikal di bahagian sisi kanan untuk anda berinteraksi dengan antara muka jam tangan.

Masuk ke bahagian papan utama, cip pemproses Snapdragon tadi bergandingan dengan RAM 2GB dan storan 32GB. Storan itu bolehlah anda gunakan untuk simpan lagu-lagu ataupun peta navigasi offline yang mungkin anda perlukan sewaktu bersenam ataupun beraktiviti luar.

Terdapat dua kaedah perhubungan Watch 2 dengan telefon anda. Ia sama ada bersambung menggunakan Bluetooth 5.2 ataupun secara Wi-Fi dengan protokol 2.4Ghz ataupun 5Ghz. Disebabkan ia menjalankan Wear OS, anda boleh manfaatkan integrasi yang mendalam jam tangan dengan telefon Android anda. Contohnya, jam boleh menjadi viewfinder kamera telefon malahan hasil gambar/video boleh dilihat langsung di muka jam tangan.

Untuk menjejak aktiviti kecergasan. Xiaomi Watch 2 mampu menjejak lebih 160 jenis sukan termasuklah sukan air. Antara sensor penjejak yang ada padanya adalah seperti pengimbas denyutan jantung jenis optik, akselerometer, giroskop, kompas digital, barometer, dan GNSS (L1 + L5).

Disebabkan ia mempunyai banyak fungsi pintar, hayat baterinya juga terhad. Berbekalkan bateri 495mAh, hayat baterinya adalah sehingga 65 jam (~2.5 hari) bergantung kepada cara penggunaan. Xiaomi Watch di ditawarkan dalam pasaran Eropah pada harga EUR 199 (~RM1,029).

Anda boleh layari laman rasmi produk untuk maklumat lanjut.

Bacaan berkaitan

[MWC 2024] Xiaomi Smart Band 8 Pro akhirnya ada ciri GPS

[MWC 2024] Xiaomi Watch 2: Jam tangan dengan Wear OS dan hayat bateri lebih 2 hari

[MWC 2024] Xiaomi Watch S3: Gaya dan praktikaliti dalam satu pakej

Tags: mwc 2024xiaomixiaomi smart band 8 proXiaomi Watchxiaomi watch 2xiaomi watch s3
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

[MWC 2024] Xiaomi Smart Band 8 Pro akhirnya ada ciri GPS

[MWC 2024] Xiaomi Watch 2: Jam tangan dengan Wear OS dan hayat bateri lebih 2 hari

26 February 2024
Tren ECRL EMU Kota Bharu ke Stesen Terminal Bersepadu Gombak, berapa jam perjalanan?

Tren ECRL EMU Kota Bharu ke Stesen Terminal Bersepadu Gombak, berapa jam perjalanan?

14 August 2026
Tiket F1 Bahrain GP 2026 di Malaysia rasmi mula dijual, harga dari RM200 untuk rakyat Malaysia

Tiket F1 Bahrain GP 2026 di Malaysia rasmi mula dijual, harga dari RM200 untuk rakyat Malaysia

13 August 2026
Omoda C7 PHEV dibuka untuk tempahan di Malaysia, harga anggaran RM180,000

Omoda C7 PHEV dibuka untuk tempahan di Malaysia, harga anggaran RM180,000

10 August 2026
Siri Honor Pad 20 bakal tiba di Malaysia, ini spesifikasi yang dijangka ditawarkan

Siri Honor Pad 20 bakal tiba di Malaysia, ini spesifikasi yang dijangka ditawarkan

11 August 2026
PDRM uji Nissan Kicks e-Power selama 2 bulan untuk operasi barisan hadapan

PDRM uji Nissan Kicks e-Power selama 2 bulan untuk operasi barisan hadapan

7 August 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN