• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

[MWC 2024] Xiaomi 14 Ultra, empat kamera Leica bergabung dengan HyperOS

  • OLEH Najib
  • 2:32 am
  • 26/02/2024
  • Komen
[MWC 2024] Xiaomi 14 Ultra, empat kamera Leica bergabung dengan HyperOS
Share on FacebookShare on Twitter

Selain melancarkan Xiaomi 14 dengan kamera Leica terapung, peranti yang lebih hebat dan berkuasa sebenarnya adalah Xiaomi 14 Ultra. Seperti sebelumnya, Xiaomi melengkapkan model Ultra ini dengan dua lensa telefoto yang dihasilkan dengan kerjasama Leica.

Berbanding hanya tiga kamera belakang di Xiaomi 14, Xiaomi 14 Ultra menggunakan sistem empat kamera Leica. Ia juga menjadi telefon terbaik Xiaomi dengan pelbagai teknologi tercanggih dipasang, termasuk juga harganya yang pastinya lebih mahal.



Resolusi tinggi, Quad HD

Bermula dengan paparan, Xiaomi mengenakan skrin AMOLED LTPO 1-120Hz, dengan resolusi tinggi WQHD (3200×144) yang memberi kepadatan piksel 532 ppi. Ia juga sangat cerah, mencecah 1,000nits pada tahap biasa dan 3,000nits di tahap puncak.

Skrin ini turut menyokong paparan Pro HDR, Dolby Vision, serta HDR10+. Pengimbas capjari terdapat di dalam skrin. Untuk perlindungan, Xiaomi mengenakan kaca Xiaomi Shield Glass untuk memberikan lengkungan terbaik di semua sudut bagi paparan rata. Lubang kecil di dahi skrin, memuatkan kamera hadpaan 32MP F2.0



Sistem empat kamera Leica

Ibarat memasang empat kamera profesional di telefon, Xiaomi 14 Ultra menyediakan jarak fokal dari 12mm sehingga 120mm. Watak utamanya adalah kamera utama 50MP 23mm dengan apertur berbilang dari F1.63 hingga F4.0. Selain dilengkapi OIS, kamera utama dengan sensor baru LYT-900 ini menggunakan sensor yang besar, bersaiz 1-inci. Lensa ultra lebar 50MP F1.8 12mm, menggunakan sensor Sony IMX858 dan memiliki sudut pandang 122-darjah.

Dua lagi lensa telefoto, masing-masing menyediakan keupayaan berbeza. Pertama adalah lensa telefoto terapung 50MP F1.8 75mm. Ia mampu menangkap gambar makro dari jarak 10cm. Lensa kedua 50MP F2.5 120mm, menggunakan keupayaan periskop untuk zum lebih jauh.

Bagi meningkatkan pengalaman menangkap gambar, Xiaomi menyediakan kit fotografi untuk Xiaomi 14 Ultra yang dijual berasingan. Ia merupakan sarung telefon tersuai dengan ruang genggam lebih baik, butang katup dua-tahap, butang zum, butang khas rakaman video sert a beberapa butang tambahan. Ia juga bertindak sebagai powerbank dengan kapasti bateri 1,500 mAh.

Prestasi Tinggi, Tahan Lama Bateri

Untuk memberikan prestasi terbaik, Xiaomi 14 Ultra dilengkapi cipset Snapdragon 8 Gen 3. Ia dipadankan dengan RAM LPDDR5X 16GB, dan storan terpantas UFS 4.0 seluas 512GB.

Kapasiti bateri agak biasa, hanya 5,000mAh tetapi ia menyokong pengecasan pantas baru Xiaomi HyperCharge 90W berwayar USB-C, serta pengecasan Wireless HyperCharge 80W yang turut menyokong pengecasan wayarles terbalik.

Selain itu, Xiaomi 14 turut menyokong teknologi terbaru WiFi 7, bersama Bluetooth 5.4 serta NFC. Ia datang bersama sistem bunyi stereo dan diiktiraf Dolby Atmos.

Sistem Operasi Serba Baharu

Serentak dengan Xiaomi 14, Xiaomi 14 Ultra juga menggunakan sistem operasi serba baharu Xiaomi HyperOS. Ia juga dijamin akan menerima sehingga 4 kemaskini OS bersama 5 tahun kemaskini keselamatan. Xiaomi turut memberikan langganan Google One 100GB percuma selama 6-bulan, serta YouTube Premium percuma selama 3-bulan untuk pengguna Xiaomi 14.

Terdapat dua warna premium disediakan untuk Xiaomi 14 Ultra iaitu hitam dan putih. Ia akan dijual di Eropah pada harga bermula dari EUR1,499 (~RM7,753). Pastinya harganya akan lebih murah apabila dilancarkan di Malaysia. Untuk rujukan, Xiaomi 13 Ultra dilancar di Malaysia berharga RM5,199.

Xiaomi Malaysia masih belum menyatakan bilakah Xiaomi 14 Ultra akan dilancar. Ia pasti tidak lama lagi dan anda akan mengetahui tentangnya di SoyaCincau.

Bacaan Berkaitan

  • Xiaomi 13 Ultra: Maklumat penjualannya di Malaysia
  • Rupa Xiaomi 14 Ultra didedahkan, pulau kamera gergasi dikekalkan
  • [MWC 2024] Xiaomi 14 kekal kompak, prestasi gempak dengan kamera Leica terapung
Tags: leicamwc 2024xiami 14 ultraxiaomiXiaomi 14Xiaomi 14 Ultraxiaomi hyperos
Najib

Najib

POPULAR

[MWC 2024] Xiaomi 14 Ultra, empat kamera Leica bergabung dengan HyperOS

[MWC 2024] Xiaomi 14 Ultra, empat kamera Leica bergabung dengan HyperOS

26 February 2024
Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

25 February 2025
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

19 February 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
BYD Atto 3 Malaysia: Pemilik dakwa kereta brek mengejut dengan sendiri & sistem kuasa gagal di lebuhraya

BYD Atto 3 Malaysia: Pemilik dakwa kereta brek mengejut dengan sendiri & sistem kuasa gagal di lebuhraya

6 May 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER