• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

[MWC 2024] Skrin lutsinar laptop Lenovo ThinkBook Transparent Display tarik ramai pengunjung

  • OLEH Najib
  • 8:54 pm
  • 27/02/2024
  • Komen
[MWC 2024] Skrin lutsinar laptop Lenovo ThinkBook Transparent Display tarik ramai pengunjung
Share on FacebookShare on Twitter

Lenovo, pakar pembuat laptop antarabangsa tidak melepaskan peluang untuk mempamerkan kekuatan mereka di pameran MWC 2024 yang berlangsung di Barcelona, Sepanyol. Selain membariskan laptop terbaru dengan teknologi terkini, Lenovo turut mengejutkan pengunjung dengan laptop berpaparan lutsinar.

Skrin Telus Cahaya

Diberi gelaran ‘Lenovo ThinkBook Transparent Display‘, laptop yang mampu menggegarkan dunia komputer ini memiliki paparan lutsinar jenis Mikro-LED sebear 17.3-inci. Rekaan paparan lutsinar menjadikan skrinnya tiada bingkai dan kelihatan penghasilan skrin seperti terapung di udara. Skrin lutsinar ini sebenarnya memiliki ketebalan 4mm. Tetapi elemen yang menghasilkan paparan jauh lebih nipis iaitu 0.5mm sahaja.



Skrin lutsinar ini tidaklah lutsinar sepenuhnya, tetapi hnaya 55% lutsinar. Tetapi ia boleh menghasilkan warna penuh dan tidak lut cahaya jika memaparkan warna putih di seluruh skrin. Ini dijayakan oleh keupayaan skrin menghasilkan kecerahan puncak 1,000 nits.

Kecanggihan skrin ini hanya disokong oleh resolusi 720p sahaja tetapi ia masih mengagumkan kerana berjaya memaparkan resolusi definisi tinggi (HD). Menurut Lenovo, penggunaan Mikro-LED memberi banyak kelebihan untuk paparan lutsinar kerana ia bukan sahaja lebih cerah, tetapi lebih tinggi ketepuan warna. Ini membolehkan kualiti gambar lebih baik dihasilkan serta daya tahan skrin lebih tinggi.



Papan Kekunci Digital

Papan kekunci untuk laptop konsep ini juga menggunakan fungsi sentuh, bukan kekunci fizikal. Ini membolehkan ia turut berfungsi sebagai papan sentuh tetikus atau papan lakaran sepenuhnya.

Bagaimanapun, papan kekunci digital ini sangat susah untuk digunakan kerana ia kurang responsif. Menurut Amin yang mengujinya, kekuncinya perlu ditekan dengan kuat untuk mengesahkan input.

Hanya Sebuah Konsep

Memang canggih, tetapi Lenovo ThinkBook Transparent Display Laptop Concept hanya merupakan sebuah konsep idea yang dihasilkan untuk tontonan orang ramai. Walaupun begitu, ia adalah prototaip yang boleh digunakan. Tetapi Lenovo masih belum bercadang untuk menjadikan ia produk yang boleh dijual kepada orang ramai.

Sememangnya ini adalah konsep yang sangat bergaya, tetapi Amin mendapati masih tiada pengguna praktikal dalam dunia sebenar untuk konsep ini. Buat masa sekarang, dunia masih belum bersedia.

Bacaan Berkaitan

  • [MWC 2024] Honor Pad 9, tablet besar 12.1-inci dengan 8 speaker
  • [MWC 2024] Honor MagicBook Pro 16: Laptop Windows pertama dunia dengan Audio Spatial
  • [MWC 2024] Xiaomi 14 Ultra, empat kamera Leica bergabung dengan HyperOS
Tags: laptoplenovoLenovo ThinkbookLenovo ThinkBook Transparent Displaymwc 2024
Najib

Najib

POPULAR

AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

Touch ‘n Go lancar kad TNG LED Edisi Terhad, boleh menyala setiap kali anda tap

28 May 2025
[MWC 2024] Skrin lutsinar laptop Lenovo ThinkBook Transparent Display tarik ramai pengunjung

[MWC 2024] Skrin lutsinar laptop Lenovo ThinkBook Transparent Display tarik ramai pengunjung

27 February 2024
Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

25 March 2025
Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

25 February 2025
Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

19 February 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER