• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Ini rupanya maksud ‘Fresh Eyes’ di Nothing Phone (2a)

  • OLEH Najib
  • 7:48 pm
  • 27/02/2024
  • Komen
Ini rupanya maksud ‘Fresh Eyes’ di Nothing Phone (2a)
Share on FacebookShare on Twitter

Walaupun tidak membuat pelancaran di pameran terbesar MWC 2024, Nothing tetap cuba mencuri peluang yang ada untuk menghebahkan telefon pintar yang bakal dilancar tidak lama lagi. Kini, Nothing telah berkongsi sepenuhnya rupa Nothing Phone (2a) yang akan dilancar pada 5 Mac 2024, dengan tema ‘Fresh Eyes’.

Menerusi beberapa muat naik di media sosial dan laman web rasmi Nothing, peminat boleh melihat sendiri rupa rasmi Nothing Phone (2a). Paling utama, lampu LED Glyph yang menjadi tanda ikonik dan keunikan Nothing Phone telah berkurangan dengan drastik. Hanya ada tiga jalur LED Glyph di Nothing Phone (2a) dan ia terletak di bahagian atas telefon sahaja.



An unboxing like no other. Phone (2a) just dropped in London.

Launching 5 March. pic.twitter.com/7hcb4ELYMG

— Nothing (@nothing) February 26, 2024

Selain itu, kedudukan kamera belakang juga berubah kepada mendatar dan terletak di tengah telefon. Kameranya juga kekal hanya dua lensa. Perubahan ketara ini pastinya menjadi tema utama Phone (2a) iaitu ‘Fresh Eyes’. Selain itu, kelihatan bulatan besar mengelilingi kamera ini. Dijangka ia berfungsi sebagai NFC atau pengecas wayarles.

Di bahagian bawah telefon pula, hanya terdapat rekaan seumpama litar elektronik. Jika ada satu perkara yang tidak terdapat pada telefon Nothing sebelum ini, adalah label merah di sebelah kanan. Buat masa ini, masih tiada petunjuk atau teori mengenai label merah ini.



try hit play/pause to centre Phone (2a) pic.twitter.com/PIT8O9cNfO

— Nothing (@nothing) February 26, 2024

Sebelum ini, CEO Nothing iaitu Carl Pei telah mendedahkan bahawa Phone (2a) tidak akan menggunakan cip Mediatek Dimensity 7200 biasa, sebaliknya adalah Dimensity 7200 Pro yang lebih cekap tenaga dan dibina menggunakan proses 4nm generasi kedua TSMC.

Berita tidak rasmi dari alam maya pula menyebut, Phone (2a) akan menggunkan skrin AMOLED HD Penuh 120Hz, dengan lubang kecil di dahi memuatkan kamera hadapan 32MP. Di belakang, ia dilengkapi kamera utama 50MP OIS dengan sensor Samsung ISOCELL S5KG9 dan kamera ultralebar 50MP Samsung ISOCELL JN1.

Phone (2a) dikhabarkan akan dilancar dengan varian RAM 8 atau 12GB, serta storan 128GB atau 256GB. Bateri di dalamnya 5,000mAh dan menyokong pengecasan berwayar 45W. Sistem operasi Nothing OS 2.5.2 berasaskan Android 14 akan digunakan di Phone (2a), serta ia dilengkapi fungsi NFC, Wallpaper AI, serta kalis percikan air IP54.

Ada sumber dalaman mengatakan bahawa Nothing Phone (2a) akan dijual di India di bawah INR25,000 (~RM1,440). Untuk rujukan, Nothing Phone 1 ada dijual pada harga RM1,499 dengan RAM 8GB dan storan 128GB. Adakah Phone (2a) akan lebih murah nanti?

Lebih banyak maklumat pasti akan dikongsikan semasa pelancaran Nothing Phone (2a) pada 5 Mac kelak. Nantikan laporan daripada kami di SoyaCincau.

[Sumber: Nothing]

Bacaan Berkaitan

  • Rupa penuh Nothing Phone 2a didedahkan, tiada lampu glyph
  • Nothing Phone (2a) akan dilancar pada 5 Mac ini
  • Nothing Phone (2a) tidak akan guna cip Dimensity 7200 biasa
  • Nothing tidak lagi berselindung, Phone (2a) lebih murah akan tiba
Tags: NothingNothing Phone 2a
Najib

Najib

POPULAR

Honor X6c tiba di Malaysia, telefon murah tahan lasak dengan butang AI boleh suai

Honor X6c tiba di Malaysia, telefon murah tahan lasak dengan butang AI boleh suai

13 June 2025
Ini rupanya maksud ‘Fresh Eyes’ di Nothing Phone (2a)

Ini rupanya maksud ‘Fresh Eyes’ di Nothing Phone (2a)

27 February 2024
Realme C71 akan dilancar pada 12 Jun, hadir dengan bateri 6,300mAh & kamera 50MP

Realme C71 rasmi di Malaysia, telefon bawah RM500 dengan bateri besar 6,300mAh

12 June 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
Garmin Forerunner 570 & 970 kini di Malaysia, jam kecergasan AMOLED dengan fungsi ECG

Garmin Forerunner 570 & 970 kini di Malaysia, jam kecergasan AMOLED dengan fungsi ECG

19 June 2025
Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

25 March 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER