• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Nothing tidak lagi berselindung, Phone (2a) lebih murah akan tiba

  • OLEH Najib
  • 3:54 pm
  • 02/02/2024
  • Komen
Nothing tidak lagi berselindung, Phone (2a) lebih murah akan tiba
Share on FacebookShare on Twitter

Setelah sekian lama desas-desus mengenai Nothing Phone (2a) diperkatakan, kini Nothing telah mengesahkan kewujudan telefon pintar tersebut. Ia diumumkan di dalam Community Update terbaru, yang dikeluarkan pada setiap suku tahun.

See the world through fresh eyes.

Phone (2a) is coming. pic.twitter.com/kPSvFTfGuS

— Nothing (@nothing) February 1, 2024

Secara ringkas, Phone (2a) akan berada di atas Phone (1) tetapi di bawah Phone (2). Menurut Nothing, Phone (2a) dengan kod nama Aerodactyl akan dilengkapi beberapa ciri-ciri menarik pada Phone (2) tetapi naik taraf yang jelas berbanding Phone (1).



Di samping itu, Nothing juga telah melancarkan Kit Pembangunan Glyph. Kit ini membolehkan pembangun aplikasi Android selain Nothing, mengawal antaramuka Glyph yang menjadi keunikan pada telefon pintar Nothing.

Nothing Phone (1) dan Nothing Phone (2)

Selain itu, jenama mampu milik CMF by Nothing pula, mengumumkan akan melancarkan dua produk baru tidak lama lagi iaitu CMF Buds dan CMF Neckband Pro. Ia akan menyertai 3 produk CMF yang telah dilancar tahun lepas iaitu CMF Buds Pro, CMF Watch Pro dan CMF Power 65w GaN.



Spesifikasi dan Harga Nothing Phone 2a

Nothing masih belum menyatakan sebarang spesifikasi rasmi tentang Phone (2a), tetapi sudah ada khabar angin yang mengatakan tentangnya. Ia akan dikuasakan cip Dimensity 7200 dengan RAM sehingga 12GB serta storan sehingga 256GB. Skrin pula jenis OLED 6.7-inci 120Hz.

gambaran yang dikatakan rupa Nothing Phone (2a)

Kamera dikatakan akan sama dengan Phone (2) iaitu kamera utama 50MP dan kamera ultralebar 50MP. Kapasiti bateri pula 4,290mAh dan Phone (2a) akan menjalankan Android 14 yang diselaputi antaramuka Nothing OS2.5 sejurus keluar kotak.

Di samping itu, Nothing Phone (2a) dijangka akan dilancar di pameran antarabangsa MWC 2024 di Barcelaona, Sepanyol pada akhir Februari 2024. Harganya pula dikhabarkan sekitar USD400 (~RM1,889). Ia pasti akan tiba segera di Malaysia selepas pelancaran antarabangsa, memandangkan Nothing Phone (2a) telah lulus pensijilan SIRIM.

Bacaan Berkaitan

  • Harga dan varian Nothing Phone 2a didedahkan dalam talian, sama seperti Phone 1
  • Nothing Phone 2a tersenarai di pengkalan data SIRIM, petanda bakal lancar di Malaysia?
  • Nothing akan lancar telefon murah dengan lampu glyph pada Februari 2024
Tags: NothingNothing Phone 2a
Najib

Najib

POPULAR

Tren ECRL EMU Kota Bharu ke Stesen Terminal Bersepadu Gombak, berapa jam perjalanan?

Tren ECRL EMU Kota Bharu ke Stesen Terminal Bersepadu Gombak, berapa jam perjalanan?

14 August 2026
Nothing tidak lagi berselindung, Phone (2a) lebih murah akan tiba

Nothing tidak lagi berselindung, Phone (2a) lebih murah akan tiba

2 February 2024
Siri Redmi Note 17 akan tiba di Malaysia 2 September dengan bateri gergasi 10,000mAh

Siri Redmi Note 17 akan tiba di Malaysia 2 September dengan bateri gergasi 10,000mAh

18 August 2026
Vibe Mobile tampil pelan prabayar dari RM17/bulan, dikuasai rangkaian Ultra 5G U Mobile

Vibe Mobile tampil pelan prabayar dari RM17/bulan, dikuasai rangkaian Ultra 5G U Mobile

15 August 2026
Honor Robot Phone kini rasmi: Kamera gimbal bermotor, dwikamera 200MP ARRI & bateri 7,060mAh

Honor Robot Phone kini rasmi: Kamera gimbal bermotor, dwikamera 200MP ARRI & bateri 7,060mAh

14 August 2026
Oppo beri rebat promosi sehingga RM300 sempena Hari Kebangsaan

Oppo beri rebat promosi sehingga RM300 sempena Hari Kebangsaan

18 August 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN