• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Realme 12+ pamer rekaan jam mewah mampu milik, penggantian terus dalam 30-hari

  • OLEH Najib
  • 12:42 pm
  • 01/03/2024
  • Komen
Realme 12+ pamer rekaan jam mewah mampu milik, penggantian terus dalam 30-hari
Share on FacebookShare on Twitter

Pelancaran siri Realme 12 di Malaysia hari ini menyaksikan kedatangan dua model dalam keluarganya iaitu Realme 12+ 5G dan Realme 12 Pro+ 5G. Kedua-dua model ini menampilkan perkakas yang berbeza dengan model Pro+ adalah yang terbaik dalam siri ini.

Realme mendapatkan kepakaran pereka jam mewah, Ollivier Savéo untuk menghasilkan kemasan bagi siri Realme 12. Walaupun untuk model bukan Pro, ia turut menerima hiasan premium yang serupa.



Harga dan Promosi Realme 12+

Peminat boleh mendapatkan telefon pintar Realme 12+ mulai 1 Mac 2024, di semua pengedar sah Realme Malaysia. Terdapat dua varian dijual di Malaysia dengan harga seperti berikut:

  • Realme 12+ (RAM 12GB + Storan 256GB) – RM1,499

Bagi meyakinkan lagi bakal pembeli, Realme menawarkan penggantian 1-ke-1 dalam tempoh 30-hari selepas pembelian. Menurut Realme, ini lebih panjang daripada kebiasaan industri yang memberikan hanya 7-hari. Tetapi penggantian eksklusif ini diberikan kepada pembeli yang membeli antara 1 hingga 31 Mac 2024.



Realme menyediakan promosi untuk pembeli terawal Realme 12+ dalam bentuk hadiah percuma, jaminan lebih panjang serta potongan harga. Untuk pembelian dari 1 hingga 14 Mac 2024 di Stor rasmi Realme di Lazada, Shopee dan TikTok, pembeli akan menerima jam pintar Techlife T17C, fon putik Techlife X60 dan jaminan tambahan tahun kedua.

Spesifikasi Realme 12+

Model bukan Pro ini menggunakan skrin rata AMOLED berukuran 6.67-inci. Ia dilengkapi ressolusi HD Penuh dan kadar penyegaran 120Hz.

Telefon ini dikuasakan cip Mediatek Dimensity 7050 5G dan digandingk bersamaan RAM 12GB dan juga storan dalaman 256GB.

Lubang kecil di atas skrin memuatkan kamera hadapan 16MP. Sementara itu, di belakang dipasang kamera utama 50MP dengan sensor Sony LYT-600, kamera ultralebar 8MP dan kamera makro 2MP.

Untuk tenaga, ia disalurkan daripada bateri berkapasiti 5,000mAh dan ia menyokong pengecasan pantas 67W. Kepala pengecas turut disertakan di dalam kotak.

Realme 12+ menjalankan sistem operasi Realme UI 5.0 berasaskan Android 14. Telefon ini disediakan dengan dua pilihan warna, antara hijau dan kuning.

Bacaan Berkaitan

  • Realme 11 5G, calon telefon 5G Rahmah dengan kamera 108MP dan pengecas 67W sebagai tarikan
  • Realme 11x 5G dilancar di Malaysia, boleh dapat percuma di U Mobile
  • Malaysia akan jadi tapak pertama pelancaran Realme 12+ 5G
  • Tempahan awal Realme 12+ 5G dibuka, deposit hanya RM12
Tags: Realmerealme 12
Najib

Najib

POPULAR

Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

21 June 2025
Realme 12+ pamer rekaan jam mewah mampu milik, penggantian terus dalam 30-hari

Realme 12+ pamer rekaan jam mewah mampu milik, penggantian terus dalam 30-hari

1 March 2024
Honor X6c tiba di Malaysia, telefon murah tahan lasak dengan butang AI boleh suai

Honor X6c tiba di Malaysia, telefon murah tahan lasak dengan butang AI boleh suai

13 June 2025
Garmin Forerunner 570 & 970 kini di Malaysia, jam kecergasan AMOLED dengan fungsi ECG

Garmin Forerunner 570 & 970 kini di Malaysia, jam kecergasan AMOLED dengan fungsi ECG

19 June 2025
Redmi Pad 2 dilancar, tablet murah dengan skrin 11″ 90Hz & bateri besar 9,000mAh

Redmi Pad 2 dilancar, tablet murah dengan skrin 11″ 90Hz & bateri besar 9,000mAh

20 June 2025
Realme C71 akan dilancar pada 12 Jun, hadir dengan bateri 6,300mAh & kamera 50MP

Realme C71 rasmi di Malaysia, telefon bawah RM500 dengan bateri besar 6,300mAh

12 June 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER