• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Garmin Forerunner 165, pilihan jam kecergasan AMOLED termurah untuk pelari di Malaysia

  • OLEH Najib
  • 1:53 pm
  • 06/03/2024
  • Komen
Garmin Forerunner 165, pilihan jam kecergasan AMOLED termurah untuk pelari di Malaysia
Share on FacebookShare on Twitter

Tidak lama selepas pelancaran antarabangsa, jam kecergasan terbaru Garmin iaitu Forerunner 165 telah tiba di Malaysia. Ia menampilkan skrin AMOLED yang sangat cerah, serta sokongan muzik pada harga paling murah dalam siri Forerunner. Malah, ia telah menjadi jam AMOLED keluaran Garmin termurah dijual di Malaysia, lebih rendah daripada harga Vivoactive 5.

Harga dan Ketersediaan

Garmin menawarkan dua varian untuk Forerunner 165, satu dengan sokongan muzik dalam jam dan satu lagi tiada sokongan muzik. Harga rasminya di Malaysia adalah seperti berikut:



  • Garmin Forerunner 165 – RM1,290
  • Garmin Forerunner 165 Music – RM1,550

Jam kecergasan terbaru Garmin ini boleh dibeli mulai hari ini daripada kedai jenama Garmin dan pengedar sah Garmin di seluruh negara, serta atas talian di Stor Rasmi Garmin di Shopee dan Lazada, serta di AECO e-store.

Dengan harga sebegini, pesaing untuk Garmin Forerunner 165 adalah seperti Coros Pace 3, Amazfit Balance dan Amazfit Cheetah Pro.



Garmin x Alif Satar #GengSubuhMacamJumaat

Sempena pelancaran Forerunner 165, Garmin Malaysia turut mengumumkan acara bersama duta Garmin, Alif Satar untuk menyertai gerakan #GengSubuhMacamJumaat. Acara ini akan diadakan pada hari Ahad, 10 Mac 2024 bermula dengan Solat Subuh di Masjid negara.

View this post on Instagram

A post shared by Garmin Malaysia (@garminmalaysia)

Selepas itu, ia diikuti dengan acara larian mudah yang boleh disertai semua lapisan masyarakat. Acara diadakan untuk mengajak rakyat Malaysia untuk kekal aktif dan cergas serta mengamalkan gaya hidup sihat sepanjang masa.

Spesifikasi siri Forerunner 165

Sebagai jam kecergasan yang terkenal untuk pelari jalanan atau denai, Forerunner 165 dilengkapi penjejak lokasi GPS berbilang satelit. Ini membolehkan ia menyediakan maklumat yang tepat untuk pengguna seperti jarak, langkah dan kelajuan larian.

Skrin AMOLED 1.2″ di Garmin Forerunner 165

Perkara paling menarik yang ditekankan oleh Garmin sudah pasti pada skrin AMOLED. Forerunner 165 dilengkapi skrin AMOLED 1.2-inci dan dilapisi kaca yang diperteguh. Skrin ini mempunyai fungsi sentuhan tetapi ia masih boleh dikawal menerusi lima butang fizikal di tepi. Bingkai jam diperbuat daripada polimer fiber dan ia menyokong tali jam standard berukuran 20mm.

Forerunner 165 memiliki hayat bateri yang panjang, sehingga 11 hari untuk penggunaan biasa dan sehingga 19 jam untuk menjejak GPS secara berterusan. Untuk mengecas, ia menggunakan sambungan khas pengecas Garmin yang telah digunakan sejak sekian lama, masih tiada sokongan pengecas wayarles.

Sensor pengesan dan pengecas di belakang jam

Pengguna Forerunner 165 boleh menikmati pelbagai fungsi dan kehebatan yang disediakan Garmin pada jam keluarannya, seperti pelan latihan larian adaptif, pengiraan kuasa dan dinamik di jam, kesan latihan terhadap kecergasan, bateri badan, laporan bangun pagi, pemantauan waktu tidur dan markah tidur, pengesan terlelap dan banyak lagi.

Untuk model Music, ia boleh menyimpan lagu daripada platform penstriman terkemuka seperti Spotify, Deezer dan Amazon Music. Model ini juga menyokong pengumuman suara untuk memberitahu pengguna sewaktu aktiviti kecergasan.

Pelbagai fungsi pintar dan kecergasan di Forerunner 165

Selain itu, Forerunner 165 turut menyokong mod pembayaran Garmin Pay di jam. Tetapi Garmin Pay masih tidak terdapat di Malaysia.

Untuk mendapat maklumat kecergasan dengan menyeluruh, pengguna boleh memuat turun aplikasi Garmin Connect. Pelbagai muka jam dan fungsi juga boleh ditambah ke Forerunner 165 menerusi Connect IQ Store.

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang jam kecergasan baru ini, layari laman produk Garmin Forerunner 165.

Bacaan Berkaitan

  • Garmin Lily 2, jam pintar fesyen bergaya dengan pemantau kesihatan buat wanita
  • Forerunner 165, skrin AMOLED dan muzik termurah untuk jam kecergasan Garmin
  • Vivoactive 5, jam pintar AMOLED termurah Garmin lengkap dengan pemantau kesihatan dan kecergasan
  • Garmin lancar Venu 3 & Venu 3S, jam pintar pemantau kesihatan dan kecergasan, dengan fungsi panggilan terbina
  • Garmin Forerunner 265 dan Forerunner 965: Maklumat penjualannya di Malaysia
Tags: Forerunner 165garminGarmin Forerunner 165
Najib

Najib

POPULAR

Garmin Forerunner 165, pilihan jam kecergasan AMOLED termurah untuk pelari di Malaysia

Garmin Forerunner 165, pilihan jam kecergasan AMOLED termurah untuk pelari di Malaysia

6 March 2024
Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

25 February 2025
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

19 February 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
Realme perkenal telefon konsep dengan bateri 10,000mAh dalam badan senipis 8.5mm

Realme perkenal telefon konsep dengan bateri 10,000mAh dalam badan senipis 8.5mm

7 May 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER