• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Meizu 21 tiba, telefon Snapdragon 8 Gen 3 dan kamera 200MP RGB termurah di Malaysia

  • OLEH Najib
  • 3:48 pm
  • 06/03/2024
  • Komen
Meizu 21 tiba, telefon Snapdragon 8 Gen 3 dan kamera 200MP RGB termurah di Malaysia
Share on FacebookShare on Twitter

Meizu merupakan pengeluar telefon pintar yang sudah lama sepi di pasaran Malaysia. Tetapi baru-baru ini mereka kembali dengan melancarkan sebuah telefon pintar flagship, Meizu 21.

Telefon pintar ini dikuasakan cip terbaik masakini, Snapdragon 8 Gen 3 dan dilengkapi ciri Dynamic Ring unik, direka oleh Meizu sendiri. Paling menarik, ini adalah telefon termurah menggunakan cip Snapdragon 8 Gen 3 di Malaysia.



Harga dan ketersediaan Meizu 21

Meizu menawarkan dua varian Meizu 21 untuk pasaran Malaysia dengan harga rasmi seperti berikut:

  • Meizu 21 (RAM 12GB + Storan 256GB) – RM2,999
  • Meizu 21 (RAM 12GB + Storan 2512GB) – RM3,299

Jualan Meizu 21 di Malaysia dibuka mulai 5 Mac 2024. Pembeli terawal dari 5 Mac sehingga 5 April 2024, akan menerima hadiah percuma berupa fon putik Meizu Pandaer Gaming dan jaminan tambahan tahun kedua.



Pembelian Meizu 21 dengan tawaran hadiah percuma ini boleh didapati di Stor Rasmi Meizu di Lazada dan Shopee, serta pengedar sah terpilih.

Spesifikasi Meizu 21

Pertama kali diperkenal di China pada November tahun lepas, Meizu 21 merupakan sebuah telefon pintar kecil dengan skrin berukuran 6.55-inci sahaja. Skrin ini jenis AMOLED dengan resolusi HD Pneuh serta kadar penyegaran 120Hz. Ia memiliki kecerahan puncak setinggi 1,800nits. Meizu turut menyatakan bahawa Meizu 21 memiliki bingkai paling nipis di dunia, iaitu selebar 1.74mm di tepi skrin.

Di dalam, prestasi tinggi Meizu 21 digerakkan oleh cipset Qualcomm Snapdragon 8 Gen 3. Ia dipadankan bersama RAM LPDDR5X 12GB, serta storan UFS 4.0 sebesar 256GB atau 512GB. Sistem operasi yang digunakan Meizu 21 adalah Flyme 10.5 berasaskan Android 13.

Untuk kamera, Meizu menggunakan sistem tiga kamera belakang gabungan kamera utama 200MP F1.7 dengan sensor Samsung ISOCELL HP3, kamera ultralebar 13MP F2.4 dan kamera potret 5MP F2.4. Tiada kamera telefoto padanya.

Tetapi ada satu keunikan di kamera ini iaitu cincin lampu RGB, dikenali sebagai Dynamic Ring di lensa terbawah. Ia boleh menampilkan pelbagai warna dan kerlipan, untuk menandakan notifikasi baru, panggilan masuk, status mengecas dan banyak lagi. Di samping itu, Meizu 21 dipasang kamera hadapan 32MP F2.45, terletak di dalam lubang kecil di atas skrin.

Untuk tenaga, Meizu 21 memiliki bateri berkapasiti 4,800mAh. Ia menyokong pengecasan pantas 80W melalui USB-C. Selain itu, telefon flagship ini memiliki speaker stereo, pengimbas cap jari dalam skrin, serta WiFi 6, Bluetooth v5.4, NFC dan sambungan 5G.

Terdapat tiga warna disediakan untuk Meizu 21 iaitu Hitam, Putih dan Ungu. Telefon ini diiktiraf kalis percikan air IP54. Untuk mengetahui lebih lanjut tentang telefon baru ini, layari laman produk Meizu 21 di China.

Bacaan Berkaitan

  • iQoo 12: Snapdragon 8 Gen 3 pada harga paling murah di Malaysia
  • Redmagic 9 Pro dilancar lebih murah, percuma fon putik gaming
  • Siri ROG Phone 8 tiba di Malaysia, telefon gaming kalis air dan kamera hebat, harga lebih mahal
Tags: meizuMeizu 21
Najib

Najib

POPULAR

Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

21 June 2025
Meizu 21 tiba, telefon Snapdragon 8 Gen 3 dan kamera 200MP RGB termurah di Malaysia

Meizu 21 tiba, telefon Snapdragon 8 Gen 3 dan kamera 200MP RGB termurah di Malaysia

6 March 2024
Honor X6c tiba di Malaysia, telefon murah tahan lasak dengan butang AI boleh suai

Honor X6c tiba di Malaysia, telefon murah tahan lasak dengan butang AI boleh suai

13 June 2025
Garmin Forerunner 570 & 970 kini di Malaysia, jam kecergasan AMOLED dengan fungsi ECG

Garmin Forerunner 570 & 970 kini di Malaysia, jam kecergasan AMOLED dengan fungsi ECG

19 June 2025
Redmi Pad 2 dilancar, tablet murah dengan skrin 11″ 90Hz & bateri besar 9,000mAh

Redmi Pad 2 dilancar, tablet murah dengan skrin 11″ 90Hz & bateri besar 9,000mAh

20 June 2025
Realme C71 akan dilancar pada 12 Jun, hadir dengan bateri 6,300mAh & kamera 50MP

Realme C71 rasmi di Malaysia, telefon bawah RM500 dengan bateri besar 6,300mAh

12 June 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER