• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Waze lancar 6 ciri baharu, jadikan pemanduan lebih selamat & mudah

  • OLEH Asyikin Md Isa
  • 11:55 am
  • 06/03/2024
  • Komen
240306 Waze Update 2024
Share on FacebookShare on Twitter

Waze, aplikasi navigasi milik Google memperkenalkan 6 ciri baharu yang dapat menjadikan pengalaman pemanduan lebih selamat dan lancar.

Ciri-ciri yang menggunakan kecerdasan buatan (AI) itu akan mula tersedia sepanjang 2024. Ia merangkumi panduan navigasi bulatan dan amaran untuk perubahan had laju.



6 fungsi baharu Waze

Berikut 6 fungsi baharu yang akan tersedia dalam aplikasi Waze:

1. Navigasi bulatan



Waze akan membantu pemandu menavigasi lorong bulatan dengan lebih baik. Ini termasuk memberikan panduan jelas bila masa sesuai untuk masuk, memilih lorong dan laluan keluar yang betul. Kemas kini yang akan mula tersedia dalam tahun ini akan dapat digunakan pengguna Android terlebih dahulu sebelum ke iOS.

240306 Waze Update 2024

2. Amaran keselamatan kenderaan kecemasan

Waze akan memberikan amaran awal jika terdapat kenderaan kecemasan seperti ambulans berhenti di laluan anda, supaya anda boleh menyesuaikan pemanduan mengikut keadaan semasa. Ciri ini sudah pun tersedia dalam aplikasi Waze. Namun buat masa ini hanya untuk pengguna Android dan iOS di Amerika Syarikat, Kanada, Mexico dan Perancis. 

3. Amaran had laju

Aplikasi ini juga akan memberikan amaran apabila had laju menurun sepanjang pemanduan. Sudah tentu ia amat berguna untuk mengelakkan dari disaman. Ia akan dilancarkan secara global untuk semua pengguna Android dan iOS pada bulan ini. Jadi sama-samalah kita nantikannya.

240306 Waze Update 2024

4. Amaran bonggal dan selekoh tajam

Dengan bantuan komuniti pemandu yang sering mengemas kini peta, Waze juga akan meningkatkan amaran bahaya melibatkan selekoh tajam, bonggol laju dan tol, agar anda lebih bersedia. Sama seperti amaran had laju, fungsi ini juga akan tersedia secara global untuk semua pengguna Android dan iOS pada bulan ini.

240306 Waze Update 2024

5. Mudah mencari tempat letak kereta

Waze akan memberikan maklumat terperinci tentang tempat letak kereta seperti caj, kemudian yang tersedia, valet dan stesen pengecasan EV. Tempahan untuk tempat letak kereta juga boleh dibuat menerusi aplikasi. Namun, ciri ini hanya tersedia untuk pengguna di Amerika Syarikat dan Kanada sahaja.

6. Maklumat perjalanan

Pengguna akan mendapat maklumat mengenai laluan biasa, termasuk kemas kini trafik masa nyata. Ia sekali gus membolehkan pengguna membandingkan laluan kegemaran dengan jalan alternatif. Ciri ini akan tersedia secara global untuk pengguna Android dan iOS pada bulan ini.

240306 Waze Update 2024

Menarik juga ciri-ciri baharu yang diperkenalkan Waze ini ya. Lepas ini, harap pemanduan kita semua akan jadi lebih selamat. Pastikan anda mengemas kini aplikasi Waze ya, barulah dapat gunakan ciri yang akan diperkenalkan nanti tu.

[Sumber: Waze]

Bacaan berkaitan:

  • Waze kolaborasi dengan Kung Fu Panda 4, tawar suara watak Po
  • Cara guna Android Auto Wireless dan juga USB (2024)
  • Guna Photomath, kerja sekolah matematik anak anda bisa beres
Tags: aiGooglewaze
Asyikin Md Isa

Asyikin Md Isa

POPULAR

240306 Waze Update 2024

Waze lancar 6 ciri baharu, jadikan pemanduan lebih selamat & mudah

6 March 2024
Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

25 February 2025
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

19 February 2025
TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

6 April 2023
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER