• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Xiaomi Smart Band 8 Pro kini tersedia di Malaysia, ada GPS pada harga RM339

  • OLEH Putra Aziz
  • 7:21 pm
  • 06/03/2024
  • Komen
Xiaomi Smart Band 8 Pro kini tersedia di Malaysia, ada GPS pada harga RM339
Share on FacebookShare on Twitter

Gelang pintar Xiaomi Smart Band 8 Pro telah pun dilancar sebelum ini. Kini, ia telah tiba di Malaysia dan pelancarannya dilihat dilakukan secara senyap selepas ia dikesan tersedia untuk dibeli dalam talian. Menariknya, Xiaomi turut menawarkan promosi sempena ketersediaannya di pasaran tempatan.

Harga Xiaomi Smart Band 8 Pro di Malaysia

Harga jualan rasmi Smart Band 8 Pro di Malaysia adalah RM339, lebih mahal berbanding generasi sebelumnya. Namun, ia boleh didapatkan lebih murah RM299 ketika tempoh promosi yang berjalan terhad dari 3 Mac hingga 7 Mac 2024. Lebih menarik, Xiaomi juga menawarkan tali jam berwarna kuning atau biru secara percuma dalam promosi ini.



Kepada yang berminat, anda boleh mendapatkan Smart Band 8 Pro di stor rasmi Xiaomi di Lazada dan Shopee.

Spesifikasi Xiaomi Smart Band 8 Pro

Xiaomi Smart Band 8 Pro merupakan gelang pintar versi lebih mewah berbanding Xiaomi Smart Band 8 biasa. Ia hadir dengan panel paparan OLED berwarna berukuran 1.74-inci. Skrin ini juga ada kadar penyegaran 60Hz dan kecerahan 600 nits, dengan kaca Corning Gorilla Glass 3 melitupi permukaan paparan jam.



Merupakan model Pro, ia dilengkapkan dengan sensor sedia ada seperti yang terdapat di Smart Band 7 Pro. Ini bermaksud ia dilengkapkan dengan sensor akselerometer, giroskop, pengimbas nadi dan juga oxymeter. Menggunakan sensor-sensor tersebut, ia boleh menjejak lebih 150 jenis sukan.

Untuk kegunaan dalam air, gelang pintar ini menyokong kalis air 5ATM untuk tampung keperluan sukan renang anda. Selain itu, gelang pintar ini juga boleh menjejak stress, oksigen dalam darah dan juga tidur pemakai, disamping penjejakan haid untuk wanita.

Gelang pintar ini juga telah dipertingkatkan untuk memiliki sokongan GNSS bagi menjejak lokasi aktiviti menggunakan aplikasi Mi Fit. Untuk sambungan wayarless, ia dilengkapi Bluetooth 5.3. Terdapat bateri berkapasiti 289mAh di dalamnya dengan jangka hayat bateri sehingga 14 hari. Masa pengecasan dianggarkan sekitar 80 minit.

Untuk ketahui lebih lanjut, anda boleh layari laman rasmi Xiaomi Smart Band 8 Pro.

Bacaan berkaitan

  • [MWC 2024] Xiaomi Watch S3: Gaya dan praktikaliti dalam satu pakej
  • [MWC 2024] Xiaomi Watch 2: Jam tangan dengan Wear OS dan hayat bateri lebih 2 hari
  • [MWC 2024] Xiaomi Smart Band 8 Pro akhirnya ada ciri GPS
  • [MWC 2024] Xiaomi 14 Ultra, empat kamera Leica bergabung dengan HyperOS
Tags: Smart Band 8 Proxiaomixiaomi malaysiaxiaomi smart band 8 pro
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

AEON Bank Tawarkan Pembiayaan Peribadi-i Untuk Bantu Ringankan Kekangan Bajet

AEON Bank Tawarkan Pembiayaan Peribadi-i Untuk Bantu Ringankan Kekangan Bajet

25 December 2025
Xiaomi Smart Band 8 Pro kini tersedia di Malaysia, ada GPS pada harga RM339

Xiaomi Smart Band 8 Pro kini tersedia di Malaysia, ada GPS pada harga RM339

6 March 2024
Realme 16 Pro & 16 Pro+ dilancar dengan kamera 200MP, bateri 7,000mAh, dari RM1,599

Realme 16 Pro & 16 Pro+ dilancar dengan kamera 200MP, bateri 7,000mAh, dari RM1,599

6 April 2026
Xiaomi Mijia Air Conditioner Eco kini di Malaysia, boleh dapat serendah RM1,000

Xiaomi Mijia Air Conditioner Eco kini di Malaysia, boleh dapat serendah RM1,000

30 March 2026
Vivo V70 FE bakal tiba di Malaysia dengan kamera utama 200MP OIS

Vivo V70 FE bakal tiba di Malaysia dengan kamera utama 200MP OIS

31 March 2026
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN