• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Feature

Nak bawa powerbank naik pesawat? Ini senarai kapasiti terbesar boleh dibawa (2024)

  • OLEH Putra Aziz
  • 10:45 pm
  • 07/03/2024
  • Komen
Nak bawa powerbank naik pesawat? Ini senarai kapasiti terbesar boleh dibawa (2024)
Share on FacebookShare on Twitter

Penggunaan powerbank boleh menjadi penyelamat di saat genting apabila anda kehabisan bateri telefon, lebih-lebih lagi ketika anda dalam perjalanan. Dalam artikel saya sebelum ini, saya ada ceritakan perkara yang anda perlu tahu untuk bawa powerbank atas pesawat.

Menurut Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa (IATA), had umum yang dibenarkan untuk powerbank dibawa dalam pesawat adalah berkapasiti bawah 100Wh atau 27,000 mAh. Ini adalah had yang sama terpakai untuk syarikat penerbangan macam Malaysia Airlines, AirAsia, Firefly dan Batik Air. Anda juga perlu tahu yang ia hanya boleh dibawa ke dalam pesawat di dalam kabin sahaja dan bukannya di dalam bagasi ‘check in’.



Sumber: IATA

Tetapi sebenarnya, kapasiti lebih daripada 100Wh pun boleh dibawa. Untuk tahu lebih lanjut, anda boleh baca artikel kami sebelum ini.

Senarai powerbank terbesar anda boleh bawa naik pesawat

Jika anda tertanya powerbank apa yang boleh bawa naik kapal terbang, ada banyak. Sebab semua powerbank yang berkapasiti bawah 27,000mAh dibenarkan untuk bawa dalam pesawat tanpa perlukan kelulusan syarikat penerbangan. Berikut saya senaraikan powerbank berkapasiti besar yang anda boleh dapatkan dan bawa naik kapal terbang:



1. Shargeek 170 24,000mAh – RM1,299

Shargeek 170 ialah powerbank unik hadir dengan rekaan lutsinar. Ia ada paparan pintar untuk paparkan maklumat pengecasan, dan sokong kuasa output sehingga 170W PD 3.1. Terdapat tiga port padanya, iaitu dua port USB-C dan satu lagi USB-A. Kapasiti baterinya adalah sebesar 24,000.

Anda boleh dapatkannya di Lazada dan Shopee. Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari laman produk Shargeek 170 di sini.

2. Anker Prime 24,000mAh – RM799

Powerbank Anker Prime ini mempunyai kapasiti 24,000mAh dengan kuasa output pengecasan sehingga 140W. Anker dakwa ia boleh mengecas iPhone 13 sebanyak 4.9 kali. Sebanyak tiga port dimuatkan pada badannya, ua port USB-C dan satu USB-A. Ia juga lengkap dengan paparan digital.

Anda boleh dapatkannya di Lazada dan Shopee. Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari laman produknya di sini.

3. Baseus 140W Adaman 24,000mAh – RM309

Baseus Adaman ini merupakan powerbank berkuasa tinggi dengan output kuasa sehingga 140W (PD 3.1) menggunakan port USB-C pertamanya. Lagi dua port adalah USB-C dan USB-A, menjumlahkan tiga port terdapat padanya. Kapasiti baterinya sebesar 24,000mAh, dan ia didakwa mampu mengecas penuh Macbook Pro dalam sekalu cas.

Anda boleh dapatkannya di Lazada dan Shopee. Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari laman produknya di sini.

4. Ugreen 145W 25,000mAh – RM359

Ugreen memberikan kuasa mengecas 145W untuk powerbank ini dengan bateri berkapasiti 25,000mAh di dalamnya. Ia turut boleh mengecas tiga peranti serentak menggunakan tiga port yang terdapat padanya, dengan dua daripadanya adalah USB-C dan satu USB-A. Ia juga ada paparan digital di sisi powerbank.

Anda boleh dapatkannya di Lazada dan Shopee. Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari laman produknya di sini.

5. Pineng PN-879PD 27,000mAh – RM218

Ini powerbank paling murah dengan kapasiti terbesar pada 27,000mAh, dengan harga hanya bawah RM250. Ia ada kuasa mengecas tinggi pada 145W menggunakan port USB-C-nya. Sebanyak tiga port dimuatkan pada badannya, iaitu dua USB-C dan satu USB-A.

Anda boleh dapatkannya di Lazada dan Shopee.

    Tags: AirAsiaankerbaseusbateribatteryiataMalaysia AirlinespenerbanganpinengpowerbankShargeUgreen
    Putra Aziz

    Putra Aziz

    POPULAR

    Nak bawa powerbank naik pesawat? Ini senarai kapasiti terbesar boleh dibawa (2024)

    Nak bawa powerbank naik pesawat? Ini senarai kapasiti terbesar boleh dibawa (2024)

    7 March 2024
    Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

    Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

    25 February 2025
    Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

    Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

    8 May 2024
    Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

    Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

    19 February 2025
    TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

    TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

    6 April 2023
    TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

    TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

    19 August 2024

    Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
    Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

    • URUSAN PENGIKLANAN
    • DISCLAIMER

    Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

    • URUSAN PENGIKLANAN
    • DISCLAIMER