• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Xiaomi Watch 2 Malaysia: Jam pintar WearOS, sokong lebih 200 aplikasi dari RM769

  • OLEH Najib
  • 4:53 pm
  • 07/03/2024
  • Komen
Xiaomi Watch 2 Malaysia: Jam pintar WearOS, sokong lebih 200 aplikasi dari RM769
Share on FacebookShare on Twitter

Peranti boleh pakai Xiaomi sudah sekian lama menjadi pilihan ramai pengguna untuk memantau kecergasan dan kesihatan. Kini Xiaomi Malaysia membawakan tiga jam pintar baru untuk pasaran tempatan iaitu Xiaomi Smart Band 8 Pro, Xiaomi Watch 2 dan Xiaomi Watch S3.

Ketiga-tiga jam ini telah dilancarkan di peringkat antarabangsa di MWC 2024 di Barcelona, bersama-sama telefon pintar Xiaomi 14 dan Xiaomi 14 Ultra.



Harga dan Promosi Xiaomi Watch 2

Jam pintar Xiaomi Watch 2 akan dijual di Malaysia mulai 8 Mac 2024, di kedai Xiaomi Store di Malaysia, serta atas talian di Lazada dan Shopee. Harga jualan rasminya di Malaysia adalah RM869.

Tetapi ada tawaran eksklusif untuk pembeli awal. Dari sekarang sehingga 21 Mac 2024, terdapat diskaun sebanyak RM100 untuk Xiaomi Watch 2. Ini menjadikan harganya cuma RM769 sahaja.



Spesifikasi Xiaomi Watch 2

Xiaomi Watch 2 adalah jam tangan berspesifikasi paling tinggi daripada Watch S3 dan Smart Band 8 Pro yang dilancar bersama. Ia dikuasakan sistem operasi Google Wear OS dan bertunjangkan cip pemproses Qualcomm Snapdragon W5+ Gen 1.

Jadi anda boleh jangkakan pelbagai ciri pintar boleh ditemukan padanya berbanding Watch S3 dan Smart Band 8 Pro, kerana ia ada Google Play Store untuk pasang lebih 200 aplikasi pihak ketiga pelbagai guna.

Bermula di bahagian muka jam, Xiaomi Watch 2 ada panel AMOLED berukuran 1.43” berkecerahan puncak sehingga 600 nits. Selain peka sentuhan, terdapat dua butang fizikal di bahagian sisi kanan untuk anda berinteraksi dengan antara muka jam tangan.

Masuk ke bahagian papan utama, cip pemproses Snapdragon tadi bergandingan dengan RAM 2GB dan storan 32GB. Storan itu bolehlah anda gunakan untuk simpan lagu-lagu ataupun peta navigasi offline yang mungkin anda perlukan sewaktu bersenam ataupun beraktiviti luar.

Terdapat dua kaedah perhubungan Watch 2 dengan telefon anda. Ia sama ada bersambung menggunakan Bluetooth 5.2 ataupun secara Wi-Fi 2.4Ghz atau 5Ghz. Disebabkan ia menjalankan Wear OS, anda boleh manfaatkan integrasi mendalam antara jam tangan dengan telefon Android anda. Contohnya, jam boleh menjadi viewfinder kamera telefon malahan hasil gambar/video boleh dilihat langsung di muka jam tangan.

Untuk aktiviti kecergasan. Xiaomi Watch 2 mampu menjejak lebih 160 jenis sukan termasuklah sukan air. Antara sensor penjejak yang ada padanya adalah seperti pengimbas denyutan jantung jenis optik, akselerometer, giroskop, kompas digital, barometer, dan GNSS (L1 + L5).

Disebabkan ia mempunyai banyak fungsi pintar, hayat baterinya juga terhad. Berbekalkan bateri 495mAh, hayat baterinya adalah sehingga 65 jam (~2.5 hari) bergantung kepada cara penggunaan.

Anda boleh layari laman rasmi produk untuk maklumat lanjut.

Bacaan Berkaitan

  • Xiaomi Watch S3 Malaysia: Hayat bateri 15-hari, harga dari RM549
  • Xiaomi 14 Ultra Malaysia: Kamera Leica super hebat, pesaing Galaxy S24 Ultra
  • Xiaomi 14 Malaysia: telefon flagship kompak gempak, ada percuma jam pintar
  • Xiaomi Smart Band 8 Pro kini tersedia di Malaysia, ada GPS pada harga RM339
Tags: wearosxiaomixiaomi watch 2
Najib

Najib

POPULAR

Xiaomi Watch 2 Malaysia: Jam pintar WearOS, sokong lebih 200 aplikasi dari RM769

Xiaomi Watch 2 Malaysia: Jam pintar WearOS, sokong lebih 200 aplikasi dari RM769

7 March 2024
Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

25 February 2025
Infinix GT 30 Pro akan dilancar secara global di Malaysia 21 Mei ini

Infinix GT 30 Pro akan dilancar secara global di Malaysia 21 Mei ini

14 May 2025
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
Realme perkenal telefon konsep dengan bateri 10,000mAh dalam badan senipis 8.5mm

Realme perkenal telefon konsep dengan bateri 10,000mAh dalam badan senipis 8.5mm

7 May 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER