• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Pas Moreh 5G Tanpa Had dan Pas Sahur 444GB CelcomDigi hanya RM7 untuk Ramadhan dan Syawal

  • OLEH Najib
  • 5:57 pm
  • 08/03/2024
  • Komen
Prabayar 5G CelcomDigi baru ada Edisi Biru tanpa had dan Edisi Kuning kelajuan tinggi dari RM25
Share on FacebookShare on Twitter

Bulan Ramadhan, bulan beribadah. Bagi menyediakan lebih kemudahan untuk pengguna sepanjang bulan Ramadhan nanti, CelcomDigi menyediakan pas internet eksklusif dengan data yang banyak pada harga mampu milik.

Terdapat dua pas khas Ramadhan disediakan CelcomDigi untuk pelanggan prabayar dan pascabayar. Pas ini boleh dilanggan di dalam aplikasi Celcom Life atau MyDigi, dari 12 Mac sehingga 13 Mei 2024. Bermakna, ia boleh digunakan sepanjang bulan Ramadhan dan Syawal.



Pas Sahur 444GB RM7

Pas khas Ramadhan pertama adalah Pas Sahur. Ia berharga RM7 dan sah digunakan selama 7 hari. Pas ini memberikan data sebanyak 444GB untuk kegunaan 4G/5G, antara pukul 3 pagi sehingga 9 pagi sahaja. Ini bukan sahaja waktu sahur, boleh guna sehingga lepas subuh dan syuruk.

Seperti namanya, pas ini sesuai untuk pengguna yang mahu berjaga waktu sahur di samping berhubung ke internet dengan data yang besar. Antaranya menonton resipi memasak sahur, tilawah quran sesama rakan jarak jauh, atau menonton ceramah agama atas talian.



Pas Moreh 5G Tanpa Had RM7

Tawaran Pas Moreh adalah lebih menarik kerana ia memberikan data 5G tanpa had dengan kelajuan 5G sepenuhnya. Tetapi ia boleh digunakan antara 9 malam sehingga 3 pagi sahaja, sejurus selesai solat tarawih. Ia juga untuk pelanggan prabayar sahaja.

Pas Moreh ini juga berharga RM7 dan sah digunakan selama 7 hari. Banyak boleh dimanfaatkan dengan data yang banyak tanpa had ini, tetapi pastikan anda berada di dalam liputan 5G jika mahu menggunakannya.

Kedua-dua pas Sahur dan Moreh ini boleh dilanggan pengguna CelcomDigi mulai 12 Mac 2024. Maklumat lanjut juga akan dipaparkan pada hari tersebut, di laman web www.celcomdigi.com.

Bacaan Berkaitan

  • Nikmati 444GB data hanya RM7 seminggu sepanjang Ramadhan dengan Pas Sahur Celcom & Digi
  • CelcomDigi Postpaid 5G SE tiba diam-diam, pascabayar termurah dari RM40/bulan
  • Prabayar 5G CelcomDigi baru ada Edisi Biru tanpa had dan Edisi Kuning kelajuan tinggi dari RM25
Tags: CelcomDigiCelcomDigi Pas MorehRamadhan
Najib

Najib

POPULAR

Prabayar 5G CelcomDigi baru ada Edisi Biru tanpa had dan Edisi Kuning kelajuan tinggi dari RM25

Pas Moreh 5G Tanpa Had dan Pas Sahur 444GB CelcomDigi hanya RM7 untuk Ramadhan dan Syawal

8 March 2024
Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

25 March 2025
Jangan Kena Scam: Ini cara tebus bantuan SARA RM100 dengan MyKad anda

Jangan Kena Scam: Ini cara tebus bantuan SARA RM100 dengan MyKad anda

27 July 2025
AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

28 May 2025
Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

19 February 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER