• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Nikmati 444GB data hanya RM7 seminggu sepanjang Ramadhan dengan Pas Sahur Celcom & Digi

  • OLEH Najib
  • 12:41 pm
  • 19/03/2023
  • Komen
Nikmati 444GB data hanya RM7 seminggu sepanjang Ramadhan  dengan Pas Sahur Celcom & Digi
Share on FacebookShare on Twitter

Ramadhan tiba, Marhaban Ya Ramadhan. Pasti sudah terngiang-ngiang alunan merdu tersebut di dalam minda ramai rakyat Malaysia. Bersempena kedatangan Ramadhan, CelcomDigi mengumumkan penawaran Pas Sahur 444GB untuk semua penggunanya.

Seperti namanya, Pas Sahur ini boleh digunakan di waktu sahur sahaja iaitu dari pukul 3 pagi sehingga 7 pagi. Menurut CelcomDigi, pas ini ditawarkan supaya pengguna dapat kekal berhubung dengan insan tersayang melalui panggilan video, strim ceramah agama atau tonton resipi Sahur di media sosial.



Menariknya, Pas Sahur menyediakan kuota data berkelajuan tinggi sebanyak 444GB, pada harga RM7 sahaja dan sah selama seminggu. Pas ini ditawarkan selama dua bulan, dari 16 Mac sehingga 15 Mei 2023. Bermakna, boleh guna sampai Hari Raya nanti, bagus juga untuk Puasa 7 Syawal.

Semua pengguna prabayar serta pascabayar Celcom dan Digi layak melanggan pas ini, kecuali pelanggan Pelan Gaming RDY Digi. Pas Sahur ini boleh didapati dengan mudah menerusi aplikasi Digi dan Celcom, di ruangan’ Add-Ons’.



Ingat ya, pas sahur ini ada kuota 444GB dan boleh digunakan dari pukul 3 pagi sehingga 7 pagi sahaja. Selain itu, kuota ini tidak boleh dikongsi seecara hotspot. Harganya RM7 dan sah selama 7 hari. Kalau perlu lebih, boleh langgan lagi sehingga 15 Mei 2023.

Untuk maklumat lanjut, layari laman Pas Sahur Celcom dan Digi.

Bacaan Berkaitan

  • Pelanggan Celcom kini boleh pergi ke Digi Store, dan sebaliknya, untuk berurusan.
  • Telco mana ada FUP prabayar tanpa had paling kedekut?
  • CelcomDigi: 5G tersedia untuk pelanggan prabayar dan pascabayar, percuma hingga 30 April 2023
  • Maybank dan Celcom kembalikan wang RM1 juta yang dipindah secara tidak sah
  • 5 Terbaik: Pascabayar yang boleh anda pertimbangkan dengan bajet RM100
  • Kerajaan rampas kredit prabayar Digi bernilai RM3.4 juta yang dipercayai diguna untuk kegiatan haram
Tags: celcomCelcomDigidigiPas SahurRamadhan
Najib

Najib

POPULAR

Nikmati 444GB data hanya RM7 seminggu sepanjang Ramadhan  dengan Pas Sahur Celcom & Digi

Nikmati 444GB data hanya RM7 seminggu sepanjang Ramadhan dengan Pas Sahur Celcom & Digi

19 March 2023
CelcomDigi tawar ansuran 0% faedah 6 bulan menerusi SPayLater untuk telefon 5G terpilih

CelcomDigi tawar ansuran 0% faedah 6 bulan menerusi SPayLater untuk telefon 5G terpilih

30 July 2026
Sony Xperia 1 VIII rasmi di Malaysia: Harga RM6,499, pembeli awal dapat WF-1000XM6 percuma

Sony Xperia 1 VIII rasmi di Malaysia: Harga RM6,499, pembeli awal dapat WF-1000XM6 percuma

4 August 2026
Perodua turunkan harga Axia sehingga RM4,700, kini bermula RM33,900

Perodua turunkan harga Axia sehingga RM4,700, kini bermula RM33,900

3 August 2026
Siri Google Pixel 11 bakal dilancar 12 Ogos: Bawa ciri lampu ‘Pixel Glow’ dan cip Tensor G6

Siri Google Pixel 11 bakal dilancar 12 Ogos: Bawa ciri lampu ‘Pixel Glow’ dan cip Tensor G6

31 July 2026
Pemanas air segera Rubine ini cuma 45mm tebal, rekod paling nipis di Malaysia

Pemanas air segera Rubine ini cuma 45mm tebal, rekod paling nipis di Malaysia

31 July 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN