• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Pengecas comel Ugreen Nexode RG mampu cas Macbook Air sehingga 51% dalam 30 minit

  • OLEH Najib
  • 7:47 pm
  • 08/03/2024
  • Komen
Pengecas comel Ugreen Nexode RG mampu cas Macbook Air sehingga 51% dalam 30 minit
Share on FacebookShare on Twitter

Semakin banyak perkakas dan peranti boleh menggunakan USB-C untuk mengecas. Jika anda mencari pengecas berbilang port dengan rupa yang comel, Ugreen baru sahaja melancarkan pengecas Nexode RG 65W .

Berbeza dengan pengecas GaN biasa, Ugreen Nexode RG 65W memiliki rupa seakan robot yang comel. Ia turut datang bersama penutup berkaki jika tidak digunakan untuk mengecas.



Pengecas ini juga dilengkapi skrin LED mini yang berguna. Ia mempamerkan emoji dengan ekspresi yang berubah mengikut status pengecasan masa sebenar.

Terdapat tiga port di pengecas Ugreen Nexode RG 65W, dua port USB-C dan satu port USB-A. Ia mampu mengecas sehingga 65W jika satu port USB-C digunakan, kuasa yang mencukupi untuk mengecas laptop. Port USB-A pula boleh mengalirkan kuasa mengecas sehingga 22.5W.



Pengecas Nexode RG 65W mampu mengecas iPhone 50 Pro dari 0 ke 60% dalam masa 30 minit sahaja. Manakala mengecas laptop MacBook Air M2 selama 30 minit boleh memberi kuasa sehingga 51% dari 0.

Ramai pengguna mungkin bimbang tentang keselamatan pengecas sebegini, seperti suhu terlampau tinggi, pengecasan berlebihan atau kerosakan pada peranti. Justeru, Nexode RG dibina dengan bahan kalis api dan tahan lama, manakala sistem pemantau suhu UGREEN yang dikenali sebagai Thermal Guard yang memberi keselamatan tambahan untuk mencegah isu litar pintas, beban terlampau dan lebihan voltan.

Harga dan Ketersediaan

Ugreen menjual Nexode RG 65W dengan palam UK tiga pin pada harga RM159. Ia kini boleh dibeli atas talian di Stor Ugreen di Lazada dan Shopee, serta di TikTok Shop UGreen.

Untuk maklumat lanjut, layari laman produk Ugreen Nexode RG 65W. Anda juga boleh menyemak senarai pengecas comel dan unik lain dalam senarai pengecas kami di sini.

Bacaan Berkaitan

  • Bosan dengan pengecas biasa? Ini 5 pengecas unik ada paparan LED dan kuasa cukup tinggi
  • Banyak peranti nak dicas serentak? Anda boleh guna 5 pengecas GaN 100W ini
  • Ugreen perkenal pengecas GaN 300W dan ia bukanlah biasa-biasa
Tags: Nexode RGpengecas ganUgreenUgreen Nexode RG
Najib

Najib

POPULAR

Pengecas comel Ugreen Nexode RG mampu cas Macbook Air sehingga 51% dalam 30 minit

Pengecas comel Ugreen Nexode RG mampu cas Macbook Air sehingga 51% dalam 30 minit

8 March 2024
PDRM uji Nissan Kicks e-Power selama 2 bulan untuk operasi barisan hadapan

PDRM uji Nissan Kicks e-Power selama 2 bulan untuk operasi barisan hadapan

7 August 2026
CelcomDigi tawar ansuran 0% faedah 6 bulan menerusi SPayLater untuk telefon 5G terpilih

CelcomDigi tawar ansuran 0% faedah 6 bulan menerusi SPayLater untuk telefon 5G terpilih

30 July 2026
Sony Xperia 1 VIII rasmi di Malaysia: Harga RM6,499, pembeli awal dapat WF-1000XM6 percuma

Sony Xperia 1 VIII rasmi di Malaysia: Harga RM6,499, pembeli awal dapat WF-1000XM6 percuma

4 August 2026
Perodua turunkan harga Axia sehingga RM4,700, kini bermula RM33,900

Perodua turunkan harga Axia sehingga RM4,700, kini bermula RM33,900

3 August 2026
Pemanas air segera Rubine ini cuma 45mm tebal, rekod paling nipis di Malaysia

Pemanas air segera Rubine ini cuma 45mm tebal, rekod paling nipis di Malaysia

31 July 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN