• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Ugreen perkenal pengecas GaN 300W dan ia bukanlah biasa-biasa

  • OLEH Hanif Azrai
  • 9:37 am
  • 12/07/2023
  • Komen
Ugreen perkenal pengecas GaN 300W dan ia bukanlah biasa-biasa
Share on FacebookShare on Twitter

Ugreen mengumumkan satu produk pengecas berkuasa tinggi. Ia adalah sebuah blok pengecas 300W berteknologi GaN dengna 5 port USB yang boleh diguna pakai. Ciri yang membuatkannya unik berbanding yang lain adalah apabila semua port digunakan, anda boleh mengecas sebuah laptop gaming, laptop biasa, MacBook Air, dan 2 iPad pada kelajuan penuh secara serentak.

Jadual di bawah adalah output untuk setiap port mengikut kombinasi penggunaan.



Bagi mengawal selia haba yang terhasil sewaktu beroperasi pada paras kuasa tinggi. Ugreen membangunkan sistem kawal selia haba yang canggih. Sistem ini mengambil bacaan suhu pengecas setiap setengah saat supaya apabila suhu melebihi had, sistem akan mengehadkan kuasa output secara automatik.

Menurut Ugreen, produk ini akan menembusi pasaran pengguna dalam bulan Ogos 2023 nanti pada harga USD269 (~RM1,251). Agak keras harga yang perlu anda bayar untuk tahap mobility yang tinggi untuk pengecas. Untuk alternatif, banyak lagi pengecas berasaskan teknologi GaN di luar sana boleh anda pertimbangkan.



Kami pernah hasilkan senarai 5 pengecas GaN untuk mengecas gajet anda pada tahap paling optimum. Anda boleh baca dan tontonnya dalam pautan di bawah.

5 pengecas GaN untuk cas gajet anda di tahap paling optimum

Sumber: TheVerge

Bacaan berkaitan

  • Ugreen lancar Powerbank yang mampu mengecas laptop dan telefon secara pantas, boleh guna dalam kapal terbang
  • Ugreen lancar Dok stesen USB-C 9-dalam-1, boleh sambung dua monitor 4K serentak
  • Pengecas meja Ugreen 100W ini gabung teknologi GaN II dan SiC untuk lebih prestasi
Tags: Ugreenugreen 300w
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Ugreen perkenal pengecas GaN 300W dan ia bukanlah biasa-biasa

Ugreen perkenal pengecas GaN 300W dan ia bukanlah biasa-biasa

12 July 2023
Pas MyKomuter50: Pendaftaran kini dibuka, ini cara daftar dan aktifkannya

Pas MyKomuter50: Pendaftaran kini dibuka, ini cara daftar dan aktifkannya

16 November 2026
Xiaomi 18 Pro & 18 Pro Max Malaysia: Kamera Leica 200MP, skrin OLED belakang, dari RM3,999

Xiaomi 18 Pro & 18 Pro Max Malaysia: Kamera Leica 200MP, skrin OLED belakang, dari RM3,999

18 November 2026
Huawei Nova 16s dan Nova 16s Pro bakal dilancar di Malaysia 19 November

Huawei Nova 16s dan Nova 16s Pro bakal dilancar di Malaysia 19 November

14 November 2026
Huawei MateBook Fold S: Laptop boleh lipat 14.7″ dengan paparan kedua di luar

Huawei MateBook Fold S: Laptop boleh lipat 14.7″ dengan paparan kedua di luar

16 November 2026
Vivo V80 tiba di Malaysia: Skrin 144Hz dan bateri 7,200mAh, harga dari RM2,399

Vivo V80 tiba di Malaysia: Skrin 144Hz dan bateri 7,200mAh, harga dari RM2,399

19 November 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN