• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Anda kini boleh buat carian Google dengan lebih berkesan

  • OLEH Putra Aziz
  • 9:05 pm
  • 11/03/2024
  • Komen
Anda kini boleh buat carian Google dengan lebih berkesan
Share on FacebookShare on Twitter

Google baru-baru ini telah mengumumkan mereka mempertingkatkan enjin carian Google untuk tangani masalah spam dan carian hasil kandungan tidak berkualiti. Ini bermakna, apabila membuat carian, anda akan dapat hasil carian yang jauh lebih baik dan berkesan dalam mencari sesuatu maklumat di Google.

Ada dua perkara utama yang ditekankan pada kemaskini terbaru ini. Pertamanya, Google membuat penambahbaikan pada algoritma sistem peringkat carian bagi memastikan maklumat yang lebih berguna dipaparkan kepada pengguna. Kedua adalah Google mengemas kini polisi mereka berkenaan spam untuk memastikan anda boleh terima carian lebih spesifik dan berkualiti.



Sejak tahun 2022 lagi, Google telah memperbaik sistem peringkat carian untuk mengurangkan kandungan tidak asli pada carian Google, dan pemakluman terbaru ini merupakan kemas kini daripadanya. Menurut Google, kombinasi kemas kini terbaru dan usaha Google sebelum ini dijangka akan mengurangkan sebanyak 40% carian kandungan tidak asli dan tidak berkualiti.

Berkenaan spam pula, Google mengatakan mereka telah memperketatkan polisi untuk menapis kandungan yang tidak berkualiti. Lebih banyak tindakan turut akan diambil Google bermula hari ini untuk tangani permasalahan spam dan penyalahgunaan kandungan. Walaupun sistem kedudukan Google mengekalkan kandungan tidak berkualiti berada pada kedudukan rendah, kemas kini terbaru ini membenarkan Google untuk mengambil lebih banyak tindakan bersasar di bawah polisi spam Google.



Antara polisi yang akan dikukuhkan oleh Google adalah penyalahgunaan kandungan berskala besar yang menggunakan penjanaan kandungan tidak berkualiti secara automatik untuk memanipulasi tahap carian. Selain itu, Google juga akan mengukuhkan polisi penyalahgunaan reputasi laman web untuk mengurangkan kandungan pihak ketiga yang memanfaatkan laman web bereputasi tinggi untuk mendapat kedudukan carian baik di Google.

Sementara itu, polisi penyalahgunaan domain luput akan diperketatkan. Sebagai cobtoh, ia adalah apabila domain yang telah luput dibeli semula untuk tujuan meningkatkan kedudukan, dan ia akan dikira sebagai spam.

Kemas kini Google terbaru ini dapat dilihat akan memudahkan pengguna untuk membuat carian Google, di samping memberikan pengguna mendapatkan hasil carian yang lebih berkaitan dengan cepat.

Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari laman blog Google di sini.

[Sumber: Google]

Tags: Googlegoogle search
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

Sukar pilih laptop kerja yang tepat? MSI Modern 16S AI+ mungkin selesaikan dilema anda

Sukar pilih laptop kerja yang tepat? MSI Modern 16S AI+ mungkin selesaikan dilema anda

6 October 2026
Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

17 September 2026
Anda kini boleh buat carian Google dengan lebih berkesan

Anda kini boleh buat carian Google dengan lebih berkesan

11 March 2024
Cari laptop kerja & gaming berbaloi? Ini sebab MSI Cyborg 15 Max patut jadi pilihan

Cari laptop kerja & gaming berbaloi? Ini sebab MSI Cyborg 15 Max patut jadi pilihan

2 October 2026
Jangan simpan GrabCoins anda. Tukarkannya kepada baucar dan diskaun!

Jangan simpan GrabCoins anda. Tukarkannya kepada baucar dan diskaun!

14 August 2026
Bajet 2027: Rakyat dewasa dapat SARA RM100 dua kali, penerima STR sehingga RM1,800 setahun

Bajet 2027: Rakyat dewasa dapat SARA RM100 dua kali, penerima STR sehingga RM1,800 setahun

10 October 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN