• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Malaysia jadi lokasi pelancaran antarabangsa siri Infinix Note 40

  • OLEH Najib
  • 11:10 am
  • 11/03/2024
  • Komen
Infinix Note 30 Pro Malaysia: RM899 anda dapat skrin AMOLED, speaker stereo, dan pengecasan wayarles
Share on FacebookShare on Twitter

Infinix merupakan jenama peranti yang pesat meningkat naik di Malaysia. Ia memberi saingan ketat kepada Xiaomi dan Poco dalam peranti kelas permulaan dan pertengahan kerana menyediakan spesifikasi lebih baik pada harga lebih murah. Berita baik untuk rakyat Malaysia, Infinix akan melancarkan siri Note 40 peringkat antarabangsa di negara kita. Bermakna, pengguna di Malaysia boleh menjadi yang terawal memiliki telefon pintar terbaru Infinix.

Pelancaran siri Infinix Note 40 akan diadakan Litar Antarabangsa Sepang pada hari Isnin, 18 Mac 2024. Masih tidak banyak perkara dikongsikan oleh Infinix, tetapi beberapa petunjuk telah kelihatan di media sosial rasmi Infinix, antaranya tanda pagar “All Round Fast Charge 2.0” dan “Take Charge 24/7“.



⚡️We're changing the smartphone game once again with the all-new Infinix NOTE 40 SERIES. Save the date and stay tuned for the teasers! #Infinix #NOTE40SERIES #AllRoundFastCharge2_0 #TakeCharge247 #ComingSoon pic.twitter.com/83H2gNybwa

— Infinix Mobile (@Infinix_Mobile) March 8, 2024

Semakan di pangkalan data SIRIM menunjukkan, terdapat dua model Infinix Note 40 telah diluluskan di Malaysia. Pertama adalah Note 40 dan kedua digelar Note 40 Pro 5G. Dari nama ini, boleh kita rumuskan bahawa model asas Note 40 masih tiada sokongan 5G manakala model Pro akan boleh menggunakan 5G.

Spesifikasi siri Infinix Note 40

Walaupun masih tiada perkongsian secara rasmi, sudah ada beberapa berita yang mengkhabarkan spesifikasi untuk telefon Infinix yang baru ini. Antaranya penggunaan cipset Helio G99 serta sokongan pengecasan wayarles bagi model bukan Pro.



Manakala khabar angin tentang Note 40 Pro 5G masih sangat samar. Apa yang muncul adalah kotak Note 40 Pro+ 5G, model yang dijangka tidak akan dilancar di Malaysia. Menariknya, Note 40 Pro+ 5G menunjukkan ia memiliki teknologi All-Round Fast Charge 2.0, menyokong pengecasan berwayar 100W dan wayarles 50W. Jika Note 40 Pro 5G memiliki label pengecasan yang sama, pasti ia juga menyokong pengecasan seperti Note 40 Pro+ 5G.

Kotak Infinix Note 40 Pro+ 5G

Tahun lepas, Infinix Malaysia melancarkan dua model Note 30 iaitu Note 30 dan Note 30 Pro. Kedua-dua model ini tidak menyokong rangkaian 5G dan dikuasakan cipset Helio G99, cip terbaik Mediatek untuk 4G. Note 30 dijual pada harga RM699 dengan RAM 8GB dan storan 256GB. Manakala Note 30 Pro pula berharga RM899 dengan RAM dan storan yang serupa, serta kelebihan sokongan pengecasan wayarles.

Kita boleh menjangkakan Infinix akan mengekalkan cipset Helio G99 bagi Note 40, tetapi bertukar kepada cipset 5G untuk Note 40 Pro. Harganya juga mungkin tidak jauh daripada siri Note 30 tahun lepas.

Untuk maklumat lanjut, nantikan laporan kami pada hari pelancaran siri Infinix Note 40 kelak.

[Sumber: Infinix]

Bacaan Berkaitan

  • Infinix Note 30 Pro Malaysia: RM899 anda dapat skrin AMOLED, speaker stereo, dan pengecasan wayarles
  • Infinix Note 30 Malaysia: Pada RM699, ini pesaing terhebat Redmi
  • Infinix Note 30 perkenal varian warna terbaru, lebih menyerlah dan garang
Tags: InfinixInfinix Note 40Infinix Note 40 Pro
Najib

Najib

POPULAR

Infinix Note 30 Pro Malaysia: RM899 anda dapat skrin AMOLED, speaker stereo, dan pengecasan wayarles

Malaysia jadi lokasi pelancaran antarabangsa siri Infinix Note 40

11 March 2024
Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

25 February 2025
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

19 February 2025
TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

6 April 2023
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER