• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Gigabyte AORUS 17X dilancar, hadir dengan Intel Core i9-14900HX dan RTX 4080

  • OLEH Putra Aziz
  • 3:22 pm
  • 12/03/2024
  • Komen
Gigabyte AORUS 17X dilancar, hadir dengan  Intel Core i9-14900HX dan RTX 4080
Share on FacebookShare on Twitter

Selain laptop AORUS 16X, Gigabyte Malaysia turut memperkenalkan AORUS 17X untuk pasaran Malaysia. Berbanding AORUS 16X, laptop AORUS 17X ini adalah lebih besar dan lebih berkuasa kerana dilengkapi dengan GPU NVIDIA GeForce RTX 4080. Ia turut hadir dengan cip pemproses terkini Intel Core i9-14900HX bersama perisian AI Nexus yang dikuasakan AI.

Harga dan ketersediaan AORUS 17X di Malaysia

Hanya satu varian sahaja yang ditawarkan untuk AORUS 17X untuk pasaran Malaysia. Harga jualan rasminya adalah seperti berikut:



  • AORUS 17X AXG (Core i9-14900HX, RAM 32GB, RTX 4080) – RM14,499

Sejurus pelancarannya, laptop AORUS 17X telah tersedia didapatkan oleh semua pengguna di Malaysia sekarang. Tidak seperti AORUS 16X, AORUS 17X ini tidak didatangkan dengan hadiah percuma. Tetapi jika berminat, anda boleh dapatkan AORUS 17X di konsep stor Gigabyte ataupun stor rasmi Gigabyte di Lazada dan juga Shopee.

Spesifikasi AORUS 17X

Laptop AORUS 17X merupakan versi yang lebih besar dan berkuasa berbanding AORUS 16X. Tersedia dalam satu varian, ia dipasangkan dengan cip pemproses Intel Core i9-14900HX dengan kombinasi GPU NVIDIA GeForce RTX 4080 berkuasa grafik maksimum pada 175W. Bersama cip pemproses, ia hadir dengan RAM DDR5 32GB berkelajuan 5600Mhz dan storan SSD seluas 1TB.



Untuk paparan, AORUS 17X dipasangkan dengan skrin IPS 17.3-inci pada resolusi QHD (2560X1440). Ia menggunakan nisbah 16:9 dan ada kadar penyegaran pantas 240Hz bersama sokongan NVIDIA G-Sync. Panel ini turut ada cakupan warna 100% DCI-P3 berserta pengesahan Pantone untuk paparkan warna cantik, serta diiktiraf TUV Rheindland untuk memelihara mata pengguna. Terdapat juga sokongan Dolby Vision pada skrin.

Seperti AORUS 16X, laptop 17-inci ini juga datang dengan perisian pintar AI Nexus. Ia adalah perisian untuk pengguna menetapkan tahap prestasi, kelajuan kipas dan juga lampu RGB pada laptop. Tetapi yang menariknya, perisian dikuasakan AI ini boleh melaraskan penggunaan GPU secara pintar untuk menawarkan jangka hayat bateri lebih panjang.

Prestasi laptop turut boleh dipertingkatkan menggunakan perisian yang sama, dengan ia mampu untuk mengoptimumkan CPU, GPU dan konfigurasi kipas. Memastikan prestasi baik pada laptop ini adalah teknologi penyejukan Infinity WINDFORCE dengan empat kipas berkuasa 12V bersama dengan sistem vapor chamber bagi mengalirkan haba dengan lebih efisien.

Sementara itu, menghidupkan semua komponen laptop adalah bateri yang sama seperti AORUS 16X iaitu 99Whr. Namun, pengecasan yang disokong adalah lebih pantas pada 330W melalui penyesuai AC dan 100W PD menggunakan USB-C. Port I/O pada laptop ini termasuk tiga USB-A 3.2, satu USB-C Thunderbolt 4 (sokong DisplayPort 1.4 dan PD 3.0), satu USB-C 3.2, satu MiniDP 1.4, satu Ethernet RJ-45, satu HDMI 2.1 dan jek audio 3.5mm.

Selain itu, laptop ini juga ada dua speaker berkuasa 2.5W dengan Dolby Atmos, WiFi 6E dan juga Bluetooth 5.2.

Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari laman produk AORUS 17X.

Bacaan berkaitan

  • Gigabyte lancar laptop AORUS A16X di Malaysia, harga bermula RM7,119
  • Gigabyte Vision Drive 1TB, storan SSD luaran tahan lasak tahap tentera
  • Jika anda memiliki PSU Gigabyte ini, anda boleh tukarnya secara percuma
Tags: AORUS 17XGigabytegigabyte aorusGigabyte MalaysiaLaptop gaming
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

21 June 2025
Gigabyte AORUS 17X dilancar, hadir dengan  Intel Core i9-14900HX dan RTX 4080

Gigabyte AORUS 17X dilancar, hadir dengan Intel Core i9-14900HX dan RTX 4080

12 March 2024
Honor X6c tiba di Malaysia, telefon murah tahan lasak dengan butang AI boleh suai

Honor X6c tiba di Malaysia, telefon murah tahan lasak dengan butang AI boleh suai

13 June 2025
Garmin Forerunner 570 & 970 kini di Malaysia, jam kecergasan AMOLED dengan fungsi ECG

Garmin Forerunner 570 & 970 kini di Malaysia, jam kecergasan AMOLED dengan fungsi ECG

19 June 2025
Realme C71 akan dilancar pada 12 Jun, hadir dengan bateri 6,300mAh & kamera 50MP

Realme C71 rasmi di Malaysia, telefon bawah RM500 dengan bateri besar 6,300mAh

12 June 2025
Redmi Pad 2 dilancar, tablet murah dengan skrin 11″ 90Hz & bateri besar 9,000mAh

Redmi Pad 2 dilancar, tablet murah dengan skrin 11″ 90Hz & bateri besar 9,000mAh

20 June 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER