• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Terbang dari KLIA dan Senai akan lebih mahal mulai 1 Jun, ini kadar PSC baru yang perlu dibayar

  • OLEH Najib
  • 3:59 pm
  • 13/03/2024
  • Komen
Terbang dari KLIA dan Senai akan lebih mahal mulai 1 Jun, ini kadar PSC baru yang perlu dibayar
Share on FacebookShare on Twitter

Mulai 1 Jun 2024, penumpang penerbangan dari KLIA perlu membayar Caj Perkhidmatan Penumpang (PSC) yang baru. Terdapat beberapa kenaikan dan penurunan kadar PSC bergantung kepada destinasi penerbangan. Caj PSC ini juga berkuatkuasa dari 1 Jun 2024 sehingga 31 Disember 2026.

Perkara ini diumumkan oleh Suruhanjaya Penerbangan Malaysia, MAVCOM yang turut menjelaskan bahawa penumpang yang membeli tiket sebelum 1 Jun 2024, tidak akan tertakluk kepada kadar PSC baru ini walaupun tarikh perjalanan berlaku selepas atau pada tarikh tersebut.



Tambah MAVCOM, kadar pindaan PSC baharu itu termasuk caj keselamatan iaitu caj bagi penyediaan perkhidmatan keselamatan di lapangan terbang.

Apa itu PSC?

Caj Perkhidmatan Penumpang atau PSC sebelum ini dikenali sebagai cukai lapangan terbang, dibayar oleh penumpang yang mahu berlepas dari lapangan terbang tersebut. Di Malaysia, PSC dikutip oleh syarikat penerbangan semasa jualan tiket dan dibayar kepada Malaysia Airports selepas pesawat mendarat.



Disebabkan itu, penumpang yang tidak menaiki penerbangan selepas membeli tiket, boleh menuntut sepenuhnya PSC daripada syarikat penerbangan, selepas pesawat yang sepatutnya dinaiki telah mendarat.

Kadar Baru PSC KLIA mulai 1 Jun 2024

Dalam kadar baru PSC ini, MAVCOM turut memperkenalkan caj untuk penumpang yang ‘transfer’ atau bertukar pesawat di lapangan terbang Malaysia. Secara ringkas, mulai 1 Jun 2023 penumpang ke destinasi domestik masih dikekalkan PSC sebanyak RM11, tetapi ada peningkatan untuk destinasi antarabangsa serta kadar baru untuk penumpang bertukar pesawat.

Berikut adalah kadar baru PSC Pelepasan dan PSC Transfer:

Untuk KLIA Terminal 1, sebelum ini kadar PSC ke destinasi ASEAN hanya RM35 manakala ke destinasi antarabangsa lain adalah RM73. Dengan kadar baru, semua penumpang antarabangsa termasuk destinasi ASEAN dikenakan kadar RM73.

Bagi penumpang yang bertukar pesawat di KLIA T1, akan dikenakan PSC Transfer sebanyak RM42.

Bagi KLIA Terminal 2 pula, kadar sedia ada adalah serupa dengan T1 iaitu RM35 untuk destinasi ASEAN dan RM73 untuk destinasi lain. Tetapi kadar baru menjadi rata untuk semua destinasi antarbangsa iaitu RM50. Ini bermakna, penumpang destinasi ASEAN perlu membayar lebih tetapi destinasi antarabangsa dikurangkan kadar PSC.

Penumpang yang bertukar pesawat di KLIA T2 pula akan dikenakan PSC Transfer sebanyak RM29.

Kadar Baru PSC Lapangan Terbang Senai mulai 1 Jun 2024

Kadar baru PSC turut dikenakan untuk lapangan terbang antarabangsa Senai di Johor. Bagi destinasi domestik, kadar PSC mulai 1 Jun adalah RM16, berbanding RM11 sekarang. Untuk bertukar pesawat, kadar PSC Transfer adalah RM10.

Untuk penumpang antarabangsa, kadar yang dikenakan di Senai adalah serupa dengan KLIA T2 iaitu RM50 untuk semua penumpang. Ia juga adalah kenaikan untuk penumpang ASEAN yang kini membayar PSC RM35, tetapi menurun untuk penumpang antarbangsa lain iaitu RM73 sekarang. Penumpang yang bertukar pesawat akan dikenakan PSC Transfer sebanyak RM29.

[Sumber: MAVCOM]

Bacaan Berkaitan

  • MAVCOM gantung lesen MyAirline serta merta, masih perlu pulangkan wang penumpang
  • Undang-undang sedang digubal bagi larang tiket penerbangan ditukar kepada baucar atau kredit
  • MAVCOM: Lebih separuh aduan berkaitan syarikat penerbangan untuk separuh pertama 2022 adalah tentang AirAsia
Tags: KLIAMalaysia Airportmavcom
Najib

Najib

POPULAR

Terbang dari KLIA dan Senai akan lebih mahal mulai 1 Jun, ini kadar PSC baru yang perlu dibayar

Terbang dari KLIA dan Senai akan lebih mahal mulai 1 Jun, ini kadar PSC baru yang perlu dibayar

13 March 2024
Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

25 February 2025
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

19 February 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
Realme perkenal telefon konsep dengan bateri 10,000mAh dalam badan senipis 8.5mm

Realme perkenal telefon konsep dengan bateri 10,000mAh dalam badan senipis 8.5mm

7 May 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER