• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Siri Vivo V30 Malaysia: Bateri terbesar dan yang pertama dengan lencana Zeiss

  • OLEH Hanif Azrai
  • 10:38 am
  • 14/03/2024
  • Komen
Siri Vivo V30 Malaysia: Bateri terbesar dan yang pertama dengan lencana Zeiss
Share on FacebookShare on Twitter

Vivo Malaysia telah mengumumkan penjualan telefon baharu mereka iaitu siri Vivo V30. Ada beberapa perkara menarik yang boleh anda temukan pada iterasi kali ini seperti ia mempunyai kapasiti bateri terbesar adalah sejarah siri V setakat ini disamping yang pertama menggunakan lencana Zeiss.

Harga siri Vivo V30 Pro di Malaysia

Siri Vivo V30 Pro dijual di Malaysia seawal 16 Mac 2024 dengan Vivo V30 diikuti dengna Vivo V30 Pro pada 30 Mac 2024. Harga mereka adalah seperti berikut:



Vivo V30 dan V30 Pro dah dilancarkan.

  • Vivo V30 (12 + 256) – RM1,999
  • Vivo V30 (12 + 512) – RM2,199
  • Vivo V30 Pro (12 + 512 ) – RM2,599

Tempahan awal untuk milikinya telahpun dibuka sekarang tapi pada 16 Mac 2024, anda boleh dapatkan Vivo V30 varian 512GB pada harga 256GB bila anda lakukan pembelian di kedai fizikal Vivo.



Di samping itu, ada juga promosi tempahan awal dijalankan. Ia menawarkan hadiah ekslusif bernilai RM769 yang merangkumi:

  • vivo TWS 3e
  • vivo V30 Limited Gift Box
  • vivo care 1+1* Extended Warranty
  • vivo care 180 days Screen Protection

Anda boleh dapatkan produk Vivo melalui kedai dalam talian mereka sama ada di Lazada ataupun Shopee.

Spesifikasi siri Vivo V30 Pro

Vivo V30 dan Vivo V30 Pro sangat mirip antara satu sama lain daripada segi fizaliti. Dua cara untuk mengenal pasti varian Pro daripada yang bukan adalah pada kehadiran lencana Zeiss dan kamera ketiga sementara varian yang lebih rendah cuma ada dua kamera dan tiada lencana Zeiss.

Bermula dengan varian yang paling atas iaitu Vivo V30 Pro, ia adalah telefon dengan panel paparan AMOLED sebesar 6.78”. Paparan telefon tersebut memiliki resolusi FHD+ (2800 x 1260) dan beroperasi pada kadar sama ada 60Hz ataupun 120Hz.

Atas papan utama, Vivo V30 Pro diperkasa cipset Mediatek Dimensity 8200 dan ia digandingkan bersama RAM 12GB serta storan 512GB. Bateri berkapasiti 5,000mAh menghidupkan kelengkapan elektronik telefon ini yang dikatakan kapasiti terbesar dalam siri V setakat ini.

Lagi yang pertama pada siri V adalah komponen pengimejan berlencana Zeiss. Vivo V30 Pro ada tiga kamera belakang yang gunakan sensor 50MP setiap satu. Ia ada kamera utama, kamera telefoto 2x zum optikal, dan kamera ultralebar 0.6x zum optikal. Kamera selfie juga gunakan sensor 50MP.

Salah satu perkara yang diperbaharui Vivo adalah ciri Aura Light. Pada Vivo V29, kompnen Aura Light adalah lampu LED berbentuk gelang yang kecil. Tapi pada siri V30 Pro, ia lebih besar dan cerah. Ciri mengubah suhu warna juga ada apabila anda boleh tukar daripada warna sejuk kepada warna suam melalui halaman setting.

Seperti yang dikatakan tadi, Vivo V30 ada rupa yang sama dengan V30 Pro. Perbezaan terbesar adalah di bahagian papan utama. Variasi ini diperkasa Snapdragon 7 Gen 3 dan RAM seluas 12GB. Dua pilihan storan boleh anda pilih iaitu 256GB ataupun 512GB.

Vivo V30 ada dua kamera belakang iaitu kamera utama dan kamera ultralebar. Kedua-duanya mengguna pakai sensor 50MP. Kamera selfie juga menggunakan sensor 50MP.

Anda boleh layari laman rasmi Vivo V30 Pro dan Vivo V30 untuk maklumat lanjut.

Bacaan berkaitan

5 telefon terbaik bawah RM1,200 tahun 2024, prestasi hebat dan sokong 5G

Vivo Y100 5G dilancar pada RM1,199, percuma fon putik & lanjutan waranti

Vivo bekerjasama dengan Hap Seng Star pamer kehebatan siri Vivo X100

Tags: vivovivo v30Vivo V30 Prozeiss
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Siri Vivo V30 Malaysia: Bateri terbesar dan yang pertama dengan lencana Zeiss

Siri Vivo V30 Malaysia: Bateri terbesar dan yang pertama dengan lencana Zeiss

14 March 2024
Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

25 February 2025
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

19 February 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
Realme perkenal telefon konsep dengan bateri 10,000mAh dalam badan senipis 8.5mm

Realme perkenal telefon konsep dengan bateri 10,000mAh dalam badan senipis 8.5mm

7 May 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER