• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Feature

5 Terbaik: Tablet bawah RM2,000 di Malaysia, berkuasa tinggi dan tak mahal (Mac 2024)

  • OLEH Asyikin Md Isa
  • 10:54 am
  • 15/03/2024
  • Komen
240315 5 Tablet Terbaik Bawah RM2000
Share on FacebookShare on Twitter

[13/8/2024: Semak senarai Tablet RM1,000 yang dikemaskini pada Ogos 2024 di sini]


Dengan bajet sekitar RM2,000, anda boleh dapat tablet yang lengkap dengan ciri flagship. Saya akan cadangkan beberapa pilihan tablet terbaik yang sesuai untuk tonton video, melukis, bermain game dan sebagainya.



Ingin tahu tablet yang mana boleh anda pertimbangkan? Teruskan membaca artikel ini untuk mengetahui 5 senarai tablet terbaik di bawah RM2,000 yang boleh anda jadikan pilihan. Tapi, jika anda mahukan tablet murah di bawah RM1000, anda boleh lihat senarainya di sini.

Tonton video di bawah ini untuk mengetahui senarainya atau anda boleh membacanya di bahagian bawah:



1. Samsung Galaxy Tab S9 FE WiFi

Samsung Galaxy Tab S9 FE WiFi merupakan tablet dengan skrin TFT LCD WUXGA+ 90Hz bersaiz 10.9-inci. Ia dikuasakan cip Exynos 1380 bersama RAM sehingga 8GB. Storan sehingga 256GB dan boleh ditambah kepada 1TB dengan kad Mikro-SD.

Kelebihan tablet ini adalah ia datang siap dengan pen stailus S Pen, tak perlu beli berasingan, sesuai sangat buat yang suka melukis dan menulis nota. Cumanya untuk harga rm2000 ini, ia tidak boleh dimasukkan kad sim, cuma WiFi sahaja. Ada model 5G, tapi kena bayar lebihlah.

Samsung Galaxy Tab S9 FE WiFi boleh dimiliki pada harga bermula RM2,099 menerusi Lazada atau Shopee. Untuk maklumat lanjut, layari laman ini.

2. Realme Pad 2 LTE

Realme Pad 2 LTE adalah tablet dengan skrin IPS LCD 120Hz, beresolusi 2K bersaiz 11.5-inci. Ia dikuasakan cip Mediatek Helio G99 dengan RAM sehingga 8GB dan storan sehingga 256GB. Tiada slot kad mikro-SD disediakan, tetapi RAM boleh ditambah secara maya.

Tablet ini menyokong internet mudah alih 4G LTE. Kekurangan tablet ini adalah ia tidak menyokong penggunaan pen stailus. Dengan skrin besar, resolusi tinggi 120Hz dan cip hebat, tablet ini sesuai dijadikan pilihan kaki gaming. Harganya pun mampu milik.

Realme Pad 2 LTE boleh dimiliki pada harga bermula RM1,299 menerusi Lazada atau Shopee. Untuk maklumat lanjut, layari laman ini.

3. Xiaomi Pad 6 WiFi

Xiaomi Pad 6 WiFi ada skrin LCD 144Hz, beresolusi 2.8K sebesar 11-inci. Ia dipacu cip flagship lama, Snapdragon 870 dengan RAM 8GB dan storan sehingga 256GB. 

Untuk tablet ini, hanya boleh menggunakan WiFi dan tiada varian LTE yang ditawarkan. Xiaomi Pad 6 WiFi juga boleh digunakan bersama pen stailus, Smart Pen 2nd Gen, cumanya ia perlu dibeli secara berasingan. Tapi dengan skrin 11-inci beresolusi 2.8K, ditambah pula empat speaker stereo dengan teknologi Dolby Atmos, memang ngam layan video dengan tablet ini.

Xiaomi Pad 6 WiFi boleh dimiliki pada harga bermula RM1,399 menerusi Lazada atau Shopee. Untuk maklumat lanjut, layari laman ini.

4. Lenovo Tab P12 WiFi

Lenovo Tab P12 WiFi adalah tablet dengan skrin LTPS LCD 60Hz, beresolusi 3K bersaiz 12.7-inci. Tablet ini dikuasakan cip MediaTek Dimensity 7050 dengan RAM 8GB dan storan 128GB. Ada slot mikro-SD untuk tambah storan.

Kekurangan untuk tablet ini? Tidak boleh gunakan kad sim dan hanya menawarkan varian WiFi sahaja. Kelebihannya? Ia disertakan dengan pen stailus Lenovo Tab Pen Plus dan papan kekunci Lenovo Keyboard Pack. Dengan pen stailus dan papan kekunci, ditambah pula skrin paling besar dalam senarai ini, 12.7-inci, memang sesuai sangat untuk anda yang nak buat kerja gunakan tablet.

Lenovo Tab P12 WiFi boleh dimiliki pada harga RM2,199 menerusi Lazada atau Shopee. Agak mahal tapi berbaloi sebab lengkap dengan stailus dan papan kekunci. Untuk maklumat lanjut, layari laman ini.

5. Apple iPad gen-10 WiFi

Tablet Apple iPad gen-10 WiFi merupakan pilihan terakhir dalam senarai. Walaupun dilancarkan tahun Oktober 2022, tapi ia masih relevan di pasaran. iPad gen-10 ini dah gunakan rekaan skrin penuh tanpa butang touch ID di bawah skrin, digantikan dengan Touch ID pada butang kuasa dibahagian atas. Ia ada skrin Liquid Retina IPS LCD 60Hz bersaiz 10.9-inci. iPad ini diperkasa cip A14 Bionic dengan RAM 4GB dan storan sehingga 256GB.

Pada harga bawah RM2,000, iPad gen-10 hanya menyokong sambungan WiFi, jadi tidak boleh dimasukkan kad sim. Namun ada pilihan model selular yang boleh masuk kad sim 5G, tapi lagi mahal harganya. Kelebihan iPad ini adalah ia menyokong pen stailus Apple Pencil Gen-1. Cuma perlu dibeli secara berasingan.

iPad gen-10 ini walaupun mungkin tidak sehebat tablet Apple lain yang dijana cip M1 atau M2, tapi masih sesuai dijadikan pilihan pada harga mampu milik, terutamanya buat pengguna produk Apple seperti iPhone dan Macbook. 

iPad 10th Gen WiFi boleh dimiliki pada harga bermula RM1,999 menerusi Lazada atau Shopee. Untuk maklumat lanjut, layari laman ini.

Bacaan berkaitan:

  • 5 Tablet terbaik bawah RM2,000 di Malaysia tahun 2023
  • 5 tablet terbaik bawah RM2,000 di Malaysia (Mac 2023)
  • Cari tablet murah kegunaan harian? Ini 5 tablet terbaik di Malaysia bawah RM1,000 (2024)
Tags: 5 terbaikApple iPad gen-10 WiFiLenovo Tab P12 WiFiRealme Pad 2 LTESamsung Galaxy Tab S9 FE WiFitablet terbaik bawah RM2000Xiaomi Pad 6 WiFi
Asyikin Md Isa

Asyikin Md Isa

POPULAR

240315 5 Tablet Terbaik Bawah RM2000

5 Terbaik: Tablet bawah RM2,000 di Malaysia, berkuasa tinggi dan tak mahal (Mac 2024)

15 March 2024
Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

25 February 2025
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

19 February 2025
TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

6 April 2023
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER