• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Realme 12 akan datang dengan storan 512GB, harga bawah RM1500

  • OLEH Najib
  • 3:53 pm
  • 18/03/2024
  • Komen
Realme 12 akan datang dengan storan 512GB, harga bawah RM1500
Share on FacebookShare on Twitter

Selepas memperkenal Realme 12+ dan Realme 12 Pro+ bulan lepas, Realme Malaysia mengumumkan akan melancarkan satu lagi model dalam siri ini, iaitu Realme 12 5G. Kelihatan dari namanya, ia akan berada di bawah Realme 12 dan menjadi model paling rendah untuk siri Realme 12.

Pelancaran Realme 12 di Malaysia telah ditetapkan pada hari Isnin, 25 Mac 2024. Pasti kita akan mengetahui harga rasmi serta promosi pembelian awal pada majlis pelancaran itu. Untuk rujukan, Realme 12+ dijual pada harga RM1,499 (12+256GB) manakala Realme 12 Pro+ berharga dari RM1,699 (8+256GB) dan RM2,099 (12+512GB).



Storan terbesar bawah RM1,500?

Walaupun begitu, Realme Malaysia telah berkongsi beberapa petunjuk mengenai telefon ini. Antaranya, ia akan hadir dengan storan paling besar untuk peranti berharga RM1,000 ke RM1,500. Dari sini, kita boleh tahu harganya di antara RM1,000 dan RM1,500. Pastinya RM1,400 ke bawah kerana Realme 12+ sudah berharga RM1,499.

Kedua, storan paling besar yang diperkatakan mungkin merujuk kepada 512GB. Ini kerana sudah banyak peranti 256GB dijual dalam julat harga ini, tetapi masih tidak kelihatan storan 512GB. Pasti lebih mengejutkan jika Realme menyediakan storan 1TB untuk telefon ini.



Spesifikasi Realme 12

Walaupun belum dilancar di Malaysia, spesifikasi penuh Realme 12 sudah pun disenarai di laman web Realme Malaysia. Telefon ini menggunakan cipset MediaTek Dimensity 6100+ 6nm, bersama RAM LPDDR4X 8GB dan storan antara 256GB dan 512GB. Seperti sudah terjawab persoalan terbesar di sini, iaitu 512GB.

Skrinnya sebesar 6.73-inci jenis LCD, dengan resolusi HD Penuh dan kadar penyegaran adaptif 6-tahap sehingga 120Hz. Kecerahan skrin ini boleh mencecah 950 nits. Pengimbas capjari ada di dalam butang kuasa di sisi.

Satu perkara yang mahu Realme hebahkan tentang kelebihan Realme 12 adalah butang kuasa “Dynamic Power Button”. Butang kuasa di Realme 12 mampu melancarkan pelbagai arahan pantas atau aplikasi, tidak lagi bertindak sebagai butang kuasa sahaja. Ini seakan-akan menyerupai fungsi “Action Button” di iPhone 15.

Lubang kecil di atas skrin memuatkan kamera hadapan 8MP F2.0. Di belakang pula, ia memiliki hanya dua kamera iaitu kamera utama 108MP F1.75 dan kamera potret 2MP F2.4. Tiada kamera ultralebar di telefon ini. Tetapi kamera utama 108MP dilengkapi fungsi zum dalam sensor, mampu zum lossless sehingga 3x.

Tenaga disalurkan daripada bateri 5,000mAh di dalamnya dan ia menyokong pengecasan pantas 45W melalui USB-C. Pengecas 45W dan kabel bersesuaian ada disertakan di dalam kotak. Realme 12 memiliki sistem bunyi stereo menerusi dua speaker di bawah dan atas telefon. Jek audio 3.5mm juga masih ada.

Realme 12 turut diiktiraf kalis percikan air dan debu IP54. Selain itu, ia turut menyokong rangkaian 5G, WiFi 5 dan Bluetooth 5.2. Tidak kelihatan ada NFC dinyatakan. Sistem operasi yang digunakan Realme 12 adalah Realme UI 5.0, berasaskan Android 14.

Terdapat dua pilihan warna tersedia untuk Realme 12, iaitu ungu dan hijau. Untuk maklumat lanjut mengenai telefon baru ini, layari laman web Realme 12. Nantikan pengumuman lanjut mengenai Realme 12 daripada kami tidak lama lagi.

Bacaan Berkaitan

  • Realme 12+ pamer rekaan jam mewah mampu milik, penggantian terus dalam 30-hari
  • Realme 12 Pro+ tiba di Malaysia, kamera periskop dengan zum 120x termurah di pasaran
  • Realme 12 Pro dilancar, dikuasakan Snapdragon 6 Gen 1 dengan kamera potret telefoto
Tags: Realmerealme 12
Najib

Najib

POPULAR

Realme 12 akan datang dengan storan 512GB, harga bawah RM1500

Realme 12 akan datang dengan storan 512GB, harga bawah RM1500

18 March 2024
Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

25 February 2025
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

19 February 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
Realme perkenal telefon konsep dengan bateri 10,000mAh dalam badan senipis 8.5mm

Realme perkenal telefon konsep dengan bateri 10,000mAh dalam badan senipis 8.5mm

7 May 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER