• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Strategi baru LinkedIn, main permainan sambil cari kerja

  • OLEH Asyikin Md Isa
  • 1:04 pm
  • 18/03/2024
  • Komen
240318 LinkedIn Permainan
Share on FacebookShare on Twitter

LinkedIn, platform milik Microsoft, yang berfungsi sebagai medium untuk mencari kerja dan rangkaian kenalan baharu, sedang merancang untuk menambah permainan. Ia bertujuan untuk meningkatkan penglibatan pengguna di platformnya.

Berdasarkan laporan, LinkedIn sedang membangunkan tiga permainan teka-teki iaitu “Queens”, “Inference” dan “Crossclimb”. Walaupun tiada tarikh pelancaran diumumkan lagi, jurucakap LindkedIn mengesahkan pembangunan permainan tersebut.



“Kami sedang cuba untuk menambah permainan minda ke dalam LinkedIn untuk menyeronokkan suasana, mengeratkan hubungan, sekali gus dapat mewujudkan ruang untuk berbual antara pengguna”, jelas jurucakap LinkedIn.

Antara permainan yang akan diperkenalkan di LinkedIn (Sumber)

LinkedIn bukan pertama wujudkan permainan di platform

LinkedIn bukanlah platform bukan permainan pertama yang akan menerapkan permainan kasual. Sebelum ini, Facebook, rangkaian sosial terbesar dunia juga telah mewujudkan permainan di platformnya. 



240318 LinkedIn Permainan
Antara pilihan permainan di Facebook

Malah Facebook juga telah membangunkan aplikasi permainan berasingannya yang boleh dimuat turun menerusi Google Play Store dan Apple App Store. Malangnya, pada tahun 2022, ia dihentikan kerana penggunaan yang semakin menurun.

Permainan dilihat antara aplikasi paling digemari untuk telefon pintar dan juga komputer, ia juga dalam masa sama dapat meningkatkan janaan pendapatan dan penglibatan pengguna. Malah permainan teka-teki juga sering menjadi pilihan, khususnya dalam kalangan pengguna telefon pintar.

Sama ada perancangan LinkedIn untuk memperkenalkan permainan di platformnya akan membantu meningkatkan jumlah pengguna akan tercapai atau tidak, sama-samalah kita tunggu dan lihat.

[Sumber: TechCrunch]

Bacaan berkaitan:

  • Microsoft henti sokongan Windows Subsystem for Android (WSA), anda terkesan?
  • Microsoft guna AI untuk saring 32 juta calon pengganti lithium sebagai elektrolit bateri
  • Selepas 3 dekad, Microsoft buang kekunci CTRL bagi beri laluan kepada kekunci ini
Tags: linkedinMicrosoftpermainan
Asyikin Md Isa

Asyikin Md Isa

POPULAR

240318 LinkedIn Permainan

Strategi baru LinkedIn, main permainan sambil cari kerja

18 March 2024
Proton S70 RS 2027 didedahkan, luaran lebih agresif dengan kabin dwitona baharu

Proton S70 RS 2027 didedahkan, luaran lebih agresif dengan kabin dwitona baharu

5 November 2026
Penggabungan Maxis-U Mobile: Apa kesannya kepada pengguna di Malaysia?

Penggabungan Maxis-U Mobile: Apa kesannya kepada pengguna di Malaysia?

2 November 2026
Honor Magic 9 Pro Max bakal tiba di Malaysia, bawa kamera 200MP hasil kerjasama ARRI

Honor Magic 9 Pro Max bakal tiba di Malaysia, bawa kamera 200MP hasil kerjasama ARRI

6 November 2026
Kerajaan tawar diskaun tol 50% selama 2 hari sempena Aidilfitri untuk kenderaan Kelas 1

Deepavali 2026: Nikmati diskaun tol 50% pada 6 dan 7 November ini

5 November 2026
Tuju akhirnya “baiki” isu navigasi di Android dengan cara yang sangat menarik

Tuju akhirnya “baiki” isu navigasi di Android dengan cara yang sangat menarik

3 November 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN