• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Selepas 3 dekad, Microsoft buang kekunci CTRL bagi beri laluan kepada kekunci ini

  • OLEH Hanif Azrai
  • 11:45 am
  • 05/01/2024
  • Komen
Selepas 3 dekad, Microsoft buang kekunci CTRL bagi beri laluan kepada kekunci ini
Share on FacebookShare on Twitter

Susunan butang papan kekunci yang anda sedang gunakan sekarang diperkenal dalam tahun 1984 dan telahpun jadi piawaian sehingga sekarang. Selepas lebih 3 dekad, satu kekunci akan dibuang bagi memberi laluan kepada kekunci khas untuk AI, seperti yang diumumkan Microsoft.

Bermula tahun 2024, laptop yang menjalankan sistem operasi Windows 11 akan mula dilengkapi kekunci Copilot yang akan gantikan kekunci CTRL kanan berhampiran butang arah. Tidak setakat laptop, semua rakan ekosistem Windows juga akan mengikuti langkah yang sama seperti penghasil produk papan kekunci.



Satu info menarik yang mungkin anda berminat untuk tahu, kekunci berlogo Windows yang anda nampak di atas papan taip sekarang diperkenalkan dalam tahun 1994.

Nampaknya Microsoft memang sehabis baik ingin menguasai industri AI untuk pengguna kebanyakan. Bukan sahaja mereka memperkenalkan buntang Copilot, mereka baru-baru ini dilapor telah menjenamakan semula aplikasi pelayar web mudah alih Android dan iOS daripada “Microsoft Edge” kepada “Microsoft Edge: AI Browser”.



Microsoft memasukkan AI ke dalam segala produk mereka. Sekiranya anda pengguna Microsoft Office, Copilot juga boleh digunakan pada aplikasi seperti Microsoft Word, Powerpoint, dan yang seangkatan dengannya bagi membantu kerja anda.

Sumber: Windows

Tags: copilotMicrosoftwindows
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Selepas 3 dekad, Microsoft buang kekunci CTRL bagi beri laluan kepada kekunci ini

Selepas 3 dekad, Microsoft buang kekunci CTRL bagi beri laluan kepada kekunci ini

5 January 2024
Xiaomi Pad 7S Pro dilancar, tablet pertama guna cip XRing O1 buatan Xiaomi

Xiaomi Pad 7S Pro dilancar, tablet pertama guna cip XRing O1 buatan Xiaomi

7 July 2025
AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

28 May 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
iQoo Z10 tiba di Malaysia, telefon gaming bajet dengan bateri besar 7,300mAh

iQoo Z10 tiba di Malaysia, telefon gaming bajet dengan bateri besar 7,300mAh

3 July 2025
Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

21 June 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER