Telefon dengan skor kamera DxOMark tertinggi setakat ini selamat masuki pasaran Malaysia. Antara perkara yang menanti apabila anda dapatkan seunit Honor Magic 6 Pro adalah seperti cip flagship Snapdragon 8 Gen 3 terbaharu, kamera telefoto 108MP dengan teknologi tele-falcon, dan bateri diperbesar walaupun saiz badan kekal sama.
Harga Honor 6 Pro di Malaysia
Honor Magic 6 Pro ditawarkan di Malaysia pada harga RM4,499. Satu varian ditawarkan iaitu RAM 12GB dan storan 512GB. Harga ini adalah RM200 lebih tinggi berbanding Magic 5 Pro sewaktu dilancarkan.
Tempahan awal telahpun dibuka sehingga 27 March 2024 ini. Setiap pembelian awal dalam tempoh tersebut akan beroleh hadiah bernilai sehingga RM1,960. Antara yang terkandung adalah seperti Honor Watch 4, Honor Earbuds X6, perlindungan 1 tahun daripada skrin retak, dan jaminan tambahan 1 tahun.
Spesifikasi Honor 6 Pro
Honor Magic 6 Pro adalah sebuah telefon dengan panel paparan LTPO bersaiz 6.8”. Ia ada paparan FHD+ ataupun 1280 x 2800 untuk lebih spesifik.
Kadar segar semula panel paparannya boleh dilaras sehingga 120Hz dengan sokongan Dolby Vision dan HDR Vivid. Ada beberapa pensijilan TUV Rheinland ke atas panel paparan ini yang katanya boleh memelihara mata anda daripada rosak.
Di jabatan pengimejan, Honor mengenakan Honor Falcom Camera System generasi baharu. Ia masih kekalkan penggunaan tiga kamera belakang pada Honor Magic 6 Pro.
Kamera utama ada sensor 50MP dengan apertur boleh laras antara F1.4 ataupun F2.0, kamera ultralebar juga 50MP sementara kamera telefoto 2.5x zum optikal ada sensor gergarsi 180MP. Untuk mengambil gambar selfie, anda boleh gunakan kamera 50MP dan bokeh ditentukan oleh sensor 3D Depth.
Atas papan utama, Honor Magic 6 Pro diperkasa cip Qualcomm Snapdragon 8 Gen 3 dengan RAM 12GB dan storan 512GB. Honor memaklumkan yang mereka gunakan cip Honor C1+ untuk ketersambungan yang baik dan ditambah baik daripada Honor C1 daripada Magic 5 Pro.
Membekalkan tenaga kepada Honor Magic 6 Pro adalah sistem bateri berkapasiti 5,600mAh. Ia boleh dicas pantas secara berkabel pada paras 80W SuperCharge manakala secara wayarles pada 66W. Menariknya, blok pengecas 100W diberikan dalam kotak.
Perbandingan dengan Honor Magic 5 Pro
Berbanding Honor Magic 5 Pro, Magic 6 Pro membawakan beberapa perubahan. Daripada segi fizikal, rekaan pulau kamera Eye of Muse kini sedikit berbeza apabila bahagian bingkainya kelihatan lebih tebal dan membentuk segi empat. Bahagian skrin hampir tiada perubahan kecuali pada bahagian Pulse Width Modulation (PWM) yang naik dua kali ganda berbanding 2,160Mhz pada generasi terdahulu.
Seperti biasa, cip pemproses telah dinaik taraf daripada Snapdragon 8 Gen 2 sebelum ini kepada model yang lebih baharu sementara bahagian pengimejan ada mengalami perubahan ketara. Kamera utama dan ultralebar masih menggunakan sensor daripada generasi terdahulu. Walau bagaimanapun, sensor 50MP pada kamera telefoto Magic 5 Pro telah ditukar kepada sensor 180MP. Sama seperti Samsung Galaxy S24 Ultra, jarak fokal untuk kamera telefoto telah dipendekan. Dalam kes Honor, ia turun daripada 3.5x kepada 2.5x. Kamera selfie juga didapati naik daripada 12MP kepada 50MP./ima
Bahagian lain yang ditambah baik adalah bateri. Kapasiti bateri telah ditambah sebanyak hampir 10% daripada 5,100mAh. Pengecasan berkabel naik daripada 66W kepada 100W SuperCharge manakala pengecasan wayarles naik daripada 50W kepada 66W.
Telefon ini sudah tentu akan masuki Malaysia, namun jangan harapkan harga yang mesra bajet. Model sebelum ini, Magic 5 Pro ditawarkan pada harga RM4,488 tapi kini telah turun harga kepada RM3,499. Anda boleh layari laman rasmi produk untuk maklumat lanjut.