• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Feature

Cara tuntut Wang Tak Dituntut online, ada RM11.7 bilion wang terkumpul boleh dituntut

  • OLEH Najib
  • 6:28 pm
  • 21/03/2024
  • Komen
Cara tuntut Wang Tak Dituntut online, ada RM11.7 bilion wang terkumpul boleh dituntut
Share on FacebookShare on Twitter

Tahukah anda, sebanyak RM11.7 bilion Wang Tak Dituntut (WTD) terkumpul sehingga 31 Disember 2023. Ia meningkat dari RM11.3 bilion dalam masa 6 bulan sahaja, bermakna sebanyak RM400 juta bertambah ke dalam wang terkumpul ini antara Jun hingga Disember tahun lepas.

Menurut Timbalan Menteri Kewangan, Lim Hui Ying, semua ini adalah wang rakyat dari akaun bank, insurans dan dividen yang tidak dituntut. Sehubungan itu, beliau mahu meningkatkan kesedaran orang ramai untuk membuat semakan dan tuntutan.



Kerajaan juga merancang untuk meminda Akta Wang Tak Dituntut dalam persidangan Parlimen yang sedang berlangsung sekarang. Antara pindaan tersebut adalah, jika wang tersebut tidak dituntut selepas 10 tahun, ia akan dimasukkan ke dalam Akaun Amanah Disatukan. Ia dipendekkan daripada 15 tahun sebelum ini.

Jadi lebih baik, anda tuntut wang yang sepatutnya milik anda ini sekarang. Malah, tuntutan boleh dibuat dengan mudah secara atas talian.



Cara Mendaftar eGUMIS dan Membuat Carian WTD

Anda bernasib baik kerana di sini, kami akan membantu anda untuk membuat semakan WTD, serta cara membuat tuntutan WTD yang boleh dilaksanakan secara atas talian. Semakan secara fizikal juga boleh dibuat dengan mengunjungi cawangan Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM) yang terdapat di seluruh negara.

Semua urusan carian dan tuntutan WTD boleh dibuat di portal eGUMIS, yang tersedia sejak tahun 2020. Pada awalnya, portal eGUMIS hanya boleh digunakan untuk membuat semakan WTD tetapi kini ia telah ditambah fungsi tuntutan.

Sebelum memulakan carian WTD, pengguna perlu mendaftar akaun di portal eGUMIS. Kami telah menyediakan cara mendaftar eGUMIS di sini. Selepas selesai mendaftar akaun, maka anda boleh membuat carian WTD dengan mendaftar masuk akaun di portal eGUMIS.

Di laman utama eGUMIS, untuk membuat semakan, klik pada KLIK DISINI UNTUK CARIAN WANG TAK DITUNTUT. Carian boleh dibuat menggunakan nombor kad pengenalan lama/baru, nombor tentera, nombor polis, nombor pasport, nombor sijil kelahiran atau nombor pendaftaran syarikat/firma. Ambil perhatian, sistem eGUMIS hanya membenarkan DUA CARIAN DIBUAT SEHARI.

Jika carian WTD menunjukkan ada wang yang boleh dituntut, ia akan menyenaraikan semua di bawahnya. Tekan butang Cetak di bawah dan ia akan memaparkan hasil carian dalam dokumen PDF yang mudah disimpan dan dicetak.

Contoh ada Wang Tak Dituntut yang boleh dituntut

Sekarang anda tahu bahawa ada WTD yang boleh anda dapatkan semula. Langkah seterusnya adalah membuat tuntutan.

Cara Membuat Tuntutan WTD

Carian yang anda buat tadi, akan disimpan rekodnya dan boleh dirujuk semula dengan pergi ke bahagian Borang Permohonan di menu kiri. Anda akan dibawa ke tab Maklumat Utama. Terdapat tiga bahagian di sini iaitu Perihal Pemohon, Perihal Empunya dan Perihal Penerima.

Perihal Pemohon adalah maklumat peribadi anda. Perihal Empunya pula menyenaraikan semua carian WTD yang boleh dituntut. Perihal Penerima pula adalah maklumat akaun bank untuk tuntutan wang dihantar. Anda perlu mengisi nama Bank dan nombor akaun di sini supaya wang tuntutan akan diterima.

Jika anda sudah selesai mengisi semua maklumat yang perlu di tiga bahagian perihal tadi, anda boleh tekan butang “Seterusnya“. Anda akan dibawa ke tab Muatnaik Dokumen.

Di Muatnaik Dokumen, anda perlu memuat naik dokumen secara digital. Ada banyak senarai dokumen tuntutan tetapi anda hanya perlu melihat bahagian Mandatori bertanda YA sahaja. Untuk individu, biasanya dua dokumen mandatori untuk dimuatnaik iaitu salinan kad pengenalan dan salinan penyata akaun bank aktif, yang sama dengan bahagian Perihal Penerima tadi.

Selepas selesai memuat naik semua dokumen mandatori, anda perlu menandakan dua kotak di bahagian bawah untuk mengakui semua maklumat adalah benar, semua mengakui telah membaca, memahami dan bersetuju dengan terma dan syarat eGUMIS. Setelah berpuas hati, anda boleh menekan butang Hantar di bawah.

Anda akan disapa dengan notis Rekod Berjaya Dihantar. Jika JANM berpuas hati dengan dokumen dan tuntutan, WTD akan disalurkan ke akaun bank pengguna dalam tempoh 30 hari. Anda boleh menyemak status tuntutan dengan pergi ke Senarai Permohonan di menu kiri.

Selamat mencuba.

Tags: egumisWang Tak Dituntutwtd
Najib

Najib

POPULAR

Cara tuntut Wang Tak Dituntut online, ada RM11.7 bilion wang terkumpul boleh dituntut

Cara tuntut Wang Tak Dituntut online, ada RM11.7 bilion wang terkumpul boleh dituntut

21 March 2024
Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

17 September 2026
Mati-mati ingat TNB salah kira, rupanya ini sebab bil naik melambung!

Mati-mati ingat TNB salah kira, rupanya ini sebab bil naik melambung!

18 September 2026
iPhone 18 Pro: Ini perbandingan pelan telco paling ‘ngam’

iPhone 18 Pro: Ini perbandingan pelan telco paling ‘ngam’

16 September 2026
MyKad generasi baharu diperkenal dengan 53 ciri keselamatan, ini apa yang berubah

MyKad generasi baharu diperkenal dengan 53 ciri keselamatan, ini apa yang berubah

16 September 2026
Siri Oppo A7 Pro diumum dengan bateri 10,000mAh, tempahan dibuka dengan rebat RM200

Oppo A7 Pro 5G & A7 Pro Max 5G tiba di Malaysia, harga dari RM1,699

19 September 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN