• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

DDPAI Ranger: Dashcam tahan lasak motorsikal dengan video 4K UHD

  • OLEH Hanif Azrai
  • 4:48 pm
  • 22/03/2024
  • Komen
DDPAI Ranger: Dashcam tahan lasak motorsikal dengan video 4K UHD
Share on FacebookShare on Twitter

DDPAI ada satu produk kamera baharu khas untuk penunggang motorsikal ataupun basikal yang bernama DDPAI Ranger. Ia boleh didapatkan di laman Lazada ataupun Shopee pada harga bermula RM1,099.

Spesifikasi DDPAI Ranger

Daripada laman rasmi produk, DDPAI mempunyai rupa bentuk sepertu sebuah kamera aksi. Disebabkan ia terdedah kepada elemen luaran, DDPAI telah merekanya untuk tahan lasak. Badannya ditempa daripada besi tuang untuk jadikannya tahan gegaran dan hentakkan. Ia juga kalis debu dan air pada paras IP68. Lensa kamera DDPAI Ranger dilindungi kaca berkerasan 7H dan boleh diganti dengan mudah sekiranya perlu.



Masih tentang kamera, DDPAI Ranger merakam video dalam resolusi 4K UHD dengan sudut pandang 150 darjah yang luas.

Teknologi Triple Ride Stabilization pastikannya hasilkan rakaman bergegaran minimum dan untuk video cerah diwaktu malam, DDPAI masukkan ciri NightVIS dan Realcube. Rakaman disimpan dalam storan eMMC 128GB yang terbina di dalam unit itu dan tiada slot kad SD disediakan untuk anda perluaskan storan dikemudian hari.



DDPAI Ranger mempunyai tangki bateri 1,600mAh yang bolehkannya merakam selama 110 minit. Ada juga aksesori tambahan yang boleh dipasang pada punca kuasa motorsikal untuk berikannya tempoh operasi tanpa had.

Selain menjadi kamera dashcam, DDPAI Ranger boleh digunakan sebagai alat penjejak aktiviti sama ada motorsikal ataupun basikal. Fungsi GPS padanya akan merakamkan info lokasi dan dilaporkan dalam bentuk fail GPX ataupun dilihat melalui skrin berwarna sebesar 1.3″ padanya.

Tags: dashcamddpaiddpai ranger
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

DDPAI Ranger: Dashcam tahan lasak motorsikal dengan video 4K UHD

DDPAI Ranger: Dashcam tahan lasak motorsikal dengan video 4K UHD

22 March 2024
Penggabungan Maxis-U Mobile: Apa kesannya kepada pengguna di Malaysia?

Penggabungan Maxis-U Mobile: Apa kesannya kepada pengguna di Malaysia?

2 November 2026
RedMagic tawar tablet gaming Astra 2 versi rasmi SIRIM di Malaysia dari RM3,399

RedMagic tawar tablet gaming Astra 2 versi rasmi SIRIM di Malaysia dari RM3,399

31 October 2026
CelcomDigi dan ZK Racing Team bekerjasama lahirkan generasi baharu pelumba Malaysia

CelcomDigi dan ZK Racing Team bekerjasama lahirkan generasi baharu pelumba Malaysia

29 October 2026
Honor Pad X7b, tablet 4G mampu milik dengan skrin 2K & bateri 8,000mAh kini di Malaysia

Honor Pad X7b, tablet 4G mampu milik dengan skrin 2K & bateri 8,000mAh kini di Malaysia

30 October 2026
Sony Xperia 10 VIII rasmi: Spesifikasi tak banyak berubah tapi harga lebih mahal

Sony Xperia 10 VIII di Malaysia: Harga naik RM800 tapi spesifikasi tak berubah

2 November 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN