• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Garmin Run Asia 2024 Malaysia kembali, tawar yuran 21km paling murah

  • OLEH Najib
  • 11:03 pm
  • 24/03/2024
  • Komen
Garmin Run Asia 2024 Malaysia kembali, tawar yuran 21km paling murah
Share on FacebookShare on Twitter

Jika anda suka berlari dan menggunakan jam Garmin, maka anda harus sertai acara tahunan berprestij oleh Garmin ini. Hari ini, Garmin Malaysia mengumumkan kedatangan semula siri Garmin Run Asia 2024 Malaysia.

Membawakan tema “From Zero To Hero“, acara ini akan diadakan pada hari Ahad, 27 Oktober 2024. Garmin Malaysia mengekalkan lokasi yang serupa iaitu Dataran Putrajaya. Bagaimanapun, laluan larian masih belum ditetapkan. Mungkin sama seperti dahulu, mungkin berlainan.



Alif Satar melepaskan peserta Garmin Run 2023

Kategori dan Yuran

Tahun ini, terdapat tiga jarak larian disediakan iaitu 5km, 10KM dan 21KM. Jika anda merancang untuk berlari marathon, ia tiada kali ini di Garmin Run Asia 2024. Untuk kategori 5km, ia terbuka kepada semua berusia 5 tahun ke atas. Manakala kategori 10km untuk mereka yang berusia 13 tahun ke atas. Jarak 21km pula terbuka untuk 18 tahun ke atas.

Masa kelayakan dan hadiah wang tunai

Pendaftaran Garmin Run 2024 akan dibuka mulai 25 Mac 2024, menerusi laman web RaceRoster. Seperti biasa, harga yuran larian akan murah untuk pendaftaran terawal. Tetapi yuran untuk Garmin Run 2024 boleh dikatakan sangat murah. Di kala acara larian lain mengenakan yuran lebih RM100 untuk kategori 10km dan ke atas, Garmin mengenakan yuran bawah RM100 untuk kategori 10km dan 21km.



Paling menarik, Garmin mengadakan jualan kilat selama 3-hari terawal pendaftaran dari 25 hingga 27 Mac 2024. Untuk kategori 21km, harganya cuma RM80. Seterusnya untuk super awal selama 7-hari, dari 28 Mac hingga 3 April. Selepas itu selama hampir 2 bulan, jualan awal memberikan sedikit diskaun berbanding harga biasa. Pendaftaran akan ditutup pada 30 September 2024, atau sehingga slot dipenuhi.

Berikut adalah harga yuran Garmin Run Asia 2024 mengikut tarikh dan kategori:

Jualan Kilat 25/3 – 27/3

  • 5KM RM50
  • 10KM RM60
  • 21KM RM80

Jualan Super Awal 28/3 – 3/4

  • 5KM RM60
  • 10KM RM70
  • 21KM RM90

Jualan Awal 4/4 – 31/5

  • 5KM RM70
  • 10KM RM80
  • 21KM RM100

Jualan Biasa 1/6 – 30/9

  • 5KM RM75
  • 10KM RM85
  • 21KM RM105
Yuran, caj penghantaran dan kit larian

Perlu diingatkan, yuran ini tidak termasuk insuran RM4/orang dan caj penghantaran. Jika tidak dapat hadir untuk mengambil sendiri kit larian, caj penghantaran adalah RM12/orang untuk Semenanjung Malaysia, RM17/orang ke Sabah & Sarawak, serta RM35/orang ke Singapura.

Garmin baru-baru ini telah melancarkan jam larian paling mampu milik, Forerunner 165. Ia menampilkan skrin AMOLED yang sangat cerah bersama fungsi hebat Garmin untuk membantu pengguna meningkatkan kualiti larian dan kecergasan. Harganya dari RM1,290 dengan pelbagai pilihan warna.

Jam Garmin Forerunner 165

Jika anda tidak mahu terlepas dengan sebarang berita terkini tentang produk dan acara Garmin Malaysia, ikuti mereka di akaun rasmi di Facebook, Instagram, YouTube dan blog Garmin Malaysia.

Bacaan Berkaitan

  • Garmin Forerunner 165, pilihan jam kecergasan AMOLED termurah untuk pelari di Malaysia
  • Forerunner 165, skrin AMOLED dan muzik termurah untuk jam kecergasan Garmin
  • Vivoactive 5, jam pintar AMOLED termurah Garmin lengkap dengan pemantau kesihatan dan kecergasan
  • Garmin lancar Venu 3 & Venu 3S, jam pintar pemantau kesihatan dan kecergasan, dengan fungsi panggilan terbina
  • Garmin Forerunner 265 dan Forerunner 965: Maklumat penjualannya di Malaysia
Tags: garminGarmin Run Asia
Najib

Najib

POPULAR

Garmin Run Asia 2024 Malaysia kembali, tawar yuran 21km paling murah

Garmin Run Asia 2024 Malaysia kembali, tawar yuran 21km paling murah

24 March 2024
Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

25 February 2025
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

19 February 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
Realme perkenal telefon konsep dengan bateri 10,000mAh dalam badan senipis 8.5mm

Realme perkenal telefon konsep dengan bateri 10,000mAh dalam badan senipis 8.5mm

7 May 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER