• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Malaysia guna Direct-to-Cell Starlink seawal 2025, telefon boleh terima LTE dari langit

  • OLEH Hanif Azrai
  • 2:27 pm
  • 25/03/2024
  • Komen
Starlink, penyedia internet satelit buka pendaftaran minat di Malaysia
Share on FacebookShare on Twitter

Menteri Komunikasi, YB Fahmi Fadzil, dalam menjawab satu soalan lisan dalam Mesyuarat Dewan Rakyat bertarikh 25 Mac 2024 dalam sesi pagi ada berkongsikan beberapa perkara yang menarik dalam usaha kerajaan memantapkan liputan telekomunikasi Malaysia. Sebanyak 3 teknologi membangun (emerging technology) sedang diuji dan dipertimbang oleh MCMC untuk memenuhi aspirasi tersebut.

Starlink Drect-to-Cell untuk ubah satelit jadi menara pemancar

Salah satu daripadanya adalah penggunaan teknologi Direct-to-Cell yang dibangunkan pihak Starlink. Teknologi ini membolehkan telefon menerima isyarat telekomunikasi yang dipancarkan satelit Low Earth Orbit (LEO) tanpa sebarang perkakasan tambahan. Anda boleh anggap satelit ini sebagai pencawang telco yang terapung diangkasa sana.



Teknologi Direct-to-Cell ini telah kami kongsikan awal Januari 2024 dulu apabila T Mobile dan SpaceX mengumumkan bahawa mereka mencatat sejarah apabila melancarkan sejumlah satelit Stalink yang mempunyai keupayaan Direct to Cell.

Menurut T Mobile, Direct to Cell adalah salah satu cara untuk mereka menyediakan perkhidmatan terutamanya kepada kawasan yang tiada liputan telco akibat ketiadaan menara pemancar di atas tanah.



Hal ini kerana, lebih setengah juta kilometer persegi kawasan di A.S tidak mempunyai cakupan telco kerana cabaran muka bumi ataupun tidak mempunyai kebenaran yang mencukupi untuk memacak menara.

Seperti penggunaan satelit untuk tujuan komunikasi lain, pengguna boleh jangkakan liputan sepenuhnya isyarat telco asalkan boleh melihat langit. Ujian akan dijalankan bermula dengan permesejan text, diikuti dengan panggilan suara dan akses data akan dilakukan.

Kerjasama T Mobile dengan Space X ini adalah permulaan kepada projek yang lebih besar. Dilaporkan bahawa beberapa telco daripada negara luar A.S sudahpun mendaftarkan minat untuk menjadi rakan penyedia perkhidmatan.

Penggunaan satelit untuk komunikasi dua hala orang awam kini semakin meluas penggunaannya. Contohnya, bermula iPhone 14 mampu menghantar isyarat kecemasan SOS menggunakan isyarat satelit. Telefon seperti Huawei Nova 12 juga dilapor menyokong komunikasi dua hala menerusi Beidou.

Bacaan berkaitan

Fahmi cadang SpaceX untuk buka pejabat rasmi Starlink di Malaysia

SpaceX lantik RedTone sebagai pengedar internet satelit Starlink di Malaysia

Israel akan hapuskan sebarang Internet Starlink di Gaza

Tags: direct-to-cellFahmi FadzilMCMCStarlink
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Tren ECRL EMU Kota Bharu ke Stesen Terminal Bersepadu Gombak, berapa jam perjalanan?

Tren ECRL EMU Kota Bharu ke Stesen Terminal Bersepadu Gombak, berapa jam perjalanan?

14 August 2026
Starlink, penyedia internet satelit buka pendaftaran minat di Malaysia

Malaysia guna Direct-to-Cell Starlink seawal 2025, telefon boleh terima LTE dari langit

25 March 2024
Siri Redmi Note 17 akan tiba di Malaysia 2 September dengan bateri gergasi 10,000mAh

Siri Redmi Note 17 akan tiba di Malaysia 2 September dengan bateri gergasi 10,000mAh

18 August 2026
Vibe Mobile tampil pelan prabayar dari RM17/bulan, dikuasai rangkaian Ultra 5G U Mobile

Vibe Mobile tampil pelan prabayar dari RM17/bulan, dikuasai rangkaian Ultra 5G U Mobile

15 August 2026
Honor Robot Phone kini rasmi: Kamera gimbal bermotor, dwikamera 200MP ARRI & bateri 7,060mAh

Honor Robot Phone kini rasmi: Kamera gimbal bermotor, dwikamera 200MP ARRI & bateri 7,060mAh

14 August 2026
Oppo beri rebat promosi sehingga RM300 sempena Hari Kebangsaan

Oppo beri rebat promosi sehingga RM300 sempena Hari Kebangsaan

18 August 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN