• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Fahmi cadang SpaceX untuk buka pejabat rasmi Starlink di Malaysia

  • OLEH Putra Aziz
  • 2:56 pm
  • 04/03/2024
  • Komen
Malaysia umum berpindah ke sistem dwirangkaian 5G selepas cakupan DNB capai 80%
Share on FacebookShare on Twitter

Kerajaan melalui Kementerian Komunikasi telah mengadakan pertemuan bersama SpaceX, selaku pemilik perkhidmatan internet satelit Starlink bagi mencadangkan pembukaan pejabat rasmi Starlink di Malaysia. Ia bertujuan untuk memudahkan pengguna mendapatkan perkhidmatan internet Starlink di Malaysia.

Perkhidmatan Starlink di Malaysia setakat ini diedarkan dan diuruskan secara rasmi oleh Redtone Digital Sdn Bhd sejak November lalu. Ini berikutan Redtone menandatangani perjanjian bersama SpaceX, sekali gus menjadikannya pembekal tunggal bagi perkhidmatan pengurusan dan pemasangan Starlink di Malaysia.



Cadangan pembukaan pejabat rasmi ini disampaikan oleh Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil kepada Pengarah Pelesenan Global Starlink, Rebecca Hunter di pameran Pavillion Malaysia di acara Mobile World Congress (MWC) 2024 di Barcelona yang dibuka Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).

Selain itu, Fahmi juga memaklumkan yang terdapat aspek lain yang dibincangkan dan ia termasuk perbincangan sama ada Starlink mahu bekerjasama dengan syarikat telekomunikasi di Malaysia untuk menawarkan perkhidmatan ‘Direct-to-Cell’. Bagi yang tidak tahu, ‘Direct-to-Cell’ merupakan servis permesejan, panggilan, data serta IoT menerusi satelit Starlink.



Buat masa ini, cadangan ini hanyalah berada pada peringkat perbincangan dan masih tidak jelas sama ada Starlink akan buka pejabat pertama mereka di Malaysia. Starlink juga setakat ini masih tidak membuka pejabat mereka secara meluas di seluruh dunia selain daripada Amerik Syarikat, tetapi baru-baru ini telah dikesan membuka pejabat mereka di Kenya.

[Sumber: Bernama]

Bacaan berkaitan

  • SpaceX lantik RedTone sebagai pengedar internet satelit Starlink di Malaysia
  • Fahmi Fadzil: Kerajaan pasang Starlink pertama di UiTM Kuala Pilah sebagai penyelesaian internet sementara
  • Starlink boleh dilanggan sekarang di Malaysia, RM220 sebulan dengan kelajuan sehingga 100Mbps
Tags: Fahmi FadzilKementerian KomunikasiMCMCmwc 2024SKMMSpaceXStarlink
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

Malaysia umum berpindah ke sistem dwirangkaian 5G selepas cakupan DNB capai 80%

Fahmi cadang SpaceX untuk buka pejabat rasmi Starlink di Malaysia

4 March 2024
Tak perlu bersesak di JPN, gantian MyKad boleh dibuat melalui aplikasi MyGov!

Tak perlu bersesak di JPN, gantian MyKad boleh dibuat melalui aplikasi MyGov!

20 October 2026
Bateri Perodua QV-E dijual berasingan? Ini yang anda perlu tahu tentang pelan sewaan baterinya

Perodua QV-E serendah RM53,499, rebat RM10K dilanjutkan hingga 31 Oktober

17 October 2026
iPhone Duo kini rasmi di Malaysia, barisan di Apple Store TRX jauh lebih lengang

iPhone Duo kini rasmi di Malaysia, barisan di Apple Store TRX jauh lebih lengang

23 October 2026
Tak tempah iPhone Duo? Jangan berharap boleh beli ‘walk-in’ di Apple Store TRX Jumaat ini

Tak tempah iPhone Duo? Jangan berharap boleh beli ‘walk-in’ di Apple Store TRX Jumaat ini

20 October 2026
Touch ‘n Go lancar kad Pokemon edisi ulang tahun ke-30, harga dari RM29

Touch ‘n Go lancar kad Pokemon edisi ulang tahun ke-30, harga dari RM29

21 October 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN