• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Astro sahkan tiada kenaikan harga untuk pelan dengan Disney+ Hotstar

  • OLEH Putra Aziz
  • 4:52 pm
  • 26/03/2024
  • Komen
Astro sahkan tiada kenaikan harga untuk pelan dengan Disney+ Hotstar
Share on FacebookShare on Twitter

Mungkin semua sedia maklum bahawa Disney+ Hotstar telah meningkatkan harga langganannya di Malaysia bermula 24 April 2024. Kenaikan harga mendadak ini juga bakal memberi impak pada harga langganan Unifi TV. Tetapi, jika anda adalah pelanggan Astro, ada berita baik buat anda.

Harga pelan Astro dengan Disney+ Hotstar kekal selepas 24 April

Astro telah mengemas kini laman FAQ mereka berkenaan Disney+ Hotstar sejurus pengumuman yang dibuat oleh Disney+ Hotstar. Menerusi laman FAQ Astro, mereka menyatakan bahawa tiada perubahan pada harga langganan pada semua pelanggan Astro dengan Disney+ Hotstar bermula 24 April ini.



Pelanggan Astro akan dipindahkan daripada pelan lama kepada pelan Disney+ Hotstar Premium baharu berharga RM79.90 tanpa sebarang kenaikan harga. Pelan premium tersebut akan memberikan akses kepada pengguna 3 penstriman serentak, 10 log masuk peranti, kualiti penstriman sehingga 4K Ultra HD.

Ada tujuh pelan Astro yang hadir dengan Disney+ Hotstar. Untuk lebih jelas, berikut adalah pelannya:



  • Movies Pack: RM94.99/bulan
  • Movies Plus Pack: RM129.99/bulan
  • Premium Pack 1: RM129.99/bulan
  • Premium Pack 3: RM154.99/bulan
  • Premium Pack 4: RM124.99/bulan
  • Platinum Lite Pack: RM164.99/bulan
  • Platinum Pack: RM194.99/bulan

Selain itu, Astro juga telah mengesahkan bahawa kenaikan harga ini juga tidak akan menjejaskan harga langganan ala carte Disney+ Hotstar sendiri tanpa pek Astro. Oleh itu, anda boleh langgan Disney+ Hotstar pada harga sedia ada RM54.90 untuk 3 bulan berbanding harga baharu RM79.90, berikan penjimatan sebanyak 30%.

Meskipun begitu, pelan lama tersebut adalah satu-satunya pelan ala carte yang ditawarkan Astro kepada pelanggan buat masa sekarang. Tiada tawaran untuk pelan Basic ataupun premium dengan langganan tahunan atau bulanan.

Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari laman FAQ Astro.

[Sumber: SoyaCincau]

Bacaan berkaitan

  • Disney+ Hotstar naik harga dan 4 pelan baharu diperkenal
  • Astro tawar siaran percuma 6 saluran terpilih sempena tahun baru
  • Astro tambah lima saluran percuma untuk pelanggan Sooka & NJOI
Tags: astroastro malaysiadisney hotstardisney hotstar malaysia
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

Astro sahkan tiada kenaikan harga untuk pelan dengan Disney+ Hotstar

Astro sahkan tiada kenaikan harga untuk pelan dengan Disney+ Hotstar

26 March 2024
AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

28 May 2025
Xiaomi Pad 7S Pro dilancar, tablet pertama guna cip XRing O1 buatan Xiaomi

Xiaomi Pad 7S Pro dilancar, tablet pertama guna cip XRing O1 buatan Xiaomi

7 July 2025
iQoo Z10 tiba di Malaysia, telefon gaming bajet dengan bateri besar 7,300mAh

iQoo Z10 tiba di Malaysia, telefon gaming bajet dengan bateri besar 7,300mAh

3 July 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
Siri Oppo Reno 14 kini rasmi dengan Dimensity 8450, bateri 6,200mAh, harga dari RM1,399

Siri Oppo Reno 14 kini rasmi dengan Dimensity 8450, bateri 6,200mAh, harga dari RM1,399

1 July 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER