• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Huawei Band 9 dilancar, tali jam mesra kulit serta sensor TruSleep 4.0 dan TruSeen 5.5

  • OLEH Najib
  • 11:33 am
  • 26/03/2024
  • Komen
Huawei Band 9 dilancar, tali jam mesra kulit serta sensor TruSleep 4.0 dan TruSeen 5.5
Share on FacebookShare on Twitter

Peranti kecergasan merupakan salah satu produk Huawei paling popular di Malaysia. Kini mereka membawa model baru untuk gelang kecergasan mampu milik ke Malaysia, Huawei Band 9.

Huawei mengekalkan rekaan yang nipis dan ringan untuk gelang kecergasan ini, dengan skrin AMOLED dan 5 pilihan warna menarik bersama tali jam fluoroelastomer yang mesra kulit.



Harga dan Promosi Huawei Band 9

Huawei Malaysia akan mula menjual Huawei Band 9 pada 4 April 2024. Harga rasminya telah ditetapkan pada RM219 sahaja.

Kepada yang berminat, Huawei telah membuka tempahan awal untuk Huawei Band 9 dari sekarang sehingga 3 April 2024. Dalam tempoh ini, pembeli boleh mendapat diskaun RM40, menjadikan Huawei Band 9 boleh dibeli pada harga RM179 sahaja.



Promosi tempahan awal Huawei Band 9 boleh didapati atas talian di Stor Online Huawei Malaysia, serta di Lazada dan Shopee. Terdapat baucar diskaun RM40 perlu ditebus sebelum pembelian dibuat.

Spesifikasi Huawei Band 9

Dengan berat badan hanya 14 gram dan tebal 8.99mm, Huawei Band 9 merupakan gelang kecergasan yang tidak membebankan pengguna apabila dipakai. Ia memiliki skrin sentuh AMOLED besar seluas 1.47-inci dengan paparan yang sangat cerah dan menawan.

Huawei menaik taraf tali jam daripada TPU dan getah silikon, kepada tali Fluoroelastomer yang lebih mesra kulit. Tali ini boleh ditukar segera menerusi mekanisma mudah ganti. Terdapat lima pilihan warna badan dan tali Huawei Band 9 iaitu putih, hitam, merah jambu, kuning dan biru.

Sebagai peranti pintar, Huawei Band 9 memiliki lebih dari 10,000 muka jam yang boleh ditukar ganti. Huawei menekankan empat jenis muka jam yang sesuai untuk peminat kecergasan iaitu Quiet Mountain, Woven Fun, Super, dan Classy.

Huawei TruSleep 4.0 dan Huawei TruSeen 5.5

Huawei melengkapi sensor tidur terkini, TruSleep 4.0 pada Huawei Band 9. Ia memantau waktu tidur dan menyampaikan laporan tentang kualiti tidur pengguna. Antara ciri baru adalah “Sleep Breathing Awareness”, ia mengesan gangguan bernafas sepanjang waktu tidur seterusnya menawarkan cadangan untuk menambah baik kualiti tidur menerusi aplikasi Huawei Health di telefon pintar.

Bagi pemantauan kecergasan, Huawei Band 9 dipasang dengan sensor terbaru Huawei TruSeen 5.5. Ia mengesan tahap denyutan nadi serta tahap oksigen dalam darah.

Pelbagai aktiviti kecergasan boleh dipantau di Huawei Band 9, melebihi 100 mod kecergasan. Pengguna juga boleh memantau keseluruhan aktiviti kecergasan menerusi Activity Rings 2.0, mirip fungsi Ring di Apple Watch.

Perkara paling penting dan menarik di Huawei Band 9 adalah hayat bateri yang panjang. Ia boleh digunakan sehingga 14 hari, dan menyokong pengecasan pantas. Hanya 45 minit untuk mengecas dari 0 ke 100%.

Untuk maklumat lanjut, layari laman produk Huawei Band 9.

Bacaan Berkaitan

  • Huawei Band 8 akan dilancar dengan harga promosi RM169 mulai 1 Jun
  • Huawei Watch GT 4, jam pintar canggih tapi lebih bergaya dengan harga berbaloi, hayat bateri 14-hari
  • Huawei Watch GT 4 dalam pilihan warna emas, boleh guna Touch’n Go eWallet
Tags: HuaweiHuawei Band 9
Najib

Najib

POPULAR

Honor X6c tiba di Malaysia, telefon murah tahan lasak dengan butang AI boleh suai

Honor X6c tiba di Malaysia, telefon murah tahan lasak dengan butang AI boleh suai

13 June 2025
Huawei Band 9 dilancar, tali jam mesra kulit serta sensor TruSleep 4.0 dan TruSeen 5.5

Huawei Band 9 dilancar, tali jam mesra kulit serta sensor TruSleep 4.0 dan TruSeen 5.5

26 March 2024
Realme C71 akan dilancar pada 12 Jun, hadir dengan bateri 6,300mAh & kamera 50MP

Realme C71 rasmi di Malaysia, telefon bawah RM500 dengan bateri besar 6,300mAh

12 June 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

25 March 2025
Garmin Forerunner 570 & 970 kini di Malaysia, jam kecergasan AMOLED dengan fungsi ECG

Garmin Forerunner 570 & 970 kini di Malaysia, jam kecergasan AMOLED dengan fungsi ECG

19 June 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER