• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita Pengangkutan Automotif

Proton & Perodua siap sedia lancar EV dalam 2025

  • OLEH Hanif Azrai
  • 7:40 am
  • 28/03/2024
  • Komen
Proton & Perodua siap sedia lancar EV dalam 2025
Share on FacebookShare on Twitter

Roslan Abdullah, Timbalan CEO Proton, sewaktu malam berbuka puasa bersama media yang dianjurkan 27 Mac 2024 telah mengatakan bahawa Proton EV akan dilancarkan seawal tahun 2025 bagi memenuhi komitmen mereka kepada kerajaan Malaysia. Ia bukanlah info yang baharu daripada jenama kereta nasional itu. Namun, ia memperkukuhkan lagi kenyataan yang telah dibuat sebelum ini.

YB Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz, Menteri MITI, dalam ucapannya sewaktu pelancaran Smart #1 dalam bulan November 2023 lalu mengatakaan yang dia optimis yang jenama tempatan mampu hasilkan EV menjelang tahun 2025 berdasarkan info terkini yang beliau perolehi.



Kerajaan yakin EV keluaran Proton dan Perodua lebih mampu milik dihasilkan menjelang 2025

Kemudian, dalam bulan Februari 2024 pula, pengasas dan pengerusi Geely, Eric Li Shifu, sewaktu pelancaran Proton X90 ada mengatakan bahawa Proton EV akan dilancarkan tak lama lagi.



Proton to launch two EV models soon

Pengumuman tersebut muncul sejurus Kementerian Pelaburan, perdagangan, dan Industri (MITI) menyeru supaya Proton dan Perodua melancarkan EV mampu milik dalam tahun 2025. Malah Geely katakan yang model kedua pula akan dilancarkan 6 hingga 8 bulan selepas model pertama dilancarkan.

Kenderaan elektrik berjenama Proton akan dilancar sebelum 2027

Rancangan asal Proton adalah untuk mengeluarkan EV sendiri sebelum 2027. Ia diumumkan mereka sendiri dalam tahun 2022 apabila mereka pada ketika itu sedang dalam perbincangan dengan pihak-pihak yang berpotensi menjadi rakan kongsi mereka untuk mencapai sasaran. Tambahan pula, mereka baru sahaja menandatangani perjanjian untuk menjadi pengedar ekslusif Smart #1 di Malaysia.

Melihat pada model kerjasama Proton dan Geely masa ini, pemerhati pasaran menjangkakan yang besar kemungkinan Proton EV adalah rebadge kepada model EV sedia ada di bawah payung jenama China itu. Antara yang dipetik adalah Geometry C dan Geometry E, dua EV berkelas SUV yang popular di China.

Dalam hal yang berkaitan, info Proton EV terbaharu ini muncul selepas Menteri MITI memuat naik status tentang Perodua EV yang katanya dilancarkan hujung tahun 2025 apabila Perodua dipilih sebagai peneraju pengeluar EV mampu milik tempatan di bawah Pelan Induk Perindustrian Baharu (2030 NIMP2030).

EV murah hujung 2025? Perodua dipilih peneraju pengeluar EV mampu milik tempatan

Tags: EV MalaysiaPeroduaperodua evprotonproton ev
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Proton e.MAS 5: EV paling mampu milik Malaysia dilancar, dari RM56,800

Proton e.MAS 5: Kos servis 10 tahun tak sampai RM2,500, ini butirannya

1 November 2025
Samsung jadikan AI lebih mampu milik dengan Galaxy S25 FE

Samsung jadikan AI lebih mampu milik dengan Galaxy S25 FE

7 October 2025
5 Terbaik: Telefon bawah RM1,500 ada bateri besar, prestasi tinggi & tahan lasak

5 Terbaik: Telefon bawah RM1,500 ada bateri besar, prestasi tinggi & tahan lasak

24 October 2025
Proton & Perodua siap sedia lancar EV dalam 2025

Proton & Perodua siap sedia lancar EV dalam 2025

28 March 2024
Infobip Shift bakal debut di Asia, Kuala Lumpur jadi tuan rumah November ini

Infobip Shift bakal debut di Asia, Kuala Lumpur jadi tuan rumah November ini

22 October 2025
Siri Oppo Find X9 tiba di Malaysia dengan kamera Hasselblad 200MP & cip Dimensity 9500

Siri Oppo Find X9 tiba di Malaysia dengan kamera Hasselblad 200MP & cip Dimensity 9500

29 October 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER