• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Anda boleh membayar di Jepun menggunakan TNG eWallet, sangat mudah

  • OLEH Najib
  • 3:15 pm
  • 29/03/2024
  • Komen
Anda boleh membayar di Jepun menggunakan TNG eWallet, sangat mudah
Share on FacebookShare on Twitter

Musim bunga sakura berkembang di Jepun dijangka akan berlangsung sekitar akhir Mac sehingga awal April tahun ini. Dijangkakan ramai pelancong dari luar negara akan datang ke Jepun untuk menyaksikan kecantikan suasana bunga sakura, termasuk pelancong dari Malaysia.

Jika anda rakyat Malaysia yang mahu ke Jepun tidak lama lagi, anda boleh menggunakan aplikasi Touch n Go eWallet untuk membuat bayaran tanpa tunai di sana. Ia dijayakan menerusi rangkaian Alipay+.



CEO TNG Digital, Alan Ni

Sebenarnya, terdapat 16 eWallet dan aplikasi bank yang diterima di Jepun melalui Alipay+ iaitu:

  • Alipay (China)
  • AlipayHK (Hong Kong SAR China)
  • Mpay (Macao SAR China)
  • Kakao Pay, Naver Pay dan Toss (Korea Selatan)
  • OCBC Digital, Changi Pay dan EZ-Link (Singapura)
  • Touch ‘n Go eWallet dan MyPB oleh Public Bank Berhad (Malaysia)
  • GCash (Filipina)
  • HelloMoney, TrueMoney (Thailand)
  • Hipay (Mongolia)
  • Tinaba (Itali)

Menurut CEO TNG Digital, Alan Ni, Jepun merupakan pasaran kedua terbesar pembayaran merentas sempadan TNG eWallet selepas China. Tempat ketiga adalah Thailand dan keempat pula Singapura. Malah, dengan peningkatan perjalanan antarabangsa, transaksi rentas sempadan TNG eWallet telah meningkat 5x ganda sejak 6 bulan lepas, dari RM20 juta kepada RM100 juta.



Cara menggunakan TNG eWallet di Jepun

Di Jepun, kebanyakan kedai termasuk 7-Eleven, Lawsons dan kedai serbaneka utama akan mengimbas kod anda. Buka TNG eWallet, tekan pada PAY dan ia akan secara automatik menunjukkan kod Alipay+. Kadar tukaran matawang juga akan dipaparkan masa nyata.

Untuk peniaga kecil di Jepun, anda boleh membayar menggunakan TNG eWallet jika mereka memiliki kod PayPay QR. Buka TNG eWallet, tekan pada SCAN dan imbas kod QR statik mereka. Ia serupa dengan DuitNow QR di mana anda perlu memasukkan jumlah pembayaran.

TNG eWallet akan memaparkan harga matawang tempatan dan kadar tukaran ke RM sebelum anda mengesahkan pembayaran PayPay QR. Anda perlu memasukan nombor PIN 6-digit TNG eWallet untuk mengesahkan pembayaran.

Bacaan Berkaitan

  • TNG eWallet akan tawar urus niaga emas dan saham dibawah GOinvest
  • Pengguna TNG eWallet wajib e-KYC dalam tahun 2024
  • 5 perkara perlu anda tahu tentang program ganjaran TNG eWallet GOrewards
Tags: Alipayalipay+tngtng ewalletTouch n GoTouch n Go eWallet
Najib

Najib

POPULAR

Anda boleh membayar di Jepun menggunakan TNG eWallet, sangat mudah

Anda boleh membayar di Jepun menggunakan TNG eWallet, sangat mudah

29 March 2024
Siri Redmi Note 17 kini boleh ditempah di Malaysia: Ini spesifikasi penuhnya

Siri Redmi Note 17 kini boleh ditempah di Malaysia: Ini spesifikasi penuhnya

28 August 2026
Realme C100x rasmi di Malaysia, tawar bateri 8,000mAh dan skrin 120Hz bawah RM1,000

Realme C100x rasmi di Malaysia, tawar bateri 8,000mAh dan skrin 120Hz bawah RM1,000

1 September 2026
Vivo V80 Lite 5G cipta rekod dunia dengan bateri 10,000mAh, tempahan kini dibuka

Vivo V80 Lite 5G cipta rekod dunia dengan bateri 10,000mAh, tempahan kini dibuka

28 August 2026
Samsung Galaxy S26 FE Malaysia: Exynos 2500 dengan One UI 9 baharu, dari RM2,899

Samsung Galaxy S26 FE Malaysia: Exynos 2500 dengan One UI 9 baharu, dari RM2,899

27 August 2026
Siri Poco F9 tiba di Malaysia: Skrin 185Hz, bateri 8,050mAh, promo dari RM2,799

Siri Poco F9 tiba di Malaysia: Skrin 185Hz, bateri 8,050mAh, promo dari RM2,799

1 September 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN