• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

18 Smartlane di Lebuhraya PLUS diaktifkan sempena Hari Raya, ini cara menggunakannya

  • OLEH Najib
  • 12:52 pm
  • 01/04/2024
  • Komen
18 Smartlane di Lebuhraya PLUS diaktifkan sempena Hari Raya, ini cara menggunakannya
Share on FacebookShare on Twitter

Untuk melancarkan lagi perjalanan dan mengurangkan kesesakan sempena Hari Raya, PLUS akan mengaktifkan laluan Smartlane di 18 lokasi kritikal di sepanjang Lebuhraya PLUS. Bilangan ini termasuk 3 lokasi baharu berbanding 15 lokasi semasa Tahun Baru Cina pada Februari lepas.

Pengarah Urusannya, Datuk Nik Airina Nik Jaffar berkata, “Plus memberi tumpuan khusus kepada pengurusan kesesakan, pengagihan trafik dan keselesaan pengguna bagi membantu orang ramai menikmati perjalanan lebih lancar dan selesa pada musim perayaan Aidilfitri ini. Ketika SmartLane diaktifkan, lorong paling kiri yang sedia ada dibuka sebagai laluan tambahan untuk mengoptimumkan penggunaan semua laluan dan meningkatkan kapasiti lorong bagi mengurangkan kesesakan trafik di laluan kritikal.”



Menurutnya lagi, berdasarkan kajian Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) di enam lebuh raya di negara ini sempena musim perayaan lalu, lebih 70% pengguna menggunakan laluan SmartLane bersetuju inisiatif ini membantu mengurangkan kesesakan lalu lintas. Ia juga menyumbang kepada aliran trafik yang lebih lancar dan penjimatan masa namun penambahbaikan laluan berkenaan perlu ditekankan untuk meningkatkan kesedaran menerusi notifikasi kepada pengguna jalan raya.

PLUS juga telah mendapatkan nasihat untuk menambah baik sistem Smartlane kali ini, antaranya:



  1. Papan tanda peringatan Smartlane di setiap sela 500 meter.
  2. Papan tanda amaran 200 meter sebelum Smartlane bermula dan berakhir.
  3. Lampu berkelip hijau setiap 1km tanda pengaktifan.
  4. Paparan mesej elektronik mudah alih untuk memaklumkan pengguna.
Papan tanda Smart Lane dan lampu hijau berkelip tanda diaktifkan

Jangan halang laluan SmartLane

Sementara itu, Ketua Penolong Pengarah Penguatkuasaan Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Superintendan Khairul Azhar Ismail berkata, mana-mana individu tidak boleh menghalang kenderaan yang menggunakan laluan kecemasan semasa SmartLane diaktifkan.

“Adalah satu kesalahan menghalang kenderaan lain menggunakan SmartLane yang sudah diaktifkan dan tindakan akan diambil sekiranya laporan ada dibuat,” katanya.

Anda boleh memahami dengan lebih lanjut tentang fungsi dan cara menggunakan Smartlane menerusi penerangan kami di sini, atau tonton video di bawah.

[Sumber: Harian Metro]

Bacaan Berkaitan

  • Tol Percuma Hari Raya pada 8 & 9 April, 18 Smart Lane di PLUS diaktifkan
  • Apakah itu Smart Lane PLUS? Pemandu Malaysia tahu cara menggunanya?
  • PLUS: Anda boleh pandu di lorong kecemasan jika ada SMART LANE
  • Tol percuma diumum dua hari sebelum Tahun Baru Cina, bukan untuk semua kenderaan
Tags: Hari RayaplusSmart Lane
Najib

Najib

POPULAR

Astro BizOne Rewards kembali, premis F&B berpeluang nikmati sokongan pemasaran terjamin sehingga RM163,000 setiap satu

Astro BizOne Rewards kembali, premis F&B berpeluang nikmati sokongan pemasaran terjamin sehingga RM163,000 setiap satu

8 April 2026
18 Smartlane di Lebuhraya PLUS diaktifkan sempena Hari Raya, ini cara menggunakannya

18 Smartlane di Lebuhraya PLUS diaktifkan sempena Hari Raya, ini cara menggunakannya

1 April 2024
Nissan Serena e-POWER Serba Baharu: Rasa macam EV, tapi tak perlu cas — dan lebih selesa untuk keluarga

Nissan Serena e-POWER Serba Baharu: Rasa macam EV, tapi tak perlu cas — dan lebih selesa untuk keluarga

22 April 2026
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
Siri Honor 600 Malaysia: Prestasi flagship Snapdragon 8 Elite, kamera 200MP, dari RM2,599

Siri Honor 600 Malaysia: Prestasi flagship Snapdragon 8 Elite, kamera 200MP, dari RM2,599

22 April 2026
Hantar WhatsApp tanpa save nombor? Ini caranya

Cara hantar mesej WhatsApp tanpa perlu simpan nombor telefon

27 May 2024

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN