• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Feature

3 saluran sedekah guna telefon pintar, kayakan pahala Ramadan 2024 anda

  • OLEH Hanif Azrai
  • 1:57 pm
  • 01/04/2024
  • Komen
3 saluran sedekah guna telefon pintar, kayakan pahala Ramadan 2024 anda
Share on FacebookShare on Twitter

Kita berada di minggu akhir Ramadan sebelum menyambut Hari Raya Aidilfitri pada 10 dan 11 April 2023. Sekiranya anda masih tercari-cari saluran untuk menyumbang, tak perlulah pergi jauh kerana di telefon pun boleh lakukannya. Ini 3 saluran yang boleh anda pertimbangkan.

1. QR Pay Masjid/Surau

10 malam terakhir tentu sekali anda akan fokus pada ziarahi masjid atau surau untuk mengejar lailatulqadar. Sejak penggunaan DuitNow QR yang semakin meluas, banyak pentadbir masjid dan surau telah mempermudah cara sumbangan dilakukan.



Saya perasan yang kod-kod QR telah mula ditampal di tabung-tabung ataupun tempat-tempat strategik. Ia sangat memudahkan pengunjung lakukan derma apabila hanya perlu imbas dan masukkan jumlah yang ingin diderma.

Namun, sebelum anda sahkan transaksi, pastikan penerimanya adalah pihak yang betul. Manalah tahu kod QR-nya telah ditukar oleh pihak yang “gatal tangan”.



2. e-Wallet

Kalau pengguna e-wallet, ada beberapa jenama yang tawarkan penebusan mata ganjaran kepada tunai untuk disalurkan kepada badan-badan amal.

Contohnya, aplikasi Setel di bahagian Rewards, anda boleh cari kategori Community Program untuk anda tebus Mesra Points kepada tunai serendah RM5. Anda boleh menderma kepada pihak seperti SOLS Energy, Yayasan Universiti Teknologi Petronas, dan Persatuan Penyakit Motor Neuron Malaysia (MND).

Anda juga boleh derma GrabRewards and di aplikasi Grab. Untuk penebusan serendah RM3, anda boleh sumbang RM3 kepada WWF, UNICEF, MS Deaf Malaysia, SPCA Selangor, The Lost Food Project, Pertiwi, dan Mercy Malaysia.

3. Badan NGO kebajikan

Ada ratusan badan NGO berasaskan kebajikan wujud dalam negara khusus untuk membantu golongan-golongan tertentu. Mereka senantiasa menerima sumbangan anda tanpa mengira waktu. Misalnya, inisiatif Aqsa Syarif di bawah Humanitarian Care Malaysia Berhad (MyCARE) menjalankan aktiviti pembangunan semula Palestin. Anda boleh lakukan sumbangan di pautan ini.

Kelebihan menderma ke organisasi seperti MyCARE adalah mereka menerbitkan laporan audit setiap tahun dan ia adalah maklumat awam yang boleh anda baca. Makanya, anda boleh lihat pecahan perbelanjaan NGO ini sebagai salah satu inisiatif ketelusan yang digerakkan.

Perkara ini penting kerana ada sesetengah pihak yang cuba menangguk di air keruh dengan cara mengeksploitasi kelebihan yang diberikan undang-undang kepada badan kebajikan NGO untuk mengaut keuntungan.

Misalnya, SPRM pernah membekukan 41 akaun bank milik sebuah NGO kebajikan kerana dipercayai menyalahgunakan data sumbangan.

Seandainya anda ingin menderma, dermalah kepada organisasi yang diaudit dan telus.

[Sumber: Gambar Pemuka]

Bacaan berkaitan

TIPS: Bazar mahal? Aplikasi penghantaran makanan ini ada promosi menarik Ramadan (2024)

Kurma Mentega: Sunnah dan Fakta? Ini kebaikan & kekurangannya

Zakat Fitrah 2024: Ini senarai kadar mengikut negeri dan saluran pembayaran

TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

Tags: ramadanramadan 2024tipstips & tricks
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

3 saluran sedekah guna telefon pintar, kayakan pahala Ramadan 2024 anda

3 saluran sedekah guna telefon pintar, kayakan pahala Ramadan 2024 anda

1 April 2024
Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

25 February 2025
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

19 February 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

6 April 2023

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER