• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Jenama Apple

iPad Pro OLED dan iPad Air terbesar akan dilancar Apple bulan Mei ini

  • OLEH Asyikin Md Isa
  • 11:01 am
  • 01/04/2024
  • Komen
240401 Apple iPad Pro iPad Air
Share on FacebookShare on Twitter

Pada awal tahun ini ada khabar angin mengatakan bahawa Apple dikatakan bakal melancarkan model iPad Air, iPad Pro dan MacBook Air sekitar bulan Mac atau April. Namun nampaknya, khabar angin tersebut mungkin hanya akan menjadi kenyataan pada bulan Mei nanti. 

iPad Pro yang pertama dengan OLED

Apple merancang melancarkan rangkaian iPad Pro baharu dengan skrin OLED, sekali gus menjadi iPad pertama untuk siri tersebut. Desas-desus juga mengatakan terdapat dua varian yang akan diperkenalkan iaitu 13-inci, yang sedikit lebih besar daripada iPad Pro generasi keenam 12.9-inci serta varian lebih kecil, 11-inci.



iPad Pro dengan cip M2, dilancarkan pada 2022

Penggunaan skrin OLED itu akan membolehkan paparan iPad Pro menawarkan kecerahan, nisbah kontras lebih tinggi dan penggunaan kuasa lebih rendah berbanding model sedia ada dengan panel LCD.

iPad Pro 2024 itu dikatakan akan dikuasakan dengan cip Apple M3, SoC sama yang menjana Apple MacBook model Pro dan Air, sekali gus memberikan tablet ini prestasi lebih pantas. Malah aspek kemas kini turut diberikan pada papan kekunci Magic Keyboard, yang akan buat iPad Pro kelihatan dan berfungsi seperti sebuah laptop.



Sekiranya benar model iPad Pro baharu akan dilengkapi dengan skrin OLED, harga tablet itu pastikan akan menjadi lebih mahal. Harga semasa untuk iPad Pro 11-inci 128GB adalah bermula dari RM3,899, manakala untuk 12.9-inci 128GB bermula dari RM5,399.

Paparan lebih besar untuk iPad Air

Selain iPad Pro, Apple juga dikatakan akan memperkenalkan iPad Air baharu dengan skrin 12.9-inci, paparan paling besar setakat ini serta mungkin akan dijana dengan cip Apple M2.

231023-Apple-iPad

iPad Air generasi ke-5 telah dikeluarkan pada Mac 2022 dengan skrin paparan Liquid Retina 10.9-inci dan dijana cip M1. Ia menyokong penggunaan Apple Pencil generasi-2 dan Apple Pencil USB-C. Harga semasa untuk iPad Air 64GB adalah bermula dari RM2,899, manakala untuk storan 256GB, harganya bermula RM3,649.

Pada anda peminat produk Apple dan merancang untuk beli tablet, bolehlah bersabar dulu. Mana tahu Apple betul-betul akan lancarkan iPad Pro dan iPad Air pada bulan Mei nanti.

[Sumber: Bloomberg]

Bacaan berkaitan:

  • Apple WWDC 2024 akan berlangsung 10 Jun, dijangka umum ciri AI
  • Apple Malaysia kini tawar program tukar beli iPhone, iPad, dan Mac
  • Apple pertimbang integrasikan Google Gemini dan OpenAI dalam iOS 18
Tags: appleApple iPadcip m3 appleipad Airipad pro
Asyikin Md Isa

Asyikin Md Isa

POPULAR

Kenapa akaun TNG eWallet boleh digantung sementara, dan apa yang perlu anda tahu

Kenapa akaun TNG eWallet boleh digantung sementara, dan apa yang perlu anda tahu

27 January 2026
Dongfeng 007 Malaysia: Sedan elektrik berkuasa 536hp, harga dari RM161k

Dongfeng 007 Malaysia: Sedan elektrik berkuasa 536hp, harga dari RM161k

6 February 2026
240401 Apple iPad Pro iPad Air

iPad Pro OLED dan iPad Air terbesar akan dilancar Apple bulan Mei ini

1 April 2024
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
RedMagic 11 Air rasmi di Malaysia dengan Snapdragon 8 Elite & bateri 7,000mAh, dari RM2,499

RedMagic 11 Air rasmi di Malaysia dengan Snapdragon 8 Elite & bateri 7,000mAh, dari RM2,499

30 January 2026
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER