• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Voice Engine Open AI mampu klon suara berdasarkan sampel 15 saat sahaja

  • OLEH Asyikin Md Isa
  • 5:09 pm
  • 01/04/2024
  • Komen
240401 OpenAI Voice Engine
Share on FacebookShare on Twitter

Syarikat penyelidikan dan pembangun ChatGPT, OpenAI membangunkan Voice Engine (VE), teknologi baru yang menggunakan model kecerdasan buatan (AI) untuk meniru suara seseorang.

Voice Engine, model AI teks-ke-suara yang mencipta suara sintetik berdasarkan segmen audio yang direkodkan selama 15 saat. Setelah suara ditiru, pengguna boleh memasukkan teks ke dalam VE dan akan terhasil suara daripada AI. Namun, OpenAI belum melancarkannya secara meluas kepada orang ramai atas faktor keselamatan.



5 kegunaan voice engine

Menurut OpenAI, teknologi suara yang diciptanya menawarkan manfaat dari aspek:

  1. Bantuan membaca

Dengan VE, membolehkan orang yang tidak pandai membaca atau anak kecil mendengar cerita dan maklumat dibacakan dengan suara realistik, seakan ada seseorang yang membacakannya kepada mereka.



Audio rujukan:

Audio yang dijana:

  1. Terjemahan kandungan

Menjadikan video dan podcast lebih mudah difahami dan membolehkan pencipta kandungan serta peniaga berbual dengan lebih ramai orang di dunia, dalam bahasa dan suara mereka sendiri.

Ini kerana VE mempunyai keupayaan untuk menterjemah video ke dalam pelbagai bahasa. Menariknya, aksen suara asal akan disimpan oleh VE. Sebagai contoh, VE membuat terjemahan bahasa Inggeris daripada penutur bahasa Perancis dan suara yang ditiru masih akan kedengaran sedikit Perancis.

Rujukan audio: 

Audio yang dijana:

  1. Mencapai komuniti global

Meningkatkan penyampaian perkhidmatan penting di kawasan terpencil, sebagai contoh doktor. Dengan adanya VE, ia dapat menterjemah apa yang dikatakan doktor dan berikan maklum balas dalam bahasa tempatan. Cara ini membolehkan doktor berkomunikasi dengan lebih baik dan membantu lebih ramai orang dari kawasan yang kurang kemajuan teknologi.

Rujukan audio: 

Audio yang dijana: 

  1. Perantara bagi individu tiada keupayaan bertutur

VE menjadi suara kepada mereka yang tidak boleh atau mengalami kesukaran untuk bercakap. Melalui teknologi suara yang dibangunkan OpenAI ini, suara yang dihasilkan akan kedengaran semula jadi, tidak seperti robot. Ini membolehkan individu yang tidak boleh bercakap memilih suara yang mereka suka, malah mempunyai suara yang berbeza untuk bahasa berlainan.

Rujukan audio:

Audio yang dijana:

  1. Membantu pesakit mendapatkan semula suara

Ini berguna bagi individu yang kehilangan suara mereka kerana penyakit atau kecederaan. Bayangkan VE dapat bantu cipta suara baru bagi orang yang tidak boleh bercakap lagi. Bagusnya, VE hanya memerlukan rakaman pendek suara individu, malah daripada video lama pun sudah mencukupi. Cara ini, doktor dapat membantu individu yang kehilangan suara.

Suara semasa:

Rujukan audio:

Audio yang dijana:

Secara teorinya, memang kita boleh nampak manfaat kewujudan Voice Engine oleh OpenAI ini. Tapi tidak dinafikan, jika tidak dikawal penggunaannya ia boleh disalahgunakan oleh pihak tidak bertanggungjawab.

[Sumber: OpenAI]

Bacaan berkaitan:

  • Apple pertimbang integrasikan Google Gemini dan OpenAI dalam iOS 18
  • Respons ChatGPT kini boleh anda dengari di Android dan iOS
  • ChatGPT boleh diaktifkan di Siri dengan cara ini
Tags: ChatgptopenaiVoice Engine
Asyikin Md Isa

Asyikin Md Isa

POPULAR

240401 OpenAI Voice Engine

Voice Engine Open AI mampu klon suara berdasarkan sampel 15 saat sahaja

1 April 2024
Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

25 February 2025
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

19 February 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

6 April 2023

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER