• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita Pengangkutan Automotif

Tesla Model Y di Malaysia terima warna baharu, Quicksilver

  • OLEH Hanif Azrai
  • 3:13 pm
  • 02/04/2024
  • Komen
Tesla Model Y di Malaysia terima warna baharu, Quicksilver
Share on FacebookShare on Twitter

Bakal pembeli Tesla Model Y di Malaysia ada pilihan baharu untuk warna kenderaan mereka. Model Y kini boleh didapati dalam warna Quicksilver dan ia adalah warna yang diperkenalkan dalam pasaran terpilih dalam tahun 2022 lalu.

Keberadaan Model Y Quicksilver di Malaysia bermakna pasaran China juga mungkin terima pilihan yang sama. Hal ini ini kerana, Model Y untuk pasaran kita dihasilkan di Gigafactory Tesla yang letaknya di Shanghai, China.



Seperti biasa, akan ada pertambahan harga ke atas harga asas Tesla Model Y. Warna Quicksilver boleh didapatkan dengan tambahan RM7,500 dan berikut adalah senarai penuh penawaran warna Tesla Model Y:

  • Pearl White Multi-Coat: Free
  • Deep Blue Metallic / Solid Black: RM5,000
  • Quicksilver / Stealth Grey: RM7,500
  • Ultra Red: RM11,000

Spesifikasi Tesla Model Y

Buat anda yang berminat untuk dapatkannya ada 3 varian yang boleh anda pertimbangkan. Versi RM199,000 yang viral adalah Tesla Model Y (RWD). Harga yang diterbitkan adalah termasuk pengecualian duti eksais dan cukai jalan. Model Y (RWD) adalah model pacuan roda belakang dengan jarak kembara 430km. Pecutan kembara mengambil masa 6.9s.



Model berwarna putih yang dipamerkan di Pavilion Bukit Bintang adalah varian yang termurah. Cumanya unit yang dipamerkan hadir dengan kemasan dalaman yang berwarna putih. Kemasa tersebut adalah tambahan RM5,000 kepada harga asas tadi. Selain itu, ia didatangkan dengan roda bersaiz 19” tapi kalau anda nak naik taraf kepada roda 20”, sebanyak RM10,000 lagi perlu ditambah.

Selepas varian pacuan roda belakang, anda ada dua lagi varian iaitu All-Wheel Drive (AWD) Long Range and AWD Performance. Design mereka sama sahaja untuk semua varian. Cara untuk mengecam adalah, varian AWD memiliki brek cakera depan dan belakang dan hanya AWD Performance ada roda bersaiz 21”.

Varian Long Range memiliki kelebihan pada jarak kembara paling jauh iaitu 533km dan pecutan abad pada 5.0s. Varian Performance adalah yang paling berkuasa dengan pecutan abad 3.7s dan jarak kembara 514km.

Daripada segi harga, varian paling mahahal adalah Model Y Performance yang ditawarkan pada harga RM288,000 manakala Long Range pada RM246,000.

Berdasarkan dokumen jaminan, EV Tesla dilindungi jaminan 4 tahun/80,000km. Kelengkapan bateri dilindungi jaminan 8 tahun/160,000km atau 192,000km untuk Long Range dan Performance. Jaminan sah dengan sekurang-kurangnya 70% paras retention bateri.

Tags: automotifTeslaTesla Model Y
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Tesla Model Y di Malaysia terima warna baharu, Quicksilver

Tesla Model Y di Malaysia terima warna baharu, Quicksilver

2 April 2024
Vivo V80 Lite 5G dengan bateri 10,000mAh rasmi di Malaysia, harga dari RM1,399

Vivo V80 Lite 5G dengan bateri 10,000mAh rasmi di Malaysia, harga dari RM1,399

4 September 2026
Redmi Note 17 5G & 4G Malaysia: Skrin besar 6.99″, bateri 7,700mAh, dari RM749

Redmi Note 17 5G & 4G Malaysia: Skrin besar 6.99″, bateri 7,700mAh, dari RM749

2 September 2026
8 perkara wajib tahu sebelum naik ETS EMUPlus ke Ipoh di stesen Bandar Tasik Selatan!

8 perkara wajib tahu sebelum naik ETS EMUPlus ke Ipoh di stesen Bandar Tasik Selatan!

3 September 2026
Realme C100x rasmi di Malaysia, tawar bateri 8,000mAh dan skrin 120Hz bawah RM1,000

Realme C100x rasmi di Malaysia, tawar bateri 8,000mAh dan skrin 120Hz bawah RM1,000

1 September 2026
Siri Poco F9 tiba di Malaysia: Skrin 185Hz, kamera 200MP, promo dari RM2,799

Siri Poco F9 tiba di Malaysia: Skrin 185Hz, kamera 200MP, promo dari RM2,799

1 September 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN