• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Honor X9b kini ada storan 512GB, kekal tahan lasak dan dijamin dari retak

  • OLEH Najib
  • 2:40 pm
  • 03/04/2024
  • Komen
Honor X9b kini ada storan 512GB, kekal tahan lasak dan dijamin dari retak
Share on FacebookShare on Twitter

Honor X9b boleh dikatakan telefon yang sangat tahan lasak, ditambah jaminan keretakan depan dan belakang selama setahun. Kalau anda berminat untuk memiliki Honor X9b, ia kini hadir dengan storan baru yang lebih besar.

Harga dan Promosi Honor X9b

Tahun lepas, Honor X9b dilancar dengan storan 256GB sahaja. Sekarang anda boleh dapatkan storan 512GB di Malaysia dengan harga berikut:



  • Honor X9b (RAM 12GB + Storan 256GB) – RM1,499
  • Honor X9b (RAM 12GB + Storan 512GB) – RM1,699

Sempena ketibaan storan besar ini, Honor Malaysia turut memberikan hadiah percuma bernilai RM759 untuk pembeli terawal iaitu fon putik Honor Choice Earbuds X5 dan Penggantian Retak Depan dan Belakang 365 hari.

Selain itu, Honor juga ada promosi untuk varian 256GB untuk masa terhad. Varian 256GB diberi diskaun RM100 menjadikan harganya cuma RM1,399 dan disertakan hadiah percuma bernilai RM858 iaitu fon putik Honor Choice Earbuds X5 dan Penggantian Retak Depan dan Belakang 365 hari, serta sarung telefon.



Promosi Honor X9b dengan storan 256GB dan 512GB boleh didapati di Stor Online Honor Malaysia, serta di Lazada dan Shopee.

Kenali Honor X9b dengan lebih mendalam menerusi review kami di bawah:

Spesifikasi Honor X9b

Telefon pintar Honor X9b dinaik taraf kuasanya dengan penggunaan cip lebih baru, Snapdragon 6 Gen 1 4nm. RAM pula sebesar 12GB dan storan dalaman sehingga 512GB. Tiada ruang kad mikroSD.

Tarikan utama sudah pasti pada badan Honor X9b. Di hadapan, ia memiliki skrin AMOLED 120Hz 6.78-inci, resolusi HD Penuh (2652×1200) dan melengkung di kedua sisi. Kecerahan pula setinggi 1,200 nits. Tidak dinyatakan apakah jenis kaca yang digunakan tetapi ia sangat teguh sehingga mampu digunakan untuk mengetuk paku ke dalam kayu.

Saksikan beberapa demo ekstrem Honor X9b ditembak bertubi-tubi, mengetuk paku dan jatuh di tangga.

Lubang kecil di atas skrin memuatkan kamera hadapan 16MP. Di belakang pula terdapat tiga kamera. Ia gabungan kamera utama 108MP F1.75, kamera ultralebar 6MP dan kamera makro 2MP. Honor menyatakan, kamera ini mampu mengezum lossless 3x.

Kapasiti bateri agak besar iaitu 5,800mAh, dikhabarkan mampu bertahan 3-hari. Kuasa mengecas pula hanya 35W, menerusi USB-C. Sistem operasi yang digunakan adalah MagicOS 7.2, berasaskan Android 13.

Terdapat tiga warna ditawarkan untuk Honor X9b iaitu oren, hijau dan hitam. Tetapi untuk varian 512GB, ia terdapat dalam warna oren dan hitam sahaja. Untuk mendapatkan lebih info layari laman produk Honor X9b.

Bacaan Berkaitan

  • Honor X9b, telefon sangat teguh dan lasak dilancar dengan hadiah percuma bernilai RM978
  • Honor X9b miliki skrin tahan lasak diiktiraf 5-bintang, akan dilancar di Malaysia
  • Honor X9a 5G: Semua yang anda perlu tahu tentangnya
Tags: honorHonor X9b
Najib

Najib

POPULAR

OPPO perkenal ColorOS 17: Lebih lancar, bawa keupayaan AI ke tahap baharu

OPPO perkenal ColorOS 17: Lebih lancar, bawa keupayaan AI ke tahap baharu

15 October 2026
Honor X9b kini ada storan 512GB, kekal tahan lasak dan dijamin dari retak

Honor X9b kini ada storan 512GB, kekal tahan lasak dan dijamin dari retak

3 April 2024
CelcomDigi dan ZK Racing Team bekerjasama lahirkan generasi baharu pelumba Malaysia

CelcomDigi dan ZK Racing Team bekerjasama lahirkan generasi baharu pelumba Malaysia

29 October 2026
iPad Mini 2026 Malaysia: Skrin OLED 8.5″, cip A20 Pro & iPad pertama kalis air

iPad Mini 2026 Malaysia: Skrin OLED 8.5″, cip A20 Pro & iPad pertama kalis air

27 October 2026
iPhone Duo kini rasmi di Malaysia, barisan di Apple Store TRX jauh lebih lengang

iPhone Duo kini rasmi di Malaysia, barisan di Apple Store TRX jauh lebih lengang

23 October 2026
RedMagic tawar tablet gaming Astra 2 versi rasmi SIRIM di Malaysia dari RM3,399

RedMagic tawar tablet gaming Astra 2 versi rasmi SIRIM di Malaysia dari RM3,399

31 October 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN