• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Shake Shack Malaysia dibuka 1 Syawal, ini menunya berserta harga

  • OLEH Hanif Azrai
  • 10:25 am
  • 03/04/2024
  • Komen
Shake Shack Malaysia dibuka 1 Syawal, ini menunya berserta harga
Share on FacebookShare on Twitter

Seperti yang digembar-gemburkan sejak Oktober 2023 lalu, Shake Shack akan membuka cawangan pertamanya di Malaysia di Menara Exchange 106 (TRX) dan tarikh pembukaan rasminya telahpun diumumkan. Seperti yang diutuskan akaun sosial Facebook Shake Shack Malaysia, pintu kedainya akan dibuka pada 10 April 2024 bermula jam 7 malam hingga 10 malam.

10 April 2024 adalah bersamaan dengan 1 Syawal 1445 mengikut mengikut kalendar Hijrah. Jadi, sukar dijangkakan khalayak yang akan menyerbu outlet ini. Mungkin akan lengang disebabkan adanya orang tak balik kampung ataupun sesak disebabkan orang luar yang datang ke KL sempena Hari Raya.



Walau apapun rancangan anda, menu Shake Shack Malaysia sudahpun diterbitkan di laman rasmi mereka.

Burger daging & ayam serendah RM19

Ada 5 pilihan burger yang ditawarkan daripada menu. Paling murah adalah Beef Burger iaitu burger daging ringkas dengan sedikit topping. Burger paling premium adalah Shack Stack RM37 yang menggabungkan patty daging bersama-samam ‘Shroom Burger, patty sayuran.



Buat yang tidak menggemari daging, ‘Shroom Burger boleh didapatkan pada harga RM27 yang didalamnya ada keju Monterey Jack, Tilsiter, dan Colby. Pilihan ayam juga ada pada harga serendah RM22.

Sosej daging harga bermula RM15

Selain burger, anda ada pilihan sosej dikapit roti untuk didapatkan. Sosej paling asas berharga RM15.00 dan yang paling premium berharga RM23 yang didalamnya terdapat sos keju, lada ceri, dan carikkan daging salai.

Kentang goreng harga bermula RM10.70

Ada dua pilihan kentang goreng untuk dipadankan dengan burger ataupun sosej tadi. ANda sama ada boleh pergi kepada pilihan asas RM10.70 ataupun tambah RM6.50 untuk yang bersos keju.

15 minuman & ais krim harga bermula RM5.90

Malangnya, tiada maklumat tentang adanya kombo makanan beserta minuman. Makanya, anda perlu dapatkan minuman secara berasingan. Daripada senarai menu, ada 15 pilihan minimum pelbagai jenis, bermula dengan soda berkarbonat pada harga RM5.90 ataupun anda boleh pergi ke yang paling premium iaitu Bunga Raya Shake berhaga RM23.

Anda boleh layari laman rasmi Shake Shack untuk maklumat lanjut.

Tags: shake shack
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Shake Shack Malaysia dibuka 1 Syawal, ini menunya berserta harga

Shake Shack Malaysia dibuka 1 Syawal, ini menunya berserta harga

3 April 2024
Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

25 February 2025
Infinix GT 30 Pro akan dilancar secara global di Malaysia 21 Mei ini

Infinix GT 30 Pro akan dilancar secara global di Malaysia 21 Mei ini

14 May 2025
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
Realme perkenal telefon konsep dengan bateri 10,000mAh dalam badan senipis 8.5mm

Realme perkenal telefon konsep dengan bateri 10,000mAh dalam badan senipis 8.5mm

7 May 2025
Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

19 February 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER