• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Realme Note 50 tiba dengan prestasi hebat dalam kelasnya, harga serendah RM299

  • OLEH Najib
  • 12:25 pm
  • 04/04/2024
  • Komen
Realme Note 50, telefon sangat murah akan tiba ke Malaysia
Share on FacebookShare on Twitter

Buat pertama kalinya, Realme membawakan siri Note ke pasaran Malaysia. Siri Note merupakan peranti kelas permulaan dan siri paling murah untuk telefon pintar Realme. Tetapi jangan disangka ia kecil anak. Walaupun murah, Realme Note 50 menawarkan spesifikasi yang menarik dan lebih daripada biasa.

Realme menggelar Note 50 sebagai peranti dengan nilai yang tahan lama. Selain prestasi yang ‘cukup makan’, ia memiliki hayat bateri yang panjang.



Harga dan Promosi Realme Note 50

Ketibaan Realme Note 50 sememangnya di waktu yang tepat, serentak dengan jualan 4.4 di Lazada dan Shopee, serta hampir dengan Hari Raya. Telefon pintar kelas permulaan ini dijual di Malaysia dalam dua varian pada harga:

  • Realme Note 50 (RAM 4GB + Storan 64GB) – RM349
  • Realme Note 50 (RAM 4GB + Storan 128GB) – RM399

Jangan pergi dulu, ada tawaran istimewa untuk pembeli terawal. Dari 4 hingga 7 April 2024, Realme Note 50 64GB menerima diskaun RM50, menjadikan harganya cuma RM299 tetapi eksklusif di Shopee. Di Lazada pula, ada kupon diskaun disediakan dari 4 hingga 6 April 2024.



Spesifikasi Realme Note 50

Penggerak utama Realme Note 50 adalah cipset Unisoc T612 12nm, menunjukkan ia memiliki kuasa kelas permulaan. Ia dipadankan dengan RAM sehingga 4GB dan storan dalaman sehingga 128GB. Kad mikroSD sehingga 2TB diterima dalam susunan tiga slot kad, bermakna boleh menggunakan dua kad sim dan kad mikroSD serentak.

Menunjukkan lagi prestasi rendah telefon ini adalah penggunaan skrin LCD seluas 6.74-inci. Skrin ini memiliki resolusi HD 720p sahaja serta kadar penyegaran 90hz dan kecerahan 560 nits. Malah, ia menggunakan takuk U di dahi untuk memuatkan kamera hadapan 5MP F2.22. Tetapi takuk ini memiliki fungsi Mini Capsule. Di belakang, ia memiliki kamera utama 13MP F2.2.

Tenaga disalurkan daripada bateri 5,000mAh, yang menyokong pengecasan 10W melalui USB-C. Speaker hanya mono tetapi ada jek audio 3.5mm jika diperlukan. Pengimbas capjari terdapat di dalam butang kuasa di sisi.

Realme Note 50 diiktiraf kalis percikan air dan debu IP54. Ia turut dilengkapi sistem operasi Realme UI berasaskan Android 13. Untuk warna, terdapat dua pilihan antara hitam dan biru.

Jika perlukan maklumat lanjut tentang telefon ini, boleh layari laman produk Realme Note 50.

Bacaan Berkaitan

  • Realme 12 akan datang dengan storan 512GB, harga bawah RM1500
  • Realme 12+ pamer rekaan jam mewah mampu milik, penggantian terus dalam 30-hari
  • Realme 12 Pro+ tiba di Malaysia, kamera periskop dengan zum 120x termurah di pasaran
  • Harga baru Realme C67 lebih murah, ada kamera 108MP dengan zum dalam sensor
Tags: RealmeRealme Note 50
Najib

Najib

POPULAR

Realme Note 50, telefon sangat murah akan tiba ke Malaysia

Realme Note 50 tiba dengan prestasi hebat dalam kelasnya, harga serendah RM299

4 April 2024
Poco C81 Pro, telefon bajet skrin besar 6.9″ 120Hz, bateri 6,000mAh, dari RM389

Poco C81 Pro, telefon bajet skrin besar 6.9″ 120Hz, bateri 6,000mAh, dari RM389

25 May 2026
Caj tol Genting Highlands akan bermula 28 Mei, ini kadar anda perlu bayar

Caj tol Genting Highlands akan bermula 28 Mei, ini kadar anda perlu bayar

26 May 2026
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
Honor Magic V6 Malaysia: Tempahan awal dibuka dengan hadiah bernilai RM3,797

Honor Magic V6 Malaysia: Tempahan awal dibuka dengan hadiah bernilai RM3,797

26 May 2026
Acer umum laptop Nitro 16 baharu dengan Ryzen 9, serta konsol penstriman Nitro Blaze Link

Acer umum laptop Nitro 16 baharu dengan Ryzen 9, serta konsol penstriman Nitro Blaze Link

31 May 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN