• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

CMF Buds dan Neckband Pro dengan ANC dilancar pada harga bermula RM189

  • OLEH Putra Aziz
  • 3:20 pm
  • 05/04/2024
  • Komen
CMF Buds dan Neckband Pro dengan ANC dilancar pada harga bermula RM189
Share on FacebookShare on Twitter

Berikutan pengumuman Nothing pada hujung Februari lalu berkenaan dua produk audio yang bakal dilancar dibawah jenama CMF, kini akhirnya dua produk tersebut telah tiba di Malaysia. Ia adalah CMF Buds dan CMF Neckband Pro, dan seperti produk-produk CMF lain, ia ditawarkan pada harga sangat mampu milik. Meskipun berada dalam kategori mampu milik, kedua-dua peranti ini hadir dengan ciri penyaring hingar aktif ANC dan diiktiraf kalis percikan air.

Harga dan ketersediaan CMF Buds dan CMF Neckband Pro

Bagi anda yang berminat, kedua-dua CMF Buds dan CMF Neckband Pro telah boleh mula didapati di seluruh Malaysia pada 4 April 2024. Ia boleh dibeli menerusi stor rasmi Nothing di Lazada dan Shopee pada harga berikut:



  • CMF Buds – RM199
  • CMF Neckband Pro – RM189

Spesifikasi CMF Buds

CMF Buds merupakan versi yang lebih rendah berbanding CMF Buds Pro dan ia hadir dengan bekas pengecas berbentuk kotak berbanding bulat pada model Pro. Terdapat juga dail pada bekas pengecas tetapi ia bukanlah berfungsi untuk pengawalan kelantangan audio, sebaliknya adalah aksesori untuk membolehkan bekas disangkut dengan tali atau lanyard.

Fon putik ini tampil dengan ciri penyaring hingar aktif ANC 42dB dan mod Transparency. Sebanyak empat mikrofon HD terdapat padanya dengan Clear Voice Technology dan algoritma bagi mengurangkan bunyi hingar angin. Dari segi audio, ia dipacu oleh pemacu Bio-fibre bersaiz 12.4mm dengan diafragma TPU tersuai yang ditala Dirac, bersama-sama dengan Ultra Bass 2.0 Technology. Terdapat juga 5 preset EQ yang tersedia dengan pelbagai gaya muzik yang boleh pengguna pilih.



Selain itu, ciri ketersambungan yang digunakan pada CMF Buds adalah Bluetooth 5 dengan ciri Fast Pair, serta menyokong sambungan dwiperanti serentak. Keperluan gaming juga ada dengan Low Lag Mode, tetapi tidak dinyatakan tahap kependamannya.

Jangka hayat fon putik pula boleh bertahan sehingga 8 jam, dengan masa main sehingga 35.5 jam bersama bekas. Menurut Nothing, cas 10 minit mampu memberikan masa penggunaan 6.5 jam. Fon putik ini ada tahap kalis percikan air IP54 dan ia tersedia dalam tiga pilihan warna iaitu oren, hitam dan putih.

Spesifikasi CMF Neckband Pro

Neckband Pro adalah fon telinga dengan cekak untuk digantung di leher. Ia dilengkapi dengan penyaring hingar aktif jenis Hybrid sehingga 50dB. ANC Hybrid ini hadir dengan fungsi Environment Adaptive yang mampu untuk melaras bunyi luar secara automatik dalam tiga tahap, selain daripada mod Transparency. Ia juga memiliki pembatalan hingar menggunakan algoritma AI untuk panggilan yang jelas menggunakan 5 mikrofon yang ia ada.

Bunyi fon putik dihasilkan dari pemacu dinamik 13.6mm dengan Ultra Bass Technology 2.0, serta lengkap dengan fungsi Spatial Audio. Terdapat dail yang membolehkan pengguna mengawal kelantangan, main henti lagu dan ANC. Ia menggunakan Bluetooth 5.3 dengan Fast Pair, dan menyokong sambungan dwiperanti.

CMF mendakwa masa penggunaan yang ditawar fon telinga ini adalah sehingga 37 jam dengan ANC dimatikan dan mengecas 10 minit bolehkan ia digunakan 18 jam lamanya. CMF Necband Pro ditawarkan dalam tiga warna iaitu oren, putih dan hitam.

Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari laman produk CMF Buds dan CMF Neckband Pro.

Bacaan berkaitan

  • Fon putik CMF Buds lebih murah dan Neckband Pro akan dilancar bersama Nothing Phone (2a)
  • CMF Buds Pro oleh Nothing tiba di Malaysia, fon putik dengan ANC 45db & penarafan IP54
  • CMF Watch Pro, jam pintar dengan skrin AMOLED sangat besar, boleh buat panggilan & kalis air IP68
Tags: CMFCMF budscmf by nothingCMF Neckband ProNothing
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

CMF Buds dan Neckband Pro dengan ANC dilancar pada harga bermula RM189

CMF Buds dan Neckband Pro dengan ANC dilancar pada harga bermula RM189

5 April 2024
Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

25 February 2025
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

19 February 2025
TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

6 April 2023
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER