• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Fon putik CMF Buds lebih murah dan Neckband Pro akan dilancar bersama Nothing Phone (2a)

  • OLEH Najib
  • 1:51 pm
  • 26/02/2024
  • Komen
Fon putik CMF Buds lebih murah dan Neckband Pro akan dilancar bersama Nothing Phone (2a)
Share on FacebookShare on Twitter

Nothing telah bersiap sedia untuk melancarkan telefon pintar kelas pertengahan baru tidak lama lagi, iaitu Nothing Phone (2a). Rupa-rupanya, ia akan turut ditemani dengan pelancaran dua lagi produk daripada CMF, jenama mampu milik di bawah Nothing.

Pada 5 Mac 2024, CMF akan melancarkan dua produk audio baru iaitu CMF Neckband Pro dan CMF Buds. Ia dilancarkan di pentas yang serupa dengan Nothing Phone (2a). Buat masa ini, CMF hanya berkongsikan sebahagian rupa dua produk ini, dengan sedikit maklumat dihebahkan.



Untuk CMF Neckband Pro, dari namanya menyatakan ia adalah fon telinga dengan cekak untuk digantung di leher. Menurut CMF, ia adalah fon telinga cekak telinga pertama dengan keupayaan ANC Hibrid 50db. Dari gambar yang dikongsikan, seakan ada dail untuk mengawal tahap bunyi pada wayar fon telinga ini. Ia juga akan datang dalam warna tema CMF iaitu warna oren.

Bagi CMF Buds pula, ia adalah versi lebih rendah daripada CMF Buds Pro yang telah dilancar tahun lepas. CMF menyatakan, ini adalah fon putik dengan ANC terbaik dalam kelasnya. Gambar yang telah dikongsi menunjukkan ia akan hadir dalam warna oren, serta terdapat dail berwarna perak di bekas penyimpan.



Tahun lepas, fon putik CMF Buds Pro dilancarkan pada harga RM239. Dianggarkan, harga untuk CMF Buds dan Neckband Pro kelak lebih murah daripada RM239. Maklumat lanjut akan boleh didapati pada hari pelancarannya, 5 Mac 2024. Nantikan laporan kami kelak.

[Sumber: CMF by Nothing]

Bacaan Berkaitan

  • CMF Buds Pro oleh Nothing tiba di Malaysia, fon putik dengan ANC 45db & penarafan IP54
  • CMF Watch Pro, jam pintar dengan skrin AMOLED sangat besar, boleh buat panggilan & kalis air IP68
  • Power 65W GaN, pengecas CMF by Nothing mampu cas 3 peranti serentak termasuk laptop, telefon & jam
Tags: CMFCMF budsCMF Neckband Pro
Najib

Najib

POPULAR

Fon putik CMF Buds lebih murah dan Neckband Pro akan dilancar bersama Nothing Phone (2a)

Fon putik CMF Buds lebih murah dan Neckband Pro akan dilancar bersama Nothing Phone (2a)

26 February 2024
OPPO perkenal ColorOS 17: Lebih lancar, bawa keupayaan AI ke tahap baharu

OPPO perkenal ColorOS 17: Lebih lancar, bawa keupayaan AI ke tahap baharu

15 October 2026
RedMagic tawar tablet gaming Astra 2 versi rasmi SIRIM di Malaysia dari RM3,399

RedMagic tawar tablet gaming Astra 2 versi rasmi SIRIM di Malaysia dari RM3,399

31 October 2026
CelcomDigi dan ZK Racing Team bekerjasama lahirkan generasi baharu pelumba Malaysia

CelcomDigi dan ZK Racing Team bekerjasama lahirkan generasi baharu pelumba Malaysia

29 October 2026
Penggabungan Maxis-U Mobile: Apa kesannya kepada pengguna di Malaysia?

Penggabungan Maxis-U Mobile: Apa kesannya kepada pengguna di Malaysia?

2 November 2026
Honor Pad X7b, tablet 4G mampu milik dengan skrin 2K & bateri 8,000mAh kini di Malaysia

Honor Pad X7b, tablet 4G mampu milik dengan skrin 2K & bateri 8,000mAh kini di Malaysia

30 October 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN