• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Power 65W GaN, pengecas CMF by Nothing mampu cas 3 peranti serentak termasuk laptop, telefon & jam

  • OLEH Putra Aziz
  • 4:56 pm
  • 28/09/2023
  • Komen
Power 65W GaN, pengecas CMF by Nothing mampu cas 3 peranti serentak termasuk laptop, telefon & jam
Share on FacebookShare on Twitter

COE Nothing, Carl Pei tidak berselindung lagi mereka akan melancarkan sebuah jenama mampu milik iaitu CMF by Nothing. Kini, ia telah tiba di Malaysia dan mereka menawarkan tiga produk untuk pasaran Malaysia iaitu fon putik Buds Pro, jam pintar Watch Pro dan pengecas GaN 65W.

Harga dan ketersediaan barisan produk CMF

Orang ramai boleh mula mendapatkan ketiga-tiga produk ini bermula Selasa, 10 Oktober 2023. Harga rasmi untuk ketiga-tiga produk terbaru CMF by Nothing adalah seperti berikut:



  • CMF Buds Pro – RM239
  • CMF Watch Pro – RM339
  • CMF Power 65W GaN charger – RM189

Jika anda berminat untuk dapatkannya, bermula 10 Oktober ia boleh didapati khas hanya di stor rasmi CMF by Nothing di Lazada. Pengguna juga boleh dapatkannya di semua pengedar sah Nothing iaitu DirectD, TMT, Urban Republic, Vivid Concept, Tac Mobile dan Switch Solution.

CMF Power 65W GaN

Seperti namanya, pengecas GaN CMF ini berupaya untuk mengecas pada kuasa 65W menggunakan port USB-C yang dilengkapinya. CMF mengatakan ia mampu untuk mengecas penuh sebuah Nothing Phone 2 sehingga 50% dalam masa 25 minit sahaja. Terdapat juga satu port USB- dengan kuasa output pada 36W.



Namun, terdapat pecahan output yang mengehadkan kuasa yang dikeluarkan jika port digunakan lebih daripada satu. Pengecasan pada 65W hanya boleh dicapai untuk penggunaan satu port dalam satu masa. Jika dua port USB-C digunakan serentak, output kuasa akan dihadkan pada 20W dan 45W. Manakala penggunaan ketiga-tiga port serentak akan di hadkan pada 45W untuk USB-C 1, 7.5W untuk USB-C 2 dan 7.5W USB-A. Untuk lebih jelas, anda boleh rujuk rajah di bawah.

Pengecas ini juga menawarkan tahap keselamatan yang tinggi untuk mengecas peranti, dan turut ada kekonduksian haba yang baik. Bahan luaran yang digunakan pada pengecas ini juga kalis api untuk berikan perlindungan yang lebih terjamin.

Keseluruhan binaannya juga cukup teguh dengan CMF menyatakan ianya telah diuji untuk jatuh 1 meter sebanyak 100 kali. Ia juga boleh beroperasi secara berterusan selama 96 jam walaupun pada suhu 45 darjah.

Selain itu, ia menyokong kesemua protokol pengecasan pantas yang ada seperti PD3.0, QC4.0+/3.0/2.0, SCP, FCP, PPS, AFC, Samsung 9V2A, DCP, dan Apple 2.4A. Julat voltan yang diterima adalah dari 100V hingga 240V. Pilihan warna yang tersedia untuk pengecas ini hanya satu sahaja iaitu kelabu gelap.

Untuk maklumat lebih lanjut, anda boleh layari laman produk CMF Power GaN.

Tags: CMFcmf by nothingCMF Power 65W GaN
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

Power 65W GaN, pengecas CMF by Nothing mampu cas 3 peranti serentak termasuk laptop, telefon & jam

Power 65W GaN, pengecas CMF by Nothing mampu cas 3 peranti serentak termasuk laptop, telefon & jam

28 September 2023
Siri Oppo Reno 14 kini rasmi dengan Dimensity 8450, bateri 6,200mAh, harga dari RM1,399

Siri Oppo Reno 14 kini rasmi dengan Dimensity 8450, bateri 6,200mAh, harga dari RM1,399

1 July 2025
AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

28 May 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

21 June 2025
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER