• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Jenama Apple

Apple mungkin batalkan iPad lipat jika tak dapat atasi masalah skrin ini

  • OLEH Asyikin Md Isa
  • 1:40 pm
  • 08/04/2024
  • Komen
240408 Apple iPad mini Lipat
Share on FacebookShare on Twitter

Ura-ura mengenai Apple akan membangunkan iPad boleh dilipat, seperti Samsung dan syarikat teknologi lain yang sudah mengeluarkan peranti seumpama itu bukanlah sesuatu yang baru. Tetapi nampaknya, ia mungkin tidak akan tercapai dalam masa terdekat ini.

Berdasarkan laporan, Apple memang sedang mengkaji untuk menghasilkan iPad yang boleh dilipat. Namun konsep tersebut mungkin akan digugurkan jika tidak dapat menyelesaikan masalah utama yang dihadapi peranti lipat, iaitu kesan lipatan pada skrin. 



Samsung Galaxy Z Fold 5

Malah kebanyakan peranti boleh lipat yang ada di pasaran turut mengalami masalah yang sama contohnya seperti Samsung Galaxy Z Fold. Selain mengalami masalah kesan lipatan pada skrin, peranti boleh lipat juga berdepan isu seperti paparan yang mudah pecah dan engsel yang rosak.

Walaupun Apple menghadapi cabaran dalam membangunkan iPad yang boleh dilipat, namun syarikat itu belum menolak kemungkinan untuk melancarkan satu peranti lipat pada masa hadapan.



240408 Apple iPad mini Lipat
Imej iPad lipat yang dijana AI

Sebelum ini, Apple dilaporkan cuba memasuki pasaran peranti boleh lipat dengan merancang memperkenalkan peranti bersaiz 7-inci hingga 8-inci yang dikatakan boleh menggantikan iPad mini. Malah syarikat tersebut juga katanya telah bekerjasama dengan dengan pembekal paparan Samsung dan LG dalam membangunkan panel boleh lipat untuk Apple.

Jika Apple dapat mengatasi halangan utama berkaitan kesan lipatan pada skrin, kita mungkin akan dapat melihat iPad lipat daripada syarikat teknologi ini dalam masa beberapa tahun akan datang. Sama ada iPad yang boleh dilipat akan berjaya dihasilkan oleh Apple atau tidak, sama-samalah kita nantikannya.

[Sumber: Bloomberg]

Bacaan berkaitan:

  • iPad mini 2024 hanya akan terima satu kemas kini?
  • iPad Pro OLED dan iPad Air terbesar akan dilancar Apple bulan Mei ini
  • Apple WWDC 2024 akan berlangsung 10 Jun, dijangka umum ciri AI
Tags: appleiPad lipat
Asyikin Md Isa

Asyikin Md Isa

POPULAR

240408 Apple iPad mini Lipat

Apple mungkin batalkan iPad lipat jika tak dapat atasi masalah skrin ini

8 April 2024
Xiaomi TV Stick 4K Gen-2 dilancar, tukar TV biasa jadi Google TV pada RM219

Xiaomi TV Stick 4K Gen-2 dilancar, tukar TV biasa jadi Google TV pada RM219

20 February 2026
Guna kalkulator ini untuk kira amaun KWSP Akaun 3 yang boleh dikeluarkan

Guna kalkulator ini untuk kira amaun KWSP Akaun 3 yang boleh dikeluarkan

8 May 2024
Huawei Band 11 & 11 Pro: Skrin lebih cerah & ada GPS terbina, harga bermula RM149

Huawei Band 11 & 11 Pro: Skrin lebih cerah & ada GPS terbina, harga bermula RM149

24 February 2026
Infinix Note 60 Pro dilancar dengan Snapdragon 7s Gen 4 & paparan Active Matrix

Infinix Note 60 Pro dilancar dengan Snapdragon 7s Gen 4 & paparan Active Matrix

27 February 2026
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN