• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Jenama Apple

iPad mini 2024 hanya akan terima satu kemas kini?

  • OLEH Asyikin Md Isa
  • 10:27 am
  • 08/04/2024
  • Komen
240408 Apple iPad mini 2024
Share on FacebookShare on Twitter

Sebelum ini, kami ada menulis mengenai kemungkinan Apple akan memperkenalkan iPad Pro dengan skrin OLED bersama iPad Air bersama saiz yang lebih besar pada bulan Mei nanti. Tapi nampaknya bukan itu sahaja yang akan dikeluarkan oleh Apple. 

Syarikat itu juga dikatakan sedang menghasilkan versi iPad mini 2024 . Namun dengar khabar, tak banyak kemas kini yang akan diberikan kepada iPad mini selain daripada peningkatan cip sahaja. 



Spesifikasi iPad mini 2021

Rasanya perkhabaran itu agak mengecewakan terutamanya pada mereka yang menanti ketibaan iPad mini baharu. Ini memandangkan kali terakhir kemas kini pada iPad mini dilakukan adalah 3 tahun lepas, iaitu pada tahun 2021.

240408 Apple iPad mini 2024
iPad mini 2021

iPad mini yang sedia ada memiliki saiz paparan Liquid Retina berukuran 8.3-inci. Ia masih memiliki pengimbas capjari Touch ID yang kini digabungkan dengan butang kuasa pada bahagian sisi. iPad mini generasi ke-6 ini menggunakan cip A15 Bionic bersama sistem operasi iPadOS 17.



Bagi kamera, iPad mini dilengkapi kamera belakang 12 MP dengan Focus Pixel dan kamera hadapan 12MP. Tablet mini keluaran Apple ini boleh digunakan bersama Apple Pencil gen-2 dan ia boleh dilekat secara magnetik di sisi, yang turut berfungsi sebagai pengecas. 

240408 Apple iPad mini 2024

Untuk sistem audionya, ada pembesar suara stereo yang terletak di atas dan bawah skrin. Sambungan berwayarnya USB-C. Ini membolehkan ia dihubungkan dengan lebih banyak perkakas yang menggunakan USB-C. Tablet ini juga menyokong WiFi 6, serta rangkaian 5G untuk model selular. Harga semasa untuk iPad mini 64GB adalah bermula dari RM2,399, manakala untuk 256GB bermula dari RM3,149.

240401 Apple iPad Pro iPad Air
iPad Pro 2022
iPad Air 2022

Terdahulu, Apple dikatakan merancang melancarkan rangkaian iPad Pro baharu dengan skrin OLED dalam dua varian 13-inci dan 11-inci. iPad Pro 2024 itu akan dikuasakan dengan cip Apple M3, selain kemas kini pada papan kekunci Magic Keyboard, yang akan menjadikan iPad Pro kelihatan dan berfungsi seperti sebuah laptop. Manakala untuk iPad Air baharu pula akan ditampilkan dengan skrin besar 12.9-inciserta mungkin akan dijana dengan cip Apple M2.

Kalau betul akan diperkenalkan iPad Pro, iPad Air dan iPad mini baharu bulan Mei, seronoklah peminat Apple nanti khususnya pada yang memang sedang merancang untuk beli tablet. Banyak pilihan anda nanti.

[Sumber: Bloomberg]

Bacaan berkaitan:

  • iPad Pro OLED dan iPad Air terbesar akan dilancar Apple bulan Mei ini
  • Apple WWDC 2024 akan berlangsung 10 Jun, dijangka umum ciri AI
  • Apple Malaysia kini tawar program tukar beli iPhone, iPad, dan Mac
Tags: appleiPad MiniiPad mini 2024
Asyikin Md Isa

Asyikin Md Isa

POPULAR

240408 Apple iPad mini 2024

iPad mini 2024 hanya akan terima satu kemas kini?

8 April 2024
Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

25 February 2025
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

19 February 2025
TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

6 April 2023
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER