• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Maybank dan CIMB tergendala, BNM mahu penjelasan punca gangguan & langkah pencegahan

  • OLEH Najib
  • 6:38 pm
  • 11/04/2024
  • Komen
Maybank dan CIMB tergendala, BNM mahu penjelasan punca gangguan & langkah pencegahan
Share on FacebookShare on Twitter

Persediaan untuk menyambut Hari Raya bagi rakyat Malaysia agak terganggu apabila dua bank terbesar di Malaysia, Maybank dan CIMB berhadapan gangguan perkhidmatan dalam minggu terakhir Ramadan. Sehubungan itu, Bank Negara Malaysia (BNM) telah meminta Maybank dan CIMB untuk memberikan penjelasan tentang punca yang menyebabkan insiden gangguan.

Dalam kenyataan rasminya BNM berkata, kedua-dua bank bukan sahaja perlu menjelaskan tentang punca insiden, tetapi juga perlu memberikan langkah-langkah pembetulan dan pencegahan yang dilaksanakan. Ini untuk mengelakkan daripada isu yang sama berulang kembali.



BNM memandang serius gangguan perkhidmatan perbankan oleh dua institusi perbankan terbesar negara baru-baru ini yang telah mengakibatkan kesulitan pada pelanggan. Perkhidmatan perbankan kedua-dua bank ini telah kembali pulih. Baca siaran akhbar kami di: https://t.co/BGurnxH9Ca pic.twitter.com/PvzqizVC4D

— Bank Negara Malaysia (@BNM_official) April 9, 2024

BNM turut memandang serius gangguan perkhidmatan perbankan ini yang mengakibatkan kesulitan pada pelanggan. BNM telah mengarahkan untuk bank berkomunikasi dengan pelanggan yang terjejas, termasuk menjawab segera sebarang aduan dan pertanyaan yang terjadi akibat gangguan tersebut, serta memberikan maklumat terkini mengenai perkhidmatan yang terjejas.

Tambah BNM lagi, semua institusi perbankan dikehendaki untuk memastikan tahap ketersediaan perkhidmatan perbankan yang kukuh pada setiap masa. Tindakan penyeliaan akan diambil ke atas bank-bank yang tidak memenuhi kehendak pengawalan dan penyeliaan BNM.



Maybank Tergendala 5 April 2024

Kejadian gangguan pertama terjadi kepada Maybank pada hari Jumaat 5 April 2024. Ia mengakibatkan seluruh perkhidmatan perbankan tidak dapat digunakan. Selain pembayaran di kedai, ia juga menjadi punca kesesakan trafik di pusat beli-belah apabila kad debit/kredit Maybank tidak boleh digunakan untuk tap keluar parkir.

Maybank telah mengeluarkan kenyataan rasmi tentang isu ini, tetapi tidak menjelaskan punca kejadian.

Kenyataan rasmi Maybank berhubung isu pada 5 April 2024. pic.twitter.com/LIRc87BHnP

— Maybank (@MyMaybank) April 9, 2024

CIMB Tergendala 8 April 2024

Gangguan pada perkhidmatan CIMB pula berlaku pada hari Isnin, 8 April 2024. Sistem CIMB yang tergendala memberi kesan kepada aplikasi, web dan juga mesin ATM. Pengguna terpaksa pergi ke kaunter untuk mengeluarkan wang apabila mesin ATM tidak dapat beroperasi.

CIMB juga telah mengeluarkan kenyataan rasmi tentang masalah yang terjadi tanpa memberitahu punca gangguan perkhidmatan.

Jika rangkaian talian mudah alih tergendala, syarikat telekomunikasi kadang-kadang kana menawarkan data percuma untuk pengguna. Tetapi jika perkhidmatan perbankan terganggu, pihak bank juga harus membentuk suatu bentuk saguhati kepada pengguna, sebagai salah satu cara meminta maaf.

[Sumber: Bernama]

Bacaan Berkaitan

  • Maybank Secure2u kini perlu diaktifkan di ATM untuk keselamatan lebih terjamin
  • Sistem CIMB tergendala? Aplikasi, web dan ATM CIMB tidak berfungsi
  • Ralat MYR/USD Google, BNM minta pengguna pilih saluran betul untuk info forex
Tags: bank negara malaysiabnmcimbMaybank
Najib

Najib

POPULAR

Maybank dan CIMB tergendala, BNM mahu penjelasan punca gangguan & langkah pencegahan

Maybank dan CIMB tergendala, BNM mahu penjelasan punca gangguan & langkah pencegahan

11 April 2024
Xiaomi Pad 7S Pro dilancar, tablet pertama guna cip XRing O1 buatan Xiaomi

Xiaomi Pad 7S Pro dilancar, tablet pertama guna cip XRing O1 buatan Xiaomi

7 July 2025
AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

28 May 2025
iQoo Z10 tiba di Malaysia, telefon gaming bajet dengan bateri besar 7,300mAh

iQoo Z10 tiba di Malaysia, telefon gaming bajet dengan bateri besar 7,300mAh

3 July 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

21 June 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER